Saturday, January 9, 2021

Industri perubatan bakal terima manfaat daripada sistem berasaskan awan semua dalam satu Aoikumo

  Mat       Saturday, January 9, 2021

Dari Kiri, Nota Kes dengan Anotasi dilengkapkan menggunakan e-pensil, modul CRM, modul Temujanji

Aplikasi akan membolehkan pengamal perubatan am dan klinik pergigian menguruskan temujanji, CRM,inventori, pembilan POS dan lebih dalam satu platform

PETALING JAYA, 05 Januari 2021 – Mengusahakan perniagaan dalam bidang kecantikan atau perubatan bukan sesuatu yang mudah disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 namun, Aoikumo (disebut sebagai Ah-wee-ku-mo) nekad menjadikan ia sebagai misinya untuk menjadikan proses ini lebih mudah menerusi penggunaan aplikasi cloud-based yang berevolusi.

"Baru-baru ini kami telah melancarkan ciri Telehealth, membolehkan para doktor menetapkan janji temu maya dalam menu Penjadualan Aoikumo. Apa yang perlu dilakukan oleh pesakit adalah mengklik pada pautan yang dihantar menerusi e-mel dan SMS, dan video akan bermula,” kata Kevin Nair yang merupakan Pengasas dan Ketua Bahagian Teknikal di Aoikumo.

Aplikasi ini dibangunkan oleh GoCloud Technologies, sistem cloud-based sepenuhnya  yang pertama ini membuat jualan sulungnya pada awal tahun 2018 dan sebahagian besar sistem ini digunakan dalam industri kecantikan dan estetika. Klien Aoikumo terdiri daripada jenama-jenama terkenal di rantau Asia Pasifik merangkumi Malaysia, Indonesia, Singapura dan Thailand.

"Sejak kemunculan pertama kami, Aoikumo telah memperoleh rakan kongsi merentasi sempadan kami sendiri dan kini kami berhasrat untuk memperluaskan kepakaran kami melangkaui industri kecantikan dan estetika iaitu dalam bidang perubatan,” tambah Kevin. Ketika ini, Kevin juga terlibat dalam bidang perubatan sebagai Pengarah di Mediconnexions Consulting; sebuah syarikat komunikasi perubatan yang menyediakan  perkhidmatan kepada industri farmaseutikal di seluruh Asia & Oceania menerusi perkhidmatan penulisan perubatan, perincian elektronik dan pemasaran perubatan. 

Di sebalik sistem point-of-sale, Nair menjelaskan: "Aoikumo sebenarnya mengabungkan semua operasi dalam satu platform yang memenuhi keperluan unik industri kecantikan dan estetika. Ketika kami mula-mula memperkenalkannya, kami mendapati sistem yang sudah berada di pasaran tidak begitu fleksibel – satu sistem yang boleh memenuhi keperluan unik industri termasuk membantu untuk melaporkan penjadualan janji temu, CRM, inventori, pengebilan dan komisen. Tidak ada satu sistem pun yang mampu melaksanakan semua operasi ini. Justeru, kami mula mengorak langkah ini dan mulai saat itu kami terus maju kehadapan." 

“Kami telah berkembang seiring dengan industri sekali gus mempunyai modul sedia ada untuk  menjadi lebih maju dan pada masa yang sama menambah modul-modul baharu untuk e-pemasaran dan e-dagang. Di samping itu, Aoikumo turut menyediakan perkhidmatan kumpulan sokongan teknikal selepas jualan yang berdedikasi dan ini dapat memberikan ketenangan kepada pemilik-pemilik perniagaan agar mereka boleh memberi tumpuan kepada apa yang mereka lakukan dengan sebaiknya.”

Dari Kiri, Hong Zhin Shun, Ketua Bahagian Teknikal Back-end di Aoikumo; Kevin Nair, Pengasas dan Ketua Bahagian Teknikal di Aoikumo; Daniel Yap, Ketua Bahagian Teknikal Front-end di Aoikumo.

Aoikumo sebahagian besarnya masih terlibat dan aktif dalam industri kecantikan kerana kejayaan pendekatan holistiknya dan sehingga hari ni, lebih 2,000 orang pengguna menggunakannya. “Visi kami jelas dan kami berada di sini untuk tempoh yang lama dan bukannya untuk seketika. Justeru, misi kami untuk terus berinovasi agar kekal berwibawa dan relevan kepada industri yang memerlukan perkhidmatan kami pada bila-bila masa. Klien kami melihat nilai ini dan seterusnya, kami berupaya memastikan peratusan klien yang berhenti melanggan perkhidmatan kami berada pada tahap yang rendah iaitu kira-kira  1% sejak awal lagi. Rahsia kejayaan ini adalah keterlibatan secara berterusan bersama klien di samping mendengar maklum balas serta cadangan mereka. Oleh kerana itu, klien kami bekerjasama dengan kami sebagai rakan kongsi berbanding sebagai vendor. Ia adalah satu hubungan menang-menang.”

Tambahan pula, Aoikumo boleh diakses melalui laman web dan aplikasi di mana ia membolehkan penggunanya mengambil gambar selepas rawatan, membuat nota kes, menganotasi imej dan menyimpannya sebagai kolaj untuk memberikan perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan. 

Tidak lama lagi ia bakal meluaskan perkhidmatnya kepada bidang baharu; iaitu industri penjagaan kesihatan seperti klinik pergigian dan pengamal perubatan am (GP).

"Dalam bidang baharu ini, sistem teras Aoikumo kekal sama namun terdapat modul lanjutan yang unik kepada industri pergigian termasuk pencartaan pergigian dan periodontal, pengubatan, preskripsi dan semua yang diperlukan oleh industri berkenaan," kata Kevin.

Dalam perkongsiannya tentang kemampuan Aoikumo dalam membantu para pelanggan dan pengguna untuk menambat hati pelanggan baharu mereka, beliau menjelaskan bahawa sistem berkenaan diintegrasikan kepada saluran media sosial. Integrasi ini membolehkan perniagaan meningkatkan penjualan dan tempahan menggunakan butang Call To Action (CTA) yang tersedia – satu langkah tepat untuk  perniagaan di masa yang sukar ini. 

"Apabila pelanggan mengklik  pautan tersebut, mereka akan mengunjungi laman web anda, memilih perkhidmatan pilihan, membayar secara dalam talian, menerima invois dan hadir untuk rawatan pada hari yang mereka pilih. Semua ini boleh berlaku tanpa mengira waktu sama ada siang ataupun malam. Di sebalik semua proses ini, sistem ini menguruskan keseluruhan transaksi, secara langsung, ketika ia berlaku dan menyimpan rekod. Semua ini dapat dilakukan dalam satu sistem.”

Perkembangan ini, menurutnya, seiring dengan visi syarikat untuk menjadikan Aoikumo sebagai penyedia dalam industri yang merangkumi aspek operasi sesama perniagaan (B2B), serta perniagaan kepada pelanggan (B2C), di mana sistem ini membantu perniagaan memperoleh aliran pelanggan. 

Gocloud Technologies adalah penerima geran CIP300 oleh Cradle Fund pada tahun 2017. Pertumbuhan firma itu melebihi 100% dan baru-baru ini melayakkannya menerima CIP IGNITE (ii) – satu program pembiayaan yang menyediakan geran dan bantuan dengan nilai tambah sebanyak kira-kira RM500,000. Maklumat lanjut mengenai Aoikumo boleh didapati di www.aoikumo.com.

-TAMAT-

Mengenai Aoikumo

Aoikumo merupakan satu sistem POS cloud-based Semua-dalam-Satu yang menyasarkan industri Kecantikan, Estetika Perubatan, GP dan Pergigian. Ia menguruskan setiap aspek perniagaan seperti menyimpan rekod janji temu dan perbelanjaan pelanggan, inventori, preskripsi ubatan, komisen dan jualan. Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web: https://www.aoikumo.com/


Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:

Aoikumo

+60378320188 

+60176847223 (wa.me/60176847223/)

info@aoikumo.com


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Industri perubatan bakal terima manfaat daripada sistem berasaskan awan semua dalam satu Aoikumo

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !