Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 27, 2021

Terkena status 'Kontak Kasual Tidak Bergejala' pada paparan MySejahtera di Shah Alam

  Mohd Shubhi       Thursday, May 27, 2021


Sejak awal kerajaan perkenalkan aplikasi MySejahtera untuk urusan membendung penularan wabak covid-19 saya dah mula pakai. Kemudian Kerajaan Selangor perkenalkan pulak aplikasi mereka sendiri SElangkah, saya pakai juga.

Jujurnya, masa awal dulu, saya tak berapa perasan dan tak ambil peduli sebenarnya bahawa ada 2 aplikasi check in kepunyaan kerajaan persekutuan dan satu kerajaan negeri. Buka telefon untuk kesan QR Code pakai scanner yang memang dah ada pada telefon tu.

Maklumlah masa awal tu, tak berapa nak faham sangat segala kegunaan kesemua benda atau aplikasi tu. Nampak saja QR Code bila nak masuk ke kedai atau bangunan, terus tala telefon untuk scan.

Muat turun dan daftar MySejahtera

Bila buat macam tu, aplikasi tu akan minta isi segala maklumat yang diperlukan seperti no telefon dan sebagainya. Bila pakai SElangkah, kena isi suhu badan juga. Mulanya menyampah juga tiap kali scan nak kena isi maklumat yang sama berulang kali.

Tapi bila kawan beritahu kena muat turun aplikasi MySejahtera tu dan daftarkan diri terus untuk pakai aplikasi tu, segalanya jadi mudah. Tiap kali scan, dia akan register maklumat berdasarkan profile yang didaftarkan pada telefon itu.

Sejak hari itu, saya hanya istiqamah pakai MySejahtera saja dan tak pakai SElangkah lagi dah. Ada cakap-cakap pasal aplikasi SElangkah buatan tempatan dan MySejahtera ada darah Amerika, lantak pi kat depalah. Saya bukanya ajen 007 spy yang perlu jaga maklumat dan pergerakan diri sendiri untuk kekalkan status spy.

Saya hanya orang biasa yang ada atau tidak ada sama saja tidak memberikan apa-apa kesa pada negara malah tiada kesan juga pada kampung tempat tinggal pun. Maksudnya bukan orang penting untuk rahsiakan pergerakan diri.

Bab pantau pergerakan supaya boleh jejak seandainya saya ada di kawasan yang berlaku jangkitan perlu sistem yang menyeluruh dan satu sahaja. Tak boleh ada 2 atau 3. Jadi saya pilih MySejahtera sebab dia dikelolakan oleh federal Mudah macam tu.

Untung Syarikat yang buat MySejahtera

Bagi orang yang ada pemikiran niaga, akan nampak betapa beruntungnya syarikat yang diberikan tugas untuk develop MySejahtera dan menguruskannya dari awal dulu sampai sekarang.

Memang itu bukan projek kecil anak. Kenyangan makan tak habis 7 keturunan punya dengan projek nasional besar-besaran sebegitu.

Dan umum tahu macam mana nak dapatkan projek kerajaan dalam perkara sedemikian. Perlu kenal orang yang berkuasa, ertinya orang politik yang ada akses kepada menteri yang ada kuasa.

Bukan isu perkenalkan tawaran yang paling bagus dan kompetitif kosnya, kalau paling bagus dari segi kecekapan dan keselamatan tak boleh lawan satu dunia pun, bawak mai kat Malaysia untuk rebut kerja kerajaan belum pasti akan dapat.

Sebab nak dapat semua itu kena kenal orang yang ada kuasa. 

Nak ubah semua itu memang kena tunggu kucing naik tanduk. Bayangkan sekadar nak bekalkan karipap pun kena ada kabel kat negara kita, apatah lagi nak develop dan suply projek bernilai puluhan atau ratusan juta!

Tak mau komen benda tu semua sebab bagi kerja atau projek kat kroni ada pro n con. Kalau kena caranya dah tentu banyak kelebihan. Jadi kita andaikan ada win-win punya deal dalam setiap urusan samada konsep kroni atau konsep terbuka dan bebas berdasarkan merit.

MySejahtera yang cekap kesan

Baru ni saya di pejabat kat Shah Alam. Pekerja yang ada urusan kat pejabat saja akan datang dan duduk buat kerja mereka. Bila dah tak perlu, balik duduk buat kerja dari rumah saja.

Oleh kerana syarikat tu saya punya, samada suka atau tidak, saya akan pastikan saya kat pejabat. Kalau benda kecil bagi saya saja buat, tak payah la orang lain datang. Lebih baik yang lain fokus pada sales dan operasi fokus tunaikan amanah yang diberikan oleh pelanggan.

Bila duk kat pejabat, masuk zohor, solat dan perut mula terasa lapar. Malas nak keluar beli kat kedai sebab memang malas nak pergi tempat ada orang. Tapi tak ada pilihan pergi juga. Saya masuk kedai nasi kukus dan scan MySejahtera.

Beli nasi sebungkus dan balik ke pejabat buka dan suap sampai habis, kenyang.

Tak lama lepas tu tengok ada info masuk ke MySejahtera. Beritahu saya didapati telah berada di kawasan yang banyak kes dalam lingkungan 1km radius. Jadi saya telah diklasifikasikan sebagai Kontak Kasual Tidak Bergejala.

Awal dapat tu berdebar juga. Maklumlah pertama kali. Takut kena pi buat swab test, kena kuarantin diri sendiri dan kawal pergerakan. Susahlah nak cari makan kalau jadi macam tu. 

Dari mula kahwin sampai dah tua lani, bab cari duit dan sediakan segala keperluan makan dan minum saya yang buat sampai lani. Bayar bil, pergi market, pergi pasaraya, pergi beli belacan, beli ubat dan segalanya saya yang buat. Kalau pergerakan saya terpaksa dihadkan. Semua anak-anak dan isteri akan hadapi kesukaran. 

Bila baca dan jawab survey yang ada dalam apliasi tu, baru saya faham, makna status kuning yang saya dapat. Tak payah kuarantin, tak payah buat swab test dan sebagainya. Saya dikesan ada kat red spot, itu saja. Kemungkinan untuk ada perhubungan dengan kes adalah tinggi. Jadi langkah berhati-hati dibuat supaya jika ada hal, boleh bertindak pantas.

Itulah yang saya kata, aplikasi tu, bagi saya sangat cekap dan boleh lah diterima pakai untuk aktiviti kawalan wabak dan jejaki orang ramai yang berpotensi bawa atau kena virus covid 19.

Semalam bersembang dengan jiran bengali, dia cerita perkara sama juga. Kena status kuning dan hari-hari kena update status kesihatan dan hantar ke MySejahtera sampai cukup 10 hari. Dia ikut dan taat setia lakukan apa yang disuruh.

Orang macam saya, macam bengali tu, memang tak ada masalah dalam bab nak berikan kerjasama. Insyaallah, biasanya orang begitu jika nasib tak baik terkena pun akan berikan kerjasama sepenuhnya untuk pastikan tidak jadi pencetus masalah.

Masalah paling besar adalah orang yang jenis mangkaq tak muat turun tak pakai aplikasi. Ada satu orang kat dalam taman yang degil macam itu saja dah cukup untuk sebarkan bawa viru tu pada satu kampung atau dua tiga kampung lain.

Dah la tak pakai aplikasi. bila masuk kedai atau bangunan mana-mana, tak kisah untuk catitkan manual maklumat diri. Akan ada golongan ini yang ikut SOP dirasakan sebagai satu perkara yang menjatuhkan martabat mereka.

Semakin ramai golongan yang tak ada kerjasama macam ni, maka makin bermasalah negara kita nak tangani wabak macam covid 19 ni. Tengok apa berlaku pada geng politik yang masuk keluar semenanjung pergi pilihanraya kecil Sabah dulu. Cukup sorang dua saja akan kelam kabutkan satu negara.

Begitu juga kepada industri yang pentingkan pengeluaran dari keselamatan. Pakai pekerja luar yang ramai yang tinggal berhimpit satu hostel dan suasana kerja yang saling bersentuhan dalam jumlah yang ramai.

Persoalannya, macam mana kerajaan hadapi golongan macam ni sekarang?

Tak masuk lagi isu geng yang tak mau benarkan diri mereka diberikan vaksin. Tengok kes kat Kelantan, serambi mekah tu. 10 ribu kencing tak pergi ambil suntikan yang dah dijadualkan kepada mereka!

Bukan mudah jadi kerajaan yang mampu perform! Yang telus dan fokus kepada jadikan negara yang memberikan manfaat kepada rakyatnya. Tapi yang paling mudah adalah jadi kerajaan yang cekap belasah duit rakyat untuk kawan-kawan dan saudara mereka yang berkuasa .. berat kepala bila fikir masalah tu semua.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Terkena status 'Kontak Kasual Tidak Bergejala' pada paparan MySejahtera di Shah Alam

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !