Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, July 12, 2021

Kenapa pepijat pilih untuk gigit saya seorang saja tapi orang lain tak kena gigit pun

  Mohd Shubhi       Monday, July 12, 2021


Saya ada kongsikan cara untuk buat bahan semburan bunuh pepijat yang mudah tapi berkesan video Youtube. 

Semua bahan yang digunakan adalah mudah. Boleh dapat kat dapur rumah anda saja. Kalau tak ada, mudah untuk pergi beli di pasaraya.

Boleh nonton video tu di bawah ni.


Dalam ruang komen di youtube tu, ada satu perkongsian menarik dari pengunjung. Dia kata habis badannya kena gigit dek pepijat. Dia nak cuba buat bancuhan cecair yang dikongsikan seperti dalam video tu.

Yang menarik dari komennya adalah, dia kata begini ..

" Pepijat kat bilik tu dh laa asyik lompat malam2, nk cuba petua ni. Harap jadi laa. Satu badan kena gigit ni, dah laa org yg sama je kena gigit, yg lain dia x nak. Sabo je laa .. "

Saya tak pasti samada binatang yang dia kata asyik melompat-lompat tu adalah pepijat atau tidak. Sebab biasanya, agak susah nak jumpa pepijat menyorok atas katil tu kecualilah memang ada banyak betul kat situ membiak.

Tapi yang paling menarik, dia kata pepijat tu pilih untuk gigit dia saja. Kenapa orang lain tak kena gigit pun.

Ya! kenapa anda kena gigit pepijat tapi orang lain tak kena?

Adakah pepijat pilih darah


Ada tak kemungkinan pepijat tu jenis makhluk yang akan pilih jenis darah yang dia nak hisap. Kalau darah A dia suka dan kalau darah jenis O, dia tak mau?

Sebenarnya, pepijat memang ada sedikit kecenderungan untuk suka pada jenis darah tertentu. Bergantung kepada masa pepijat tu mula menetas dan darah apa yang ada masa tu.

Sebaik saja pandai cekik darah dia duduk celah katil anda yang berdarah jenis A, maka itulah yang akan jadi darah kegemaran dan pilihannya.

Tapi kalau darah jenis B dia akan hisap tak?

Jawapanya adalah ya!.

Pepijat tak kisahpun untuk hisap darah jenis apa asalkan peluang untuk hisap darah yang menjadi makanan nya itu ada.

Pepijat pilih orang untuk gigit


Sekarang kita tengok soalan yang Siti Hajar Shah tu komen. Pepijat hanya gigit dan hisap darah dia sahaja sedangkan orang lain pepijat tu tak mau gigit.

Secara mudahnya, macam saya jawab di atas tadi. Pepijat tak pilih jenis kulit, jenis darah, jantina atau nama orang untuk gigit. Dia belasah saja asalkan namanya darah.

Kenapa orang lain tak kena gigit sedangkan kat tempat mereka ada pepijat juga?

Sebenarnya orang lain juga kena gigit.

Yang membezakan anda orang lain dengan anda hanyalah kesan akibat dari gigitan tersebut.

Ada orang yang sensitif dengan gigitan dan cecair yang ditinggalkan oleh pepijat. Bila kena gigit, rasa kebas yang pepijat tu lepaskan dah tak ada, maka mula terasa pedih atau gatal.

Mula timbul biji atau ruam merah pada gigitan tersebut.

Ada juga orang yang memang jenis kebal. Tak ala kepada gigitan pepijat. Lepas kena hisap darah ketika dia tidur, pepijat tu cabut. Bila orang tu jaga, dia tak rasa apa-apa sebab memang tak alah kepada kesan gigitan.

Jadi anda sangka orang seorang saja yang kena gigit sedangkan orang lain tak. Bukan macam tu sebenarnya. 

yang lain kena juga, cuma tak ada kesan. Jadi nampak macam tak kena gigit.

Kalau anda nak tahu macam mana nak pastikan samada kesan gigitan adalah akibat dari pepijat, boleh pergi baca kat artikel ini.


Semua pelanggan yang mendapatkan khidmat hapuskan pepijat menggunakan rawatan Haba seperti dalam gambar di atas lega. Masalah kena gigit pepijat mereka sudah tidak ada lagi. Wasap untuk maklumat lebih lanjut ..

Hapuskan pepijat 100% berkesan


Macam mana nak hapuskan pepijat ni dengan cara yang paling berkesan. 

Ada ramai orang yang merungut, setelah sembur racun dan sebagainya, pepiat masih tetap tak hilang. 

Datang semula dan hisap darah balik selepas rawatan dan semburan di buat.

Untuk maklumat anda, tak ada cara yang lebih berkesan selain dari menggunaan haba wap panas untuk hapuskan pepijat.

Teknik itu dapat bunuh pepijat dewasa, pepijat anak dan kesemua telurnya habis mati bila kena wap haba panas. Jadi dah tak ada peluang untuk menetas dan mula membiak selepas rawatan haba dilakukan. 

Dapatkan khidmat hapus pepijat dengan rawatan haba dari syarikat pest control berlesen Easelife Services Sdn Bhd. Klik butang  di bawah untuk wasap ..
 
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenapa pepijat pilih untuk gigit saya seorang saja tapi orang lain tak kena gigit pun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !