Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, July 11, 2021

Pengalaman beli mikrophone Blue Yeti Nano untuk komputer guna kat Zoom atau Youtube

  Mohd Shubhi       Sunday, July 11, 2021


Minggu lepas, mikrophone Blue Yeti Nano yang saya beli secara online sampai ke rumah. Syarikat servis hantar barang sampai depan rumah dan tekan loceng waktu pagi dalam pukul 11 macam tu.

Bagi yang memang kaki buat video streaming, kaki youtube, banyak buat content untuk dikongsikan dalam channel youtube yang dia ada, tentu dah pakar dalam bab mikrophone dan kenal Blue Yeti Nano ni.

Tapi bagi orang old skul macam saya, baru nak tertatih biasakan diri guna platform digital, semua peralatan macam mikrophone ni adalah pengalaman baru. Tak terfikirpun nak kena beli dan pakai.

Perlu Blue Yeti Nano untuk Zoom

Sejak kena perintah kawalan pergerakan tahun lalu, semua orang dipaksa untuk lebih banyak gunakan platform online dalam kebanyaka urusan.

Macam kebanyakan old skul lain, saya pada mulanya bertahan untuk tunggu keadaan kembali reda dan buat kerja secara fizikal macam biasa. Itu cara yang dah diamalkan dari dulu lagi.

Perkara paling susah nak buat adalah berubah dari kebiasaan. Lansung tak seronok keluar dari zon selesa ni. Walaupun perkara baru yang nak kena buat itu adalah sesuatu yang mudah kacang, tapi tetap dirasakan sukar untuk berubah.

Tunggu punya tunggu, PKP demi PKP datang silih berganti. 

Gelombang ke-2 datang kembali selepas Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dengan lega umumkan penurunan demi penurunan ketika gelombang pertama dulu. 

Lepas tu sekarang dah gelombang ke-3 pulak. Dengan jumlah kes yang diumumkan luar biasa. Kalaulah masa gelombang pertama dulu diumumkan kes covid-19 baru hari ni adalah lebih  9 ribu kes, mahu huru hara satu Malaya ketakutan.

Tapi sekarang, semua orang selamba dok saja. Ada peluang longgok berkumpul, depa akan buat. 

Kat taman permainan tempat saya tinggal sampai kena panggil polis minta tolong datang halau atau tangkap geng-geng suka melepak dan main ramai-ramai atas padang dalam keadaan PKP di kenakan.

Majoriti rasa macam dah jemu malas nak layan kena hidup bukan cara biasa dalam tempoh yang sangat lama. Dah masuk tahun ke-2 sekarang.

Dipendekkan cerita, akhirnya semua kerja perlu diteruskan jalan macam juga tapi ubah cara.

Kena pakai Zoom.

Atau platform lain seperti Google Meet atau Microsoft Team. Yang pastinya, kena buat semua meeting, training, perbincangan, training semuanya secara online.

Dari situlah mula terasa perlunya beli Blue Yeti Nano.

Audio mikrophone komputer tak power

Selama ini, lansung tak sedar bahawa audio memainkan peranan penting ketika berkomunikasi secara online. 

Walaupun ketika bersembang dalam talian, jika suara kawan sebelah sana tak berapa jelas, tak puas dengar, memang rasa lemas perut dan tak berapa syok nak terus sembang begitu, tapi tak terlintas semua itu boleh dibaiki.

Sama juga ketika buat zoom meeting atau ketika buat webinar secara online.

Mula sedar bila ikuti seminar pendek dari pengamal online training cara-cara yang betul untuk mantapkan proses buat seminta secara online.

Dia ada sentuh bab suara yang jelas.

Ingat ka bab suara ni hanya cara anda cakap, cara sebut dan sebagainya. Rupanya, kena tengok juga peralatan yang digunakan. Suasana dan keadaan tempat anda duduk ketika bercakap tu dan sebagainya.

Orang kat sebelah dengar rasa tak sedap dan tak puas percakapan anda, tapi tak ada siapa komplen sebab tak tahu itu perlu komplen.

Tapi pengetahuan anda terhadap kesan audio yang mampu bantu selesakan semua pendengar dapat membezakan antara trainer yang bagus dengan tak bagus.

Ringkasnya, dia kata kalau nak harapkan komputer punya mic saya memag tak memadai untuk berikan nikmat audio yang baik pada pendengar. Jadi elok cari mikrophone luar yang lebih mantap.

Mikrophone terbaik untuk zoom

Macam biasa, tanya google apakah mikrophone terbaik kalau nak pakai untuk aktiviti zoom online atau ak buat ceramah rakam kat youtube.

Maka banyak lah maklumat yang google paparkan. Nah! baca sendiri. Macam tulah lebih kurang google kata bila dia senaraikan semua maklumat yang dirasakan bernilai pada page pertama carian.

Akhirnya, dengan bajet yang ada, dengan fikirkan jangka panjang kononnya nak jadi content maker kat dunia digital, maka saya pilih Blue Yeti Nano.

Beli Blue Yeti Nano dari Amazon

Saya dah beli Yeti Nano ni dari Shopee. Setelah bandingkan semua tawaran harga yang ada. Tengok review dari pembeli lain sebelum ini, saya bayar RM515.10 untuk mendapatkan Blue Yeti Nano berwarna hitam yang sempoi tu.

Biasanya harga kat Shopee memang yang terbaik jika dibandingkan terutamanya dengan Lazada.

Tapi tergerak pulak nak tengok berapa depa jual kat Amazon?

Maka saya pun semak harganya sampai ke rumah adalah RM436.24 sahaja.

Murah lebih lagi dari yang paling murah kat Shopee rupanya. Tapi tak apalah sebab dah beli.

Bagi anda yang nak beli, saya cadangkan boleh pergi beli kat Amazon saja. Boleh klik pada gambar Yeti Nano kat bawah ni kalau nak pergi tengok dan rasa nak beli.

Kualiti Blue Yeti Nano yang mantap


Apa beza bila pakai Blue Yeti Nano?

Mantap!

Itu saja yang saya boleh beritahu. Sangat mudah nak guna. Perlu cucuk saja wire usb mic tu ke komputer, dah boleh mula guna. 

Ada input dan output pada Yeti nano tu. Bila anda cucuk USB, ada lampu hijau kat butang suara seperti dalam gambar di atas tu. Butang tu kalau anda tekan akan tukar jadi warna merah, maksudnya 'mute'.

Kalau tengak cakap rasa jak batuk, tekan butang mute tu, orang sebelah sana tak akan pekak telinga bila anda sembur bersin tau batuk depan mikrophone tu.

Sambung headphone pada lubang bawah Yeti nano tu anda akan dengar macam suara anda didengarai oleh orang sebalah sana. Jadi boleh adjust kuatkan atau perlahankan. Mudah dan sangat mantap.

Dia punya kualiti suara tersangat lah luar biasa!, macam dok dengar suara DJ kat Radio la pulak!. Jelas, rangup, dan bebas dari bunyi kacau lain sebab dia akan pick-up suara anda saja yang duduk depan mic tu.

Kalau anda nak temuramah dua atau 3 orang dalam bilik. boleh juga pakai Yeti Nano tu dengan ubahkan setting butang di badan mic tu kepada banyak arah. Kalau sorang-sorang, pakai button yang satu arah saja.

Bila suara dah power, saya perasa ada satu benda lagi kena tambah .. anda agak apa dia yang nak kena tambah lagi pulak?


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Pengalaman beli mikrophone Blue Yeti Nano untuk komputer guna kat Zoom atau Youtube

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !