Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, July 4, 2021

Manfaat amalan tahan nafas ini pasti buat anda mula berlatih teknik tahan nafas yang betul

  Anonyme       Sunday, July 4, 2021


Baru-baru ni selepas makan macam-macam, saya rasa meloya dan tak selesa. Selepas solat Insya, saya baring sebentar atas katil. Teringat pasal amalan tahan nafas yang dapat legakan rasa macam tu. 

Jadi saya ambil phone, buka timer.

Saja nak tengok lama mana saya boleh tahan nafas.

Saya buat banyak kali. Mulanya, macam yang saya baca. Hanya 30 saat saja yang selesa tak ada masalah untuk tahan nafas.

Lepas tu saya paksa diri. Dapat tahan sampai 1 minit. 

Dari bacaan saya dapat tahu tempoh keupayaan tahan nafas kebanyakan orang adalah antara 30 saat ke 2 minit.

Rasa nak push sampai ke 2 minit sebab itu maksimum yang kebanyakan orang boleh buat sedangkan saya tak sampai ke situ. Jadi saya cuba dan cuba berkali-kali. 

Paling lama, saya dapat bertahan hingga 1 minit 45 saat.

Rekod dunia orang paling lama dapat tahan nafas dipegang oleh Aleix Segura Vendrell dari Barcelona, Sepanyol. Dia dapat tahan selama 24 minit 3 saat. Memang luar biasa!. 

Tapi itu bukan perkara yang nak saya beritahu. Yang penting dari itu adalah rasa meloya, tak selesa dan pening sikit-sikit sebelum itu hilang terus macam tak ada apa-apa berlakupun.

Saya segar dan selesa semula lebih dari biasa!

Banyak manfaat tahan nafas

Tahan nafas dengan sengaja banyak manfaat rupanya. Ini lanjutan dari buku berkenaan bernafas yang saya kongsikan sebelum ini. Boleh baca kat sini artikel itu.

Buku tersebut buat saya berminat untuk tahu lebih banyak lagi berkenaan amalan yang bekaitan dengan pernafasan. Bukan lah benar-benar cari. Tapi lintasan maklumat yang berkaitan dengan pernafasan buat saya lebih peka dari sebelum ini.

Amalan tahan nafas dan kebaikannya adalah satu lagi perkara baru yang saya jumpa.

Manfaat amalan tahan nafas

Saya kongsikan terus 4 manfaat amalan tahan nafas dengan sengaja di bawah ni.

  1. Meningkatkan keupayaan paru-paru buat kerja - Keupayaan paru paru adalah jumlah udara yang dia boleh ambil dan simpan bila anda bernafas. Biasanya antara 4 ke 6 liter untuk orang normal. Kebanyakan masa kita hanya gunakan 1/3 sahaja dari keupayaan sebenar paru-paru. Orang tinggi biasa lebih besar keupayaannya berbanding orang rendah. Kalau anda naik tempat tinggi, keupayaan tarik dan simpan udara jadi lebih penting sebab jumlah oksigen rendah di tempat tinggi.
  2. Tingkatkan keupayaan memberi tumpuan dan lebih peka - Berlatih tahan nafas buatkan minda anda juga turut berlatih tingkatkan daya tumpuan dan kepekaan. Tiap kali anda tahan nafas dengan sengaja minda terpaksa berikan tumpuan pada keadaan tersebut dan dia jadi sangat peka dan fokus
  3. Kurangkan rasa tertekan dan risau - Ini perkara yang ramai tak berapa nak guna sedangkan ianya sangat berkesan. Bila anda panik, berdebar, takut, marah atau sebagainya, tahan nafas dalam 30 saat. Kemudian baru tarik nafas. Ulang lagi begitu. Degupan jantung akan stabil dan perlahan dan anda akan tenang semula sebab kemasukkan oksigen yang laju buat otak fokus pada perkara tersebut dan semua perasaan negatif hilang.
  4. Tingkat keupayaan hidup dalam kecemasan - Keupayaan tahan nafas dengan prestasi paru-paru yang tinggi buat anda mampu bertahan seandainya berada dalam air. Umpamanya jika jatuh dari bot atau terjunam kereta masuk air dan tenggelam.

Nampak tak manfaat nya?

Manfaat tambahan yang lebih menarik ada lagi seperti di bawah ni.

  • Tingkatkan jangkahayat - Ini berlaku sebab tahan nafas dapat tingkatkan tahap kesihatan sel stem. Baca laporannya kat sini.
  • Kemungkinan dapat membentuk tisu baru pada otak - Ini adalah sekadar teori yang mungkin berlaku juga pada manusia sebab kajian dibuat pada Salamander. Baca di sini.
  • Lebih kuat daya ketahanan terhadap infeksi bakteria - Ini sangat menarik untuk diberikan perhatian. Anda boleh jadi lebih kuat dari serangan bakteria sebagaimana yang diterangkan dalam laporan di sini.

Manfaat tambahan yang saya berikan di atas tu nampaknya sangat meransangkan lagi untuk saya luangkan masa berikan perhatian untuk belajar dan berlatih tahan nafas ni.

Saya yakin anda juga tentu rasa berminat kan?

Adakah tahan nafas bahaya

Perlukah anda takut kalau tahan nafas suka-suka macam tu. Tak boleh mati ke kalau dok berlatih tahan nafas seorang diri?

Jawapannya Ya! kalau anda duduk dalam air. Jika tahan nafas dalam air lama-lama, boleh membawa maut jika anda kekal di dalam air begitu.

Tapi bukan mati sebab tahan nafas tu. Sebaliknya mati sebab pada satu peringkat, badan anda akan paksa bernafas juga dan ketika itu air akan masuk dengan laju penuhi paru-paru anda.

Jika anda tahan nafas bukan dalam air. Atas katil umpamanya atau atas kerusi kat taman bunga, tak akan jadi apa masalah pun.

Anda boleh tahan sampai pengsan. Sebaik saja pengsan badan akan bernafas secara automatik. Tak boleh nak halang tubuh badan anda dari bernafas sebab semua itu memang dah program pada manusia.

Itu yang berlaku bila anda ada dalam air dan tahan nafas. Badan akan meronta sebab dia nak tarik nafas juga. Dan akhirnya anda akan tarik air masuk kalau kekal dalam air tu.

Walau bagaimana pun, seeloknya dapatkan lagi banyak maklumat atau tanya dari mereka yang pakar terlebih dahulu sebelum anda nak cuba bersenam tahan nafas lama-lama.

Senaman yang lebih mudah dan ada banyak manfaatnya adalah berlatih bernafas perlahan-lahan dan bukannya tahan nafas tanpa pemantauan dari yang pakar.

Jika anda berminat nak tahu lebih lanjut senaman atau latihan tahan nafas ni, boleh baca kat pautan ni.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Manfaat amalan tahan nafas ini pasti buat anda mula berlatih teknik tahan nafas yang betul

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !