Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, September 16, 2021

Jika anda kena buang kerja disebabkan perkara ini , layak mohon pakej upskill PERCUMA

  Mohd Shubhi       Thursday, September 16, 2021


Semalam saya ada kongsi maklumat peluang ikuti latihan upskill secara PERCUMA khas untuk mereka yang kena buang kerja.

Ada pulak pertanyaan samada semua orang yang kena buang kerja tu layak mohon skim ini ke?

Kalau kena buang kerja sebab bergomol di dalam pejabat dengan rakan kerja, boleh ke mohon sekali?

Jika kena tindakan disiplin, ponteng kerja 3 tahun berturut-turut layak sertai skim latihan itu ke tidak?

Jadi saya berikan senarai jenis kena buang kerja yang melayakkan anda ambil peluang ikuti skim latihan tersebut.

Peluang latihan percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh PERKESO

Status kena buang kerja

Berikut adalah sebab-sebab yang membolehkan anda rebut peluang tambah kemahiran secara percuma tajaan PERKESO. 

  1. Diberhentikan Majikan Atas Sebab Kekangan Kewangan Syarikat
  2. VSS/MSS
  3. Ditamatkan Kontrak Lebih Awal Daripada Perjanjian Asal
  4. Syarikat Ditutup/Tidak Beroperasi
  5. Diugut/Dipaksa Majikan Untuk Berhenti
  6. Gangguan Seksual
  7. Diberhentikan Kerja Tetapi Sudah Mendapat Pekerjaan Baru
  8. Saya Masih Bekerja Tetapi Bakal Diberhentikan

Jika anda kena buang atau diberhentikan kerja disebabkan perkara berikut, tak boleh masuk skim latihan percuma ini. Maaf ya!




❌ Bersara
❌ Diberhentikan Akibat Salah Laku Mereka Sendiri
❌ Ditamatkan kontrak Seperti Perjanjian
❌ Perletakan Jawatan Atau Berhenti Secara Sukarela
❌ Mereka yang MASIH BEKERJA dan tiada caruman PERKESO juga TIDAK LAYAK MEMOHON

Satu lagi maklumat yang anda perlu tahu adalah. Program skim latihan tambah kemahiran ini adalah usaha pihak kerajaan yang dilakukan oleh pihak Perkeso untuk hadapi kemelut kegawatan ekonomi yang menimpa sampai kepada para pekerja di negara kita.

Cuba tengok dalam pay slip bulanan yang anda dapat setiap kali terima gaji. Ada tercatit caruman dari Employee EIS kat dalam tu. 



Perkara itulah yang membuatkan anda semua berpeluang untuki ikuti latihan kemahiran secara percuma ini.

Apa itu Sistem Insurans Pekerjaan


Bagi yang masih blur, tak tahu menahu apa bendanya Sistem Insurans Pekerjaan (SIP) atau dalam Bahasa Inggeris di sebut Employment Insurance System (EIS), saya lampirkan maklumat ringkas berkenaannya dari poster infografik di bawah ni.

Baca lah ..

   
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Jika anda kena buang kerja disebabkan perkara ini , layak mohon pakej upskill PERCUMA

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !