Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, September 15, 2021

Peluang tambah kemahiran untuk anda yang kena berhenti kerja akibat situasi semasa

  Mohd Shubhi       Wednesday, September 15, 2021

Suasana menyedihkan dalam industri pekerjaan sekarang yang ramai terkesan bila terpaksa diberhentikan kerja. Hilang sumber pendapatan dan tiada mata pencarian.

Jika anda lihat maklumat dari pautan di sini, memang ramai yang alami kehilangan pekerjaan. Paling ramai adalah dalam industri pembuatan dan industri peruncitan.

Tangga gaji mereka yang paling ramai kena buang kerja adalah dalam lingkungan RM1,000 ke RM1,500 sebulan.

Paling ramai yang berumur antara 25 tahun ke 34 tahun. Maknanya ramai yang masih muda. Masih kuat dan cergas untuk digunakan buat terus berusaha.

Cari peluang kerja lain

Nak marah pun tak boleh. Sebab syarikat juga perlu memikirkan survival mereka.

Syarikat ni macam kapal. Jika ada masalah, kapal perlu cuba diselamatkan supaya dapat bertahan dan teruskan pelayaran. Penumpang ada yang terpaksa di korbankan.

Tapi taklah sampai buang penumpang ke laut dalam.

Dalam keadaan sebenar dunia pekerjaan. Syarikat hanya hentikan pekerja mereka sahaja. Untuk lepaskan bebanan kos operasi syarikat agar dapat terus bertahan. Mana yang dibuang terpaksa berdikari untuk cari peluang lain yang ada.

Sumber rezki kat muka bumi ini, insyaallah, mencukupi untuk semua selagi anda masih bernafas. Itu janji Tuhan yang pasti berlaku. Tak semestinya rezki hanya datang dari tempat kerja atau majikan anda saja.

Anda pun tahu perkara tersebut.

Jadi bagi yang terlibat, ambil masa untuk tingkatkan kemahiran anda sekarang. Sementara menunggu tibanya peluang lain untuk mendapatkan semula pekerjaan.

Salah satu peluang latihan yang ada adalah yang ditawarkan oleh PERKESO. Anda boleh mendaftar untuk sertai latihan dan kursus tambah kemahiran yang relevan dengan suasana kerja sekarang.

Bila dah tamat latihan itu, anda punya satu kemahiran tambahan yang berguna. Nilai diri anda bertambah dengan adanya satu lagi peningkatan skill dengan menambil latihan secara percuma ini.

Jadi, bolehlah minta kerja semula dengan ada menambahan kemahiran yang sudah pasti dapat membantu anda untuk diambil kerja semula yang bersesuaian dengan pengalaman dan kemahiran baru yang anda dapat.

Saya berikan link kat bawah ini untuk anda baca dan jika sesuai semua syaratnya, andfa boleh terus daftarkan diri. Ada link dalam maklumat tu di akhir penerangan yang anda boleh tekan dan pergi daftarkan diri.

Peluang latihan percuma yang dibiayai sepenuhnya oleh PERKESO. Sila klik link untuk baca maklumatnya di sini https://bit.ly/3ElLNpq

Bagi yang masih ada pekerjaan, alhamdulillah. Kongsikan pada kawan-kawan yang anda kenal kena buang kerja untuk ambil manfaat dari tawaran ini.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Peluang tambah kemahiran untuk anda yang kena berhenti kerja akibat situasi semasa

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !