Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, October 18, 2021

Perjalanan pertama dari Selangor ke utara naik feri ke Langkawi bila rentas negeri di benarkan

  Mohd Shubhi       Monday, October 18, 2021


Lega rasanya !

Dah boleh merentas negeri mulai 11 Oktober 2021 yang lalu. Setelah lama menanti tak bergerak, pintu perjalanan dibuka semula.

Rasa macam air tengah naik, lalu empangan dibuka. Air keluar laju dari tempat tinggi menuju ke tempat rendah. Keadaan di atas jalan raya kelihatan macam itu sebaik rentas negeri di benarkan semula. Ramai yang teruja.

Ada dua perkara berlaku serentak bila sempadan dibuka. 

Pertamanya, kebanjiran kerja datang bertimpa-timpa. Semua urusan yang tertangguh terpaksa dilunaskan. Terjun bertimpa-timpa sebaik saja keadaan kembali normal.

Kedua, kebanjiran urusan ziarah tengok orang tua di utara. Setiap minggu bila telefon, dia akan tanya kenapa tak datang tengok dia lama sangat.

Setiap kali itu juga diterangkan larangan rentas negeri. Lalu dia iyakan. Seolah-olah faham. Kemudian minggu berkutnya, dia akan tanya lagi sebab apa tak datang. Ulang lagi penjelasan tentang larangan.

Sampai rasa bersalah pulak.

Perlukah. Betulkah bagi alasan itu. Boleh terima kah untuk tidak ziarah orang tua yang rindukan anak-anaknya atas alasan larangan rentas sempadan?

Puas cari rasionalnya. Nak hilangkan rasa bersalah.

Kalau diusahakan betul-betul. Print surat kerja majikan. Redah saja untuk pergi tengok orang tua tentu boleh saja. Buat-buat alasan kononnya ada urusan kerja. Polis akan lepaskan juga.

Jika perlu swab test pun tak kisah. Asalkan dapat legakan perasaan orang tua.

Tapi jika jadi cerita terbawa pula virus dan jadi punca rebakan covid macam mana pula. Dalam keadaan sekarang macam-macam boleh berlaku. Teruk lagi kalau dah pergi jangkitkan pada orag tua pula!.

Bila fikir begitu. Tak payah lah ambil risiko. Selagi boleh pujuk, pujuk saja. Tak perlu langgar larangan undang-undang. Dan tak perlu ambil risiko sebarkan virus ke negeri orang pulak.

Rentas negeri ke Kedah

Kebenaran bermula pada hari Isnin, 11 Oktober 2021. Hari itu selasa dan kemudian sehingga khamis, selesaikan dulu bab kerja.

Habis kerja khamis tu, saya terus cabut memandu seorang diri menuju ke utara. Bergerak dalam pukul 4. Sasarkan untuk buka puasa di Pulau Pinang nanti. 

Dah stand by semua makanan ringan dahulu dalam kereta. Kurma dan buah-buah segar termasuklah salad dijadikan bekal.

Sebelum itu, pagi khamis tu dah telefon kawan di Kuala Kedah. Minta dia tolong belikan tiket bot untuk ke Langkawi. Nak masuk ke sana pada hari Jumaat. 

Dia kata boleh. Saya pegang katanya itu. Macam selalu. Dia tak pernah tak buat. 

Memang kerjanya sentiasa duduk kat Jeti Kuala Kedah itu. Bisnes kereta sewa dan kemudahan parkir untuk mereka yang nak ke Langkawi dari Kuala Kedah dan berpuluh tahun diusahakannya.

Saya memandu dengan yakin menuju ke utara sehingga sampai ke Pulau Pinang dalam pukul 8 lebih.

Tiket Bot masuk Langkawi habis

Sebaik saja bayar duit dan keluar dari Tol Juru, saya ikut waze untuk ke Kedai Nasi Kandar Beratut di Seberang Jaya.

Waze bawa ikut jalan lama melalui Perai. Nasib baik ikut app tu. Saya nampak kenderaan penuh tersangkut bermula dari tol Juru menuju sampai ke depan menuju ke utara alor setar.

Waktu macam itu memang jem. Saya andaikan keadaan itu berlaku sebab orang berpusu-pusu balik dari kerja.

Bila ikut jalan tepi, semuanya lancar. tak ada kenderaan pun. Saya masuk balik di hujung lebuh raya bila dah dekat dengan Seberang Jaya. Pintas jalan sesak atas Lebuhraya Plus tu.

Sampai Kedai 786, beli nasi sepinggan dan makan seorang diri. kawan-kawan semua ada urusan tak dapat nak temankan saya makan buka puasa. Bagus la juga. Makan seorang macam tu akan percepatkan semua urusan. Kalau mereka datang, tentu akan sangkut lama di kedai makan tu.

Habis makan saya teruskan perjalanan menuju ke Grand Alora, Mergong. Dah reserve satu hari pakai Agoda pagi tadi di pejabat.

Selepas lintas tol Sungai Dua, teringat nak follow up kawan di Kuala Kedah untuk pastkan tiket dah diambil untuk masuk Langkawi hari Jumaat esok.

Malang tak berbau, kawan terlupa nak beritahu bahawa tiket dah habis. Dia ulang ke kaunter nak beli tapi kaunter tak buka-buka. Bila dah buka tiket pula dan habis kesemuanya.

Saya panik! hotel temha satu hari saja. Semua perancagan adalah untuk masuk pada hari Jumaat. Tiket memang habis terus tak ada lagi. Kawan itu semak pula di Kuala Perlis, habis juga!

Wah! laku keras orang berebut masuk Langkawi! Mentang-mentang tak perlu buat swab test lagi, orang terjun penuh ke sana. Terbukti orantg Malaysia tak ada masalah kegawatan ekonomi.

Beli tiket secara online

Bila sdmua usaha nak masuk hari jumaat gagal, terpaksa masuk hari Sabtu pulak.

Saya minta kawan belikan tapi dia kata elok beli online. Kaunter macam tak berfungsi sekarang sebab orang ramai dah pandai buat pembelian secara online saja.

Tiket habis lajupun disebabkan orang terpa masuk beli secara online.

Bila semak, masih ada satu kekosongan sahaja untuk bot pukul 1:30 petang hari sabtu. Saya perlu beli laju.

Kawan suruh saya download aplikasi Langkawi Ferry Line untuk beli tiket dari situ. Saya pun buat tapi nampaknya gagal.

Rupanya urusan nak beli tiket sekarang mereka dah ubah kepada portal Cuti-Cuti Langkawi. Anda boleh ke situ sekarang kalau nak beli tiket bot.

Dengan izin Tuhan, saya berjaya juga dapatkan satu tempat duduk untuk masuk Langkawi pada hari sabtu pukul 1:30 petang. Dah tak ada bot lain dah hari tu.

Beli sekali tiket balik yang juga tinggal bot pukul 10:30 pagi sahaja. Nasib baik ada tiket. Jadi saya buat lawatan ekspress saja untuk pergi tengok muka mak, makan bersamanya, sembang dan sarapan. Kemudian dah kena balik.

Hotel Grand Alora penuh

Sekarang timbul masalah baru. Saya perlu lanjutkan penginapan satu malam lagi di hotel Grand Alora tu.

Mulanya saya yakin tentu ada kosong. Jarang hotel itu penuh. Nanti kat kaunter saya akan tanya mereka.

Bila dah sampai ke sana, saya minta untuk reserve lanjutkan satu malam lagi di bilik yang sama. 

Entah samada pelayan itu tak reti atau sengaja malas nak susah payah. Dia syorkan saya untuk tempah saja pakai Agoda macam saya beli bilik satu hari itu. Alasannya adalah untuk jimatkan duit. Beli online lagi murah dari offline, katanya.

Saya kata takut bilik habis. Dia kata tak perlu risau. banyak lagi nanti. Esok boleh turun ke kaunter minta mereka kekalkan bilik sama bilah dah beli dari online.

Saya percaya cakapnya dan naik masuk ke bilik.

Buka dan buka, cuba dapatkan satu hari lagi bilik di Grand Alora malam itu gagal. Bilik dah habis ditempah!

Hebat! orang Malaysia tak ada masalah duit untuk berjalan dan duduk hotel.

Esok saya turun tanya kalau-kalau masih ada kekosongan. Tapi malangnya receptionist kata memag dah habis kesemua bilik di tempah. Saya perlu kosongkan bilik pukul 12 tengahari nanti.

Saya naik semula untuk cari hotel lain.

Diringkaskan cerita, akhirnya dapat satu bilik di Hotel Seri Malaysia berdekatan Stadium Darul Aman.

Lega! Murah dari hotel Grand Alora tu. Cuma masa untuk check-in agak lewat. Pukul 3 petang baru boleh. 

Saya pergi cari makan gulai ikan temenung dulu di Kuala Kedah. Jumpa kedai makan nama Meletop!. Saya makan kat situ. Ok juga rasanya. masakan panas dengan ikan temenung yang segar memang tidak pernah menghampakan.

Bila pergi ke Seri Malaysia dalam pukul 2 petang, saya dibenarkan untuk check in sebab bilik dah siap. Bagus staff hotel tu. Mereka check my sejahtera untuk pastkan saya dah ada sijil vaksin sebelum benarkan masuk ke dalam. Itupun bagus. Follow SOP !.

Masuk Langkawi kena check

Dipendekkan cerita, hari sabtu tu sata ke Kuala Kedah semula untuk naik bot. Sampai di jeti, serahkan kereta pada kawan terus masuk jeti. Semua kena beratut untuk scan, saya akur.

Kat dalam tu pula semua diarahkan untuk scan pendaftaran naik bot masuk ke Langkawi. Isi borang maklumat bila dah scan kat situ. Tak boleh pakai my sejahtera sebab ianya aplikasi berbeza.

Anda perlu tahu di mana akan tnggal dan no tempat duduk di dalam bot nanti. Boleh rujuk pada tiket feri dalam PDF file yang anda dapat masa beli tiket secara online tadi.

Lepas itu baru masuk ke dalam untuk pergi naik bot.

Bila dah sampai ke Langkawi, sediakan kad pengenalan dan buka my sejahtera siap-siapa. Polis menunggu untuk semak setiap orang yang keluar dari bot untuk masuk ke jeti di Kuah sana.

Kalau tak ada sijil vaksin, anda bakal hadapi masalah ..

Bot sentiasa penuh, maknanya orang ramai masuk ke Langkawi. Tapi pelik sikit sebab jalan raya dan suasana tak berapa sibuk sangat macam sebelum-sebelum ini.

Saya pergi kedai RAM untuk beli coklat, orang tak ada pun. Jadi boleh membeli dnegan aman tanpa perlu beratur dan berebut.

Keasokkan harinya, saya keluar semula dari Langkawi menuju ke Kuala Kedah.

Tamatlah satu perjalanan pertama selepas kena kurung menuju ke utara untuk tunaikan tanggung jawab tengok orang tua di Langkawi.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perjalanan pertama dari Selangor ke utara naik feri ke Langkawi bila rentas negeri di benarkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !