Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, December 12, 2021

Kumpulan terakhir yang menyaksikan semua perubahan hidup manusia dari fizikal kepada digital

  Mohd Shubhi       Sunday, December 12, 2021


Saya dilahirkan ketika Malaysia berada dalam zaman awal television diperkenalkan. Zaman itu, memiliki TV adalah lambang kekayaan. Hanya orang berada saja yang mampu beli TV.

Masa tu, boleh kutip duit orang kampung kalau anda ada TV. Kenakan sedikit bayaran macam masuk panggung wayang, untuk orang kampung yang ingin nonton cerita di TV.

Saya masih ingat, macam mana hidup kat kampung yang serba kekurangan.

Jamban pakai timba di bawah untuk kumpulkan taik. Ada Apeq yang datang setiap hari kosongkan najis dari tong taik tu. Jamban macam itu anda boleh lihat di pameran rumah P Ramlee di Pulau Pinang.

Ada sekali tu, saya bawa anak-anak ke rumah P Ramlee tersebut, mereka tak dapat nak agak rumah kecil diperbuat dari kayu dengan lubang sebesar pinggan pada lantai itu untuk apa!

Ada tong pulak di bawah lubang kecil tu!

Air paip juga masih tak ada di rumah masa saya masih kanak-kanak dulu.

TV sudah tentu tak mampu. Hanya radio buruk terburai entah siapa yang sedekah pada mak, yang ada kat rumah. Itulah hiburan dan sumber maklumat mak dari pagi sampai petang.

Setiap hari jumaat, selesai solat Insya, saya akan ke rumah jiran, seorang cikgu sekolah yang punya TV hitam putih di rumahnya. 

Cikgu Rahman namanya. Dia dan isterinya, kedua-duan sudah meninggal. Banyak jasa mereka kepada keluarga saya. Moga Allah rahmati roh mereka berdua. 

Mereka benarkan saya dan kadang kala abang, pergi menonton filem Melayu setaip hari jumaat malam sabtu, kalau tak silap saya. Ternga nga melelh air liur nonton cerita kat TV Hitam Putih masa tu. Nostalgia ...

Perubahan demi perubahan teknologi

Begitulah saya membesar di kampung. Kesemua aktiviti yang saya jalani ketika itu adalah 100% fizikal.

Kami kreatif untuk penuhi masa lapang. Buat gasing sendiri, buat kayu hoki sendiri. Buat bola sepak juga sendiri. Semua bahan yang kami jumpa akan dijadikan sumber kreativiti untuk bermain.

Saya buka wikipedia untuk cari maklumat bila TV diperkenalkan di negara kita. Dapat jawapan yang ianya bermula pada tahun 1963. Boleh klik sini untuk maklumatnya.

Hanya 5 tahun selepas itu baru saya dilahirkan. Bermula dengan siaran TV hitam putih bertukar kepada TV warna pada tahun 1978. Saya berpelaung saksikan perubahan itu.

Sejak ada TV, aktiviti manusia mula berubah. Dari 100% fizikal, ia makin berkurangan menjadi lebih kurang 85% sahaja. 

15% lagi dah mula tenggelam kepada digital atau ketika itu lebih kepada analog. Itu disebabkan TV makin lama makin murah sehingga semua orang mampu memilikinya.

Kemudian masuk pula era telefon. Dari telefon berwayar awam, akhirnya semua orang mampu ada telefon. Perhubungan fizikal ziarah menziarahi orang jauh berkurangan bila telefon masuk dalam dunia kehidupan manusia.

Tak lama selepas itu, masuk pula era Komputer. Banyak aktiviti boleh buat dengan komputer. Game terutamanya yang mendapat tempat dalam hati manusia terutamanya orang awam.

Hasl dari komputer, aktiviti fizikal manusia menurun lagi kepada 70% sahaja. Mabuk layan komputer samada untuk urusan kerja atau urusan hiburan yang banyak dah diambil alih oleh kecanggihan komputer.

Tak lama selepas itu masuk pula era telefon bimbit.

Lagi canggih alat telekomunikasi itu. Di mana saja anda boleh berhubung. Pergi ke mana saja bawa phone. Dari Nokia 3210 akhirnya masuk era telefon pintar. Semua yang anda boleh buat ketika ada TV dan komputer dahulu, boleh dibuat dnegan telefon pintar.

Gabungan kemudahan internet, bersama dengan media sosial, yang mampu diberikan oleh telefon pintar, membuatkan aktiviti fizikal manusia berkurangan lagi menjadi 50% sahaja.

Separuh dari kehidupan kita dah masuk ke era digital. Urusan kerja, mesyuarat, jual dan beli, bersembang, berkawan, bermain, mencinta, berhibur ... semuanya dan masuk dunia digital.

Dunia fizikal sudah kurang mendapat tempat kepada manusia sehingga nasihat untuk berjalan dan bergerak terpaksa dijadikan kempen kesihatan!

Alangkah peliknya keadaan manusia sekarang. Kalau tok nenek kita datang ke zaman ini melihat apa yang berlaku, tentu dia akan hairan dan rumuskan bahawa anak cucunya sudah dirasuk syaitan.

Permulaan era Metaverse

Secara mudah kita boleh lihat bagaimana perubahan manusia dari aktiviti fizikal bertukar menjadi aktiviti digital seperti berikut.

  • Kerja secara fizikal kepada kerja digital dengan laptop, meeting zoom dan seupamanya.
  • Berkawan secara fizikal kepada digital dengan media sosial, konsep followers dan sebagainya
  • Game dari acara padang kepada acara permainan digital, Gamers pun dah digelar athlete sekarang !!
  • Identiti kita dari fizikal masuk ke digital. Tak perlu make up lagi, cukup pakai filter saja ada akan bertukar jadi lelaki jelita macam pelakon Korea.
Makin lama, apa yang anda ada samada diri sendiri atau harta secara nyata sudah tidak penting lagi. Apa yang anda pamerkan dalam dunia digital adalah jauh lebih penting dari diri sebenar anda.

Dan sekarang mucul pula era cryptocurrency, block chain dan seumpamanya membuatkan aset anda juga sudah diubah menjadi digital.

Ada orang jual tanah kat dunia digital tu da ada orang yang beli. Transaksi hartanah secara crypto dah bernilai ratusan juta dollar sekarang.

Saya saksikan semua itu. Anda yang lahir dalam zaman saya juga saksikannya. Perubahan akan jadi lebih laju bermula dari sekarang.

20 tahun ke depan, metaverse akan kuasai dunia pula dan ketika itu aktiviti fizikal akan merudum ke tahap mungkin 10% sahaja.

Manusia akan lebih banyak habiskan masanya pakai VR goggle untuk masuk ke dunia Virtual World. Sebuah dunia digital yang sedang pesat berkembang sekarang yang luasnya seperti tiada batasan seluas daya imaginasi anda.

Apa akan jadi kepada manusia


Depan mata, saya dapat lihat kesemua teknologi yang mengubah manusia dari tumpuan fizikal kepada tumpuan digital telah banyak merosakkan budaya kemanusiaan itu sendiri.

TV dan lain-lain hiburan yang datangkan ketagihan seperti game dan medai sosial buatkan manusia kurang bergerak. Kesihatan manusia tergugat akibat dari perubahan tersebut.

Komunikasi fizikal manusia makjn lama makin berkurangan. Daya tumpuan juga makin lama makin pendek. Perhubungan juga makin lama makin rapuh dan emosi manusia makin lama makin tergugat.

20 tahun lagi akan jadi macam mana pulak ?

50 tahun, 100 tahun .. ?

Nota: Gambar di atas adalah rumah metaverse tempat avatar diri anda sendiri tingga dan melepak dengan kawan-kawan .. !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kumpulan terakhir yang menyaksikan semua perubahan hidup manusia dari fizikal kepada digital

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !