Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 18, 2021

Lagi bukti mandi air sejuk gedik di awal pagi bagus untuk kesihatan anda

  Mohd Shubhi       Saturday, December 18, 2021


Pernah dengar tak tentang kebaikan mandi menggunakan air sejuk untuk kesihatan tubuh badan?

Rasanya ramai dah pernah dengar petua ni.

Cuma tak pasti samada ianya hanya satu kepercayaan dongeng tak berasas atau fakta yang berasaskan kajian.

Ini satu lagi artikel yang saya baca, memberikan maklumat sebenar hasil dari kajian yang telah di lakukan terhadap 3 ribu peserta di Belanda.

Mereka dibahagikan kepada 4 kumpulan untuk mandi menggunakan air suam setiap hari. Satu kumpulan disuruh tamatkan mandian 30 saat akhir dengan air sejuk. Satu lagi lama sikit, iaitu 60 saat terakhir dan satu lagi kumpulan 90 saat akhir.

Kumpulan akhir boleh nikmati mandian air suam sampai habis.

Mereka semua di suruh buat amalan tersebut selama sebulan. (Nota: 64% dari peserta teruskan mandian yang berakhir dengan air sejuk walaupun pun kajian dah tamat. Sebab mereka jadi seronok pulak buat begitu)

Apa yang berlaku?

Hasl dari pemantauan selama 3 bulan, kumpulan yang mandi dengan air sejuk di atas merekodkan pengurangan cuti sakit sebanyak 29%

Samada lama 30 saat atau 90 saat tidak memberikan apa-apa kesan kepada manfaat kurang cuti sakit. Ertinya asalkan anda akhiri mandian dengan air sejuk, sudah memberikan kesan kepada pengurangan masalah kesihatan.

Anda blah baca maklumat yang saya kongsikan di atas di artikel kat sini.

Mandi air sejuk setiap pagi

Bab mandi guna air suam atau air sejuk ni sebenarnya tak pernah timbul masa membesar di kampung dulu.

Tak ada pilihan samada nak mandi guna air suam atau air sejuk. hanya air sejuk gedik dari telaga saja yang ada setiap pagi bangun dan mandi nak pergi sekolah.

Bagi ibu bapa yang prihatin pada anak-anaknya, mungkin ada yang jerang air terlebih dahulu. Lalu dicampurkan dengan air sejuk dalam tong air supaya anak-anak mereka dapat mandi guna air suam.

Ada la sekali sekala bila sakit demam saja dapat keistimewaan begitu masa zaman kanak-kanak dulu. Kebanyakan dari masa, tahan sejuk menggigil jirus badan dengan air telaga yang sejuk di awal pagi.

Kesan dari mandi sejuk setiap pagi tu tak dapat dilihat sebab tak pernah terlintas untuk bandingkan tahap kesihatan sesama kawan-kawan di sekolah dulu. Mana yang kerap sakit, mana yang mandi air sejuk dan mana yang mandi air suam.

Mula mandi pakai air suam

Bila dah dewasa, dah ada modal sendiri lebih sikit, baru pasang kemudahan air pancuran panas di rumah.

Itupun sebab terpengaruh dengan kemudahan hotel yang hampir kesemuanya ada pancuran air panas di bilik mandi mereka.

Bila kerja, ada peluang kerap masuk keluar tinggal di hotel, amalan mandia air pancuran panas tu rasa macam satu kelebihan.

Anak-anak yang dapat pendedahan tinggal di hotel juga dapat idea mandi air panas lebih awal dari saya. 

Saya sendiri, dari kecil sampai akhil baligh, sampai masuk ke umur 20-an tak pernah tinggal dihotel. Jadi tak pernah ada idea mandi dalam bilik air yang water heater.

Kalau ikutkan kebiasaan diri, memang rasa tak ada keperluan nak pasang alat pemanas air kat rumah dalam bilik mandi. Tapi keinginan anak-anak yang ras aitu satu keseronokkan, maka akhirnya pasang juga.

Alhamdulillah, pasang hanya bila mereka semua dah besar remaja. Jadi adalah peluang awal anak-anak tahan mandi air sejuk ketika mereka membesar.

Bila bawa anak-anak duduk di penginapan yang lasak seperti di resort dalam hutan umpamanya, mandi air sejuk dapat mereka atasi sebab memang dah ada pengalaman tersebut.

Untuk saya pula, walaupun ada air panas, disebabkan kebiasaan mandi air tadahan dari kolah, maka saya lebih puas mandi guna air tadahan tersebut. Sejuk pun tak apa asal puas mandi.

Kalau mandi air pancuran panas, samada di rumah atau di hotel, masih amalkan untuk akhiri mandian dengan air sejuk juga bila dah tahu manfaatnya untuk kesihatan.

Kenapa mandi air sejuk lebih sihat

Dari artikel yang saya kongsikan tadi, saintis masih tidak dapat kepastian yang muktamad kenapa mandian air sejuk buatkan kita jadi lebih sihat.

Masih dalam perbincangan.

Namun ianya ada kaitan dengan peningkatan sistem ketahan badan dari penyakit yang meningkat bila kena air sejuk.

Apapun sebabnya, yang pasti mandian air sejuk adalah baik secara umumnya untuk anda yang tak ada masalah kesihatan seperti masalah jantung umpamanya. 

Sementara masih sihat, elok amalkan saja!


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lagi bukti mandi air sejuk gedik di awal pagi bagus untuk kesihatan anda

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Assalamualaikum, saya ingin berkongsi pengalaman mandi air sejuk.

    Kami tidak memasang/menggunakan "water heater" di rumah cuma ada juga menggunakannya bila menginap di hotel.

    Kebetulan arwah emak berpengalaman jadi bidan kampung. Jadi semasa isteri melahirkan anak pertama, kedua dan ketiga,
    Alhamdulillah emak datang membantu dirumah dalam masa seminggu lepas isteri bersalin.

    Apa yang dapat saya pelajari dari arwah ibu selepas bayi berumur 3 hari (tapi kena pastikan bayi dalam keadaan sihat) arwah emak menggunakan air sejuk di singki untuk mandian bayi dan termasuk membersihkan semasa bayi buang air besar dan air kecil. Bila arwah emak sudah pulang, saya mengambil tugas tersebut kerana isteri masih dalam pantang.

    Berhati-hati pegang bayi kalau mandian dibuat di singki, kalau tiada keberanian/yakin lebih baik masukkan air dalam besen/bekas mandian bayi bagi tujuan keselamatan. Petuanya siram air paip mesti bemula dari kaki bayi dan perlahan-lahan naik ke atas seluruh badan. Alhamdulillah semuanya sihat wal'afiat hingga dewasa.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !