Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 18, 2021

Puisi - Jika Kita Ada

  Mohd Shubhi       Saturday, December 18, 2021



Puisi : Jika Kita Ada

Azad Jasmi.  13 Dis 2021

——————————-

Jika kita ada sihat untuk kerja dan ibadat

Bukan sihat untuk berbuat jahat

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada kasut untuk tutup kaki

Bukan kasut berberapa almari

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada jam untuk tunjuk waktu

Bukan untuk tunjuk jenama jam itu

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada pakaian menutup badan

Bukan pakaian berkoyan-koyan

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada kenderaan cepat pergerakan

Bukan kenderaan parkir hotel didepan 

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada pinggan mangkuk isi makanan

Bukan pinggan mangkuk jadi hiasan

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada baju untuk beribadat

Bukan baju untuk menunjuk hebat

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada keperluan tingkat pendapatan

Bukan tujuan tunjuk duit, rumah dan berlian

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada tas untuk isi barangan

Bukan tas untuk bergambar jadi banggaan

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada makanan hilangkan lapar

Bukan makanan makan sampai terdampar

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada tilam untuk lelapkan mata

Bukan tilam beribu harga

Hati tenang tiada tekanan


Jika kita ada rumah untuk selesa keluarga

Bukan rumah sebesar desa

Hati tenang tiada tekanan


Tetapi jika kita ada kehendak

Melebihi keperluan

Hati sukar nak tenang

Jiwa sering tertekan

Tak puas hati lihat kejayaan orang

Tak puas hati lihat kelebihan orang

Tak puas lihat kekayaan orang

Syukur sukar jadi kawan

Kerna tamak jadi rakan

Sifat ego main peranan

Ingin tonjol diri pada orang

Hasrat mencari pujian dan penghargaan

Di sosial media mencari tumpuan


Ini coretan sekadar ingatan

Untuk diri dan taulan

Moga kita dipertemukan

Dengan syukur nikmat Tuhan

Yang baik pasti dari Tuhan

Yang buruk ku pohon maaf pada kalian.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Puisi - Jika Kita Ada

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !