Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 21, 2022

Lebuhraya khas sepanjang 750 km untuk basikal di Milan Itali dalam tempoh 15 tahun

  Mohd Shubhi       Friday, January 21, 2022


Masa sekolah rendah dahulu, antara tahun 1975 hingga 1980, keluarga saya basikal pun tak ada. Motosikal jangan harap lah. Apatah lagi kereta.

Orang kaya saja mampu pakai kereta masa itu, di kampung. Seingat saya, jiran atau kawan bapak yang ada kereta hanya 3 orang. Cikgu Hamid, Cikgu Ibrahim dan Cikgu Mat Bas. Semuanya cikgu belaka.

Saya tak ingat kali pertama bapak bawa balik sebuah basikal. Tak tahu dia dapatkan dari mana. Tapi bukan basikal baru. Rasanya dia beli second-hand. Masa tu tak dapat nak gambarkan rasa seronok, Allah saja yang tahu.

Oleh sebab saya ada ambil kursus naik basikal sekali sekala bila jumpa kawan-kawan yang bawa basikal orang tua mereka, maka saya dah dapat naik basikal bapak.

Abang saya yang bezanya 2 tahun lebih tua masa tu agak lambat bertindak. Dia masih tak tahu. Bila ada basikal baru sibuk nak belajar.

Kami sering berkelahi sampai bapak pening kepala.

Abang yang terdesak nak pandai cepat cuba kawal masa untuk dia gunakan basikal bapak untuk belajar. Saya pula memang dah pandai, tentu nak kawal basikal tu juga. Logiknya sayalah yang lebih layak sebab tahu cara guna basikal tu melebihi dia.

Itu cerita nostalgia zaman kanak-kanak dulu. Bermula kenali basikal.

Masuk darjah 6 saya akan bawa basikal bapak untuk pergi sampai ke Bukit Mertajam. Rumah kami di Kampung belakang Pekan Penanti. Nak ke BM agak jauh juga. Orang sekarang tobat tak akan naik basikal dari Penanti ke BM.

Masa sekolah menengah, saya makin kerap guna basikal. Setakat 20 atau 30 km, nasik basikal selamba saja.

Kemudian sambung belajar, pergi luar negara dan balik kampung. 

Masa tu naik basikal jadi agak pelik. Sebab ramai yang dah naik motosikal. Tak main basikal lagi.

Sehingga ada satu tahap, saya perhatikan hanya Bangla dan Indon saja yang akan naik basikal. Tak ada lagi orang melayu naik basikal terutamanya di kampung.

Basikal kembali menjadi perhatian bila sekarang ramai yang dah gila basikal.

Bukan saja lelaki, malah ramai grup wanita yang menonggek naik basikal pakai pakaian ketat. Itu menarik minat lenih ramai lagi pencinta basikal. 

Kadang-kadang kesian tengok basikal tu yang amat halus ditunggang oleh peminat basikal sebesar beruang. Begitulah zaman kembali berubah dan basikal kembali meriah.

Sehingga pihak berkuasa mula melihat basikal banyak mendatangkan masalah. Ramai yang teruja nak kayuh sampai masuk habis lebuhraya bertol.

Apa yang berlaku terang-terang menunjukkan pembangunan negara terlepas pandang potensi dan kebaikan basikal kepada rakyat. Mereka anggap basikal akan pupus dan kemudahan berbasikal tak perlu diberikan perhatian.

Namun semenjak usaha manusia sedunia nak atasi masalah pencemaran yang makin teruk, basikal kembali menjadi pilihan terbaik.

Paris dah buat projek lebuhraya basikalnya.

Dan sekarang, Italy luluskan projek pembinaan lebuhraya basikal terpanjang di dunia sejauh 750 km.

Maksud lebuh raya itu adalah khas untuk basikal saja dengan faktor keselamatan diangkat untuk pengguna lebuhraya basikal tersebut.

Itu saya perancangan yang menarik dan patut di ambil iktibar oleh kerajaan.

Jika ada lebuhraya selamat untuk basikal dari Shah Alam sambung ke Puchong, sambung ke Kuala Lumpur pusat bandar, saya tak akan teragak-agak untuk pergi berurusan ke mana-mana dengan basikal sahaja.

Sihat dapat, jimat duit pun dapat. Bab masa tu faktor kedua. Relaks atas basikal adalah jauh lebih tenang dari perperangkap dalam jem berjam-jam dalam kereta.

Baca lebih lanjut projek tersebut pada pautan di sini.

Gambar di atas adalah plan lebuhraya basikal yang menghubungkan semua tempat d Milan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lebuhraya khas sepanjang 750 km untuk basikal di Milan Itali dalam tempoh 15 tahun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !