Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, February 17, 2022

Geng Elit Pemerintah yang hancurkan negara sendiri demi kuasa dan tamak harta

  Mohd Shubhi       Thursday, February 17, 2022


Satu perkara yang tak dapat tidak, perlu diakui benar adalah sebagaimana kenyataan Murray Hunter dalam artikel nya yang bertajuk "Malaysia’s political theatre: it’s all about power", seperti di bawah.

There is one thing in common with the “Sheraton Putsch” that removed Pakatan Harapan from power, the substitution of Muhyiddin Yassin with Ismail Sabri Yaakob as prime minister and the dissolution of the state assemblies of Sabah, Melaka, and now, Johor.

These events were solely about who should rule. They were not about any fundamental disagreements over policy. They were tactical lunges for power.

Boleh diringkaskan, para pemimpin kita punya doktrin politik hanyalah,

'Siapa yang sepatutnya berkuasa'

Politik kita tak ada kena mengena dengan polisi atau falsafah politik yang mahu diperjuangkan. 

Yang diberi keutamaan hanyalah perebutan siapa nak jadi ketua dan berkuasa.

Keutamaan terhadap siapa yang nak jadi ketua, membawa kepada segala perkara lain, seperti polisi ekonomi, sosial, perundangan, pendidikan, politik dan sebagainya, digunakan ke arah untuk mendapatkan atau kekalkan kuasa.

Asalkan boleh dapat kuasa, biarlah negara hancur, tak apa.

Polisi pegangan saham bumiputera

Tahun lepas riuh dengan syarat pelik kerajaan yang mahukan semua syarikat bukan bumiputera melepaskan 51% daripada pegangan saham mereka kepada bumiputera jika mahu mendapatkan lesen dari pihak kastam.

Bayangkan syarikat orang Cina terutamanya, yang dah libatkan diri dalam industri tersebut dari susah, dari kosong. 

Kemudiannya naik sedikit demi sedikit berpuluh tahun berusaha gigih sehingga akhirnya berjaya membina syarikat mereka dengan nilai ratusan juta ringgit.

Bila mereka dah senang, tiba-tiba datang satu kaum, arahkan lebih dari separuh kekayaan dan kejayaan itu diserahkan kepada mereka. Itu merupakan satu dasar perompak yang memang tidak adil lansung. 

Bagaimana mereka boleh merasionalkan syarat itu, jadi satu tanda tanya yang besar kepada mereka yang masih tak kenal politik Malaysia.

Tapi jika anda dah kenal, ia bukanlah perkara biasa.

Syarat yang mereka sendiri sasarkan untuk meningkatkan tahap pegangan ekonomi kaum bumiputera kepada 30% yang ternyata gagal, memakan diri. 

Syarat itupun diletakkan untuk ambil hati kaum tersebut agar kedudukan sebagai ketua terjamin. Bila tak jadi, mereka ambil jalan pintas dengan menindas dan merampas hak orang lain.

Ia juga serampang dua mata sebenarnya.

Syarat sedemikian membolehkan segelintir elit pemerintah menambahkan lagi kekayaan mereka dengan jalan pantas.

Selain daripada secara tiba-tiba dapat kuasai syarikat bagus dan menguntungkan, mereka juga dapat kepak dada pada pengundi Melayu tunjuk betapa hebat pemimpin Melayu yang pengundi pilih itu, membodohkan bangsa Cina.

Agenda suruh benci orang Cina, mereka juga yang tiup dengan halus. Orang Cina menjadi musuh kepada orang Melayu yang para pemimpin di atas sendiri mereka cipta. Biarlah rasa sangsi saling bermusuhan itu kekal begitu. Asalkan ia dapat kekalkan kuasa para elit pemerintah di atas tu.

Syarikat Logistik Mat Saleh, yang bukan warga negara, tidak pula dikacau. Tak ada pula syarat kena ada pegangan saham bumi 51% untuk dapatkan lesen kastam.

Bayangkan jika DHL, syarikat logistik Jerman yang besar tu terpaksa serahkan pula saham mereka lebih separuh kepada geng elite Melayu! hahaha!.

Mereka tak buat begitu sebab nama saja Mat Saleh, geng elite ni lebih suka jilat dari buat musuh. Tak ada kepentingan kekal berkuasa jika bermusuh dengan Mat Saleh. Cina, ya!

Itulah yang berlaku sejak zaman awal Mahathir lagi.

Berapa ramai geng elit pemerintah muncul jadi jutawan segera hasil dari polisi menawan undi bumiputera itu sejak dulu. Geng Mahathir, geng Daim, geng Anwar Ibrahim dan ramai lagi geng pemimpin-pemimpin politik yang berkuasa sejak sekian lama dahulu.

Baru-baru ini, satu lagi syarikat bukan bumiputera cuba di songlap saham mereka tapi tidak berjaya. Syarikat Supermax, pembuat sarung tangan getah yang agak berjaya, mahu membeli sebidang tanah untuk dilaburkan dalam perniagaan mereka.

Pemohonan untuk beli tanah itu ditolak atas alasan syarikat tidak punya 30% saham Bumiputera.

Atas keputusan tersebut, Supermax batalkan saja niat untuk laburkan duit tunai sebanyak RM73 juta membina HQ mereka di situ. Sekali gus membantutkan potensi peluang pekerjaan, peluang penjanaan ekonomi dan seumpamanya yang manfaatnya dapat dinikmati semua warga Malaysia samada bumi atau tidak.

Sumbanga syarikat itu selama ini menyediakan seribu peluang pekerjaan dan lebih satu billion pendapatan kepada ekonomi negara lansung tidak berharga bagi kumpulan elit pemerintah di atas sana.

Gaji minimum RM1500

Ini satu lagi polisi yang sedang gigih mahu dilaksanakan oleh M Saravanan, menteri sumber manusia. Dia mahu naikkan lagi had minimum gaji dari RM1200 kepada RM1500.

Dah tentu semua pekerja di bawah sambut baik usaha tersebut.

Aeon pula ambil kesempatan itu untuk branding mereka dengan segera laksanakan sekalipun belum diluluskan oleh kerajaan. Maka jadi tular kenyataan Aeon itu dengan penuh janji netizen mahu serbu menjadi pelanggan setia Aeon.

Yang sokong kenyataan sebegitu sudah tentu kaum makan gaji. Mereka yang nak serbu membeli kat Aeon pula adalah golongan pendapatan sederhana ke atas yang menjadi sasaran pelanggan Aeon selama ini. 

Sedangkan Aeon itu bukanlah bertaraf PKS. Dia boleh lakukan perkara tersebut sejak lama dahulu lagi. Lagi pun dia bukan nak menjual berdasarkan harga rendah. Orang susah bukan pasarannya. Dia tak terbelenggu dengan lawan harga.

Bagi syarikat besar yang berkonsepkan harga rendah, lambat laun akan tinggalkan Malaysia. Dah ada syarikat besar pasaraya yang cabut bila melihat kos berniaga di negara kita sudah tidak lagi kompetitif.

Kesan paling teruk polisi itu akan pergi kepada para usahawan tempatan PKS. Jumlah syarikat PKS meliputi 90% dari keseluruhan syarikat yang ada di negara kita. PKS juga menyumbang sebanyak 60% daripada peluang kerja yang ada di Malaysia.

Menaikkan jumlah gaji minimum akan membuatkan banyak syarikat kecil tempatan tersebut jadi tidak kompetitif. Kalau tak tahan, tak dapat sesuaikan diri, mereka akan gulung tikar.

Akhirnya akan ramai yang hilang kerja. Bila kerja tak ada, kuasa berbelanja berkurangan. Lebih banyak syarikat akan bungkus juga. Begitulah kesan berantai yang bakal berlaku dalam tempoh masa tertentu selepas polisi itu terlaksana.

Yang malang nanti majoritinya adalah orang Melayu juga. Merekalah yang paling ramai duduk kat kumpulan B40 tu. Makin ramai yang akan jadi rider dan grab driver. masuk dalam arus ekonomi GIG.

Memang mudah dapat duit dalam ekonomi GIG tu. Takat nak buat RM2 ribu ke RM2,500 mudah sangat. Tapi apa kemahiran yang mereka bina jika kekal kerja macam tu?

Baguskan situasi begitu kepada ekonomi negara?

Tapi semua itu tidak jadi masalah. 

Rakyat marhaen kat bawah tu, yang sebenarnya menjadi pengundi paling ramai kepada para elit pemerintah kat atas tu, tak ramai yang akan faham.

Sikap manusia lebih cenderung untuk ambil solusi jangka pendek dan mudah. Menteri yang perjuangkan polisi sebegitu dah tentu akan kekal berkuasa selepas PRU 15 yang bakal berlaku tak lama lagi.

Ingat saja-saja ka, dia nak push kepada polisi naikkan gaji minimum RM1500 tersebut sekarang?

Yang paling penting dia kekal berkuasa duduk kat atas sana. 

Kerja sia-sia melawan elit

Dari dulu sampai sekarang, kaum elite pemerintah merangka dasar negara dalam semua segi sentiasa berpaksikan matlamat untuk berkuasa dan kekal jadi ketua. Bukan untuk visi membina negara yang hebat.

Semua polisi yang populis akan disambut baik oleh majoriti besar pengundi yang akan dapat gula-gula dan manfaat segera hasil dari polisi tersebut. Lalu kaum elit pemerintah kekal berkuasa di atas sana.

Bila dah berkuasa mereka mula membahagikan harta kekayaan negara sesama mereka dengan macam-macam projek luar biasa yang tidak pandang jauh. Projek yang harga melampau dan tak logik. Hanya segelintir saja yang dapat manfaat dari semua projek buat duit para elite pemerintah tersebut.

Ia berulang-ulang terjadi depan mata dari dulu sampai sekarang tanpa dapat disekat oleh sesiapapun.

Sebab semua pejuang yang berusaha lawan geng elite, lalu mula mendapat perhatian dan sokongan, akhirnya akan dijemput dengan talam emas untuk sertai geng elite pemerintah di atas sana. Dia juga akhirnya akan bertinggung turut sama membahagi harta negara .. hang satu, aku satu .. 

Sekurang-kurangnya saya luahkan rasa benci ke atas apa yang terjadi. Buat tatapan anak cucu di hadapan nanti.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Geng Elit Pemerintah yang hancurkan negara sendiri demi kuasa dan tamak harta

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !