Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, March 20, 2022

Iklan gambar usahawan jauh lebih besar dari gambar produk - Branding kena buat macam tu ke?

  Mohd Shubhi       Sunday, March 20, 2022


Lalu di sepanjang Lebuhraya Plus, akan nampak banyak billboard dengan berbagai jenis produk. Paling ketara banyak adalah iklan pemilik produk dengan produk yang sedang cuba ditonjolkannya.

Ada satu persamaan dengan semua jenis iklan itu. Iaitu, yang jelas kelihatan, sebab sangat besar, sangat ditonjolkan, adalah gambar pemilik produk. 

Ada iklan yang produk tak berapa nak nampak pun. Entah apa yang dia nak jual pun tak tahulah.

Jadi timbul satu pertanyaan besar pada saya sendiri.

Macam tu ka cara nak buat branding?

Nak kata iklan itu untuk jual produk, nampak macam tak betul sebab fokus adalah pada pemilik produk dan bukannya produk. Tak kan nak jual pemilik produk kot?

Jadi saya andaikan semua aktiviti iklan tersebut adalah untuk 'awareness'. Atau dalam ertikata lain, branding.

Kebetulan salah seorang penyumbang artikel di blog ini ada kirimkan satu artikel tentang branding. Maka ngam sangat lah masanya di kala saya sedang mencari apa itu branding.

Kita ikuti tulisannya di bawah ..

Apa itu 'Branding'?

Boleh Tak Terangkan Maksud “Branding”?

Azad Jasmi l 20 Mac 2022

—————————————

Di dalam perbincangan bersama beberapa orang sahabat dan usahawan, ada bertanya boleh tak sesiapa terangkan pasal “Branding” dan mana lebih penting Branding diri atau produk.

Jadi saya kata, saya bukan lah pakar; cume ada lah sedikit pengalaman dan pengetahuan pasal branding dan saya yakin ramai para orang lain yang lebih pakar dan hebat lagi.

Saya hanya akan berikan penerangan dalam bentuk santai dan kasual agar mudah faham. Saya tak akan berikan konsep dan model yang rumit.

Contoh-contoh juga saya akan berikan dalam analogi agar mudah faham insyaAllah. Ini pandangan peribadi dan setiap orang ada pandangan masing masing

Kita tanya peniaga atau usahawan, apa yang nak ditonjolkan, diri atau produk?

Tapi sekarang ini sudah wujud situasi yang di namakan “Brand Conflict” iaitu usahawan tidak tahu nak promosi diri atau produk. 

Gambaran di billboard dan poster tunjuk gambar muka jauh lebih besar dari produk. Mungkin itu yang dinasihatkan oleh guru mereka. Dilihat ramai nak tonjolkan diri dan bukan produk.

Pada pandangan saya kita focus pada produk melainkan aset atau nilai diri kita seperti penyanyi, pelakon atau individu yang menggunakan diri mereka sebagai aset yang akan tonjolkan nilai mereka.

Melainkan yang perlu tonjolkan diri sebab itulah “Value Proposition”  iaitu suara dan lakonan. Bagi saya fokus pada produk, kuatkan penjenamaan produk

Branding ini bukan sekadar logo dan warna korporat. Branding ini melibatkan “ekosistem branding” bermula dari Touch Point Pertana seperi cara angkat phone, cara bercakap, UX (User Experience) apabila orang langkah masuk kedai, bau kedai, aturan dan etc

Apabila kita bersama individu, usahawan atau sesebuah syarikat kita perlu diagnos keperluan mereka bagi mewujudkan “Brand Vision” sesebuah syarikat.

Dari “Brand Vision” ini akan diterjemahkan kepada “Brand Persona” dan “Brand Visual” akan masyarakat atau sasaran pasaran mereka dapat tahu dengan jelas apakah yang cuba disampaikan. 

Dan apabila syarikat membuat promosi dan orang ramai ternampak poster, iklan atau gambar atau lagu (jingles), akan wujud satu tanggapan di minda mereka.

Bila kita promote orang nampak di media sosial akan wujud satu tanggapan tentang produk kita tapi mereka belum pernah cuba, ini kita namakan “Brand Expectation” atau apa yang mereka rasa mereka ada dapat dari perkhidmatan atau selepas gunakan produk kita.

Brand Expectation ini akan timbulkan persoalan “Ok ke produk ini?” atau “Nampak macam ok” atau “Nampak macam tak best saja.”

Dan, bila kita buat promosi, kita letak. pelbagai “janji” dan pakej atau harapan dalam poster atau FB atai IG. Ini kita namakan Brand Promise and Brand Hope.

Kita cuba sajikan pakej-pakej, promosi, kata-kata dalam copywriting atau naratif cerita kita untuk wujudkan “Brand Promise dan Brand Hope” agar orang berminat.

Ini kita “janjikan” sesuatu kepada masyarakat.

Dan bila pelanggan datang ke kedai atau ambil perkhidmatan kita atau rasa / cuba produk kita, ini ialah Brand Experience.

Jadi pelanggan akan check adakah Brand Experience lebih bagus dari Brand Promise?

Kalau Brand Promise Lebih dari Brand Experience, ini kita namakan Over Promise dan Under Deliver

Kalau Brand Experience lebih bagus dari Brand Promise, ini kita namakan Under Promise dan Over Deliver. Ini ialah Excellent

Contoh analogi, kita pergi kedai Cina nak repair kain atau baju atau jubah, kita tanya “taukeh bila siap?”

Dia kata 2 hari tapi dia tahu bahawa 1 hari dah siap.

Bila esok tu dia call kata “Baju you sudah siap”

Apa kita rasa?

“Wow experience” kita kata bagus

Tapi ada kedai yang kata begini; kita tanya “Bila siap?

“Petang siap”, bila kita pergi tak siap

Kita disappointed.

Jadi Branding ini bermula dari Brand Vision membawa kepada Brand Positioning iaitu anda nak “letak” atau posisilan produk anda sebagai Ultra Premium, Premium, Sederhana, Harga Murah dan sebagainyaZ

Jadi, perlu ada satu kesinambungan dari asas branding kepada Brand Experience dan syarikat akan sentiasa cuba baiki ekosistem branding ini untuk penambah baikan diri.

Analogi kita ke kedai mamak dan order Teh Ais atau Kopi Ais. Mamak biasanya caj kita RM2.00 ke RM2.50 atau mungkin RM3.00

Kalau ada mamak caj RM15.00 esok tu pasti kena viral. Tapi kenapa tidak ada kes Viral Starbucks caj RM15.00 atau Coffee Bean caj RM15.00?

Sebab Brand Expectation dari pelanggan berbeza. Nilai segelas minuman itu terlah diterjemahkan dengan Brand Experience di mana pembayaran RM3.00 di kedai mamak hanya untuk minuman tapi pembayaran RM15.00 di Starbucks itu ialah bukan hanya untuk minuman tapi untuk imej, untuk dapat “Feel good factor”, untuk rasa “I want to be seen at Starbucks”. Jadi nilai atau “Value Propositions” oleh Starbucks itu telah “menghalalkan” RM15.00 untuk tidak diviralkan sebab “Brand Positioning” Starbucks berbeza dengan kedai mamak.

Tidak ada salah atau betul dalam agenda Brand Positioning ini. Apa yang penting ia perlu selari agar wujudkan “pemainan minda” yang sesuai dengan sasaran pasaran.

Saya hanya terangkan sedikit info ini kepada sahabat dan usahawan dalam perbincangan semalam.  

Dahulu saya kata ada lah berberapa pengalaman masa jaga branding semasa di. Rayong bekerjasama dengan Leo Burnett di Bangkok untuk kolaborasi Chevrolet, bersama Publicis Group serta berberapa small-time branding consultant untuk bangunkan produk dan perkhidmatan di dalam dan luar negara; dengan izin Allah.

Sedikit saya ambil potongan hadis yang boleh kita lihat dari sudut “Branding.”

“Sesungguhnya akhlak Nabi ﷺitu adalah al-Quran.” (HR Muslim)

Makna kata Rasullulah menunjukkan “Branding” Islam dengan mempamerkan dengan jelas segala Firman Allah dan Baginda merupakan “Duta Islam” atau “Brand Ambassador” Islam yang dipilib Allah swt.

Jika ada sahabat atau kenalan yang perlu info atau bimbingan atau diagnose tentang branding ekosistem ini, insyAllah boleh hubungi saya di azadjasmi@yahoo.com

Yang baik dari Allah dan buruk dari saya pastinya. Mohon sebarang teguran membina agar saya dapat tingkatkan ilmu diri.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Iklan gambar usahawan jauh lebih besar dari gambar produk - Branding kena buat macam tu ke?

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !