Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, March 16, 2022

Perlu terima hakikat lambat laun kena pergi kerja juga sekalipun positif covid-19

  Mohd Shubhi       Wednesday, March 16, 2022


Baru-baru ini saya pergi hantar kereta di pusat servis Toyota berdekatan dengan pejabat di Shah Alam.

Temujanji pukul 10:30 pagi.

Seperti biasa, sesampainya di dalam pusat servis tu, pergi ke meja pendaftaran dan dia keluarkan dokumen temujanji yang dah dibuat untuk diberikan kepada Service Advisor.

"Encik pergi duduk dulu sementara menunggu kami pergi panggil" kata penerima pendaftaran sambil meletakkan dokumen temujanji kenderaan saya di depan mejanya.

Saya terus pergi duduk atas kerusi empuk tak jauh dari situ. Ada buku yang nak sambung dibaca. Itu yang best bila pergi servis kereta di pusat servis toyota. Selesa dan nyaman.

Tak malam kemudian, saya tengok jam di tangan. Dah hampir pukul 12:00 tengahari. Orang yang datang lebih awal dari sayapun nampaknya masih menunggu.

Tentu nama saya akan lebih lewat masuk giliran.

Lama sangat. Saya buat keputusan untuk bangun dan batalkan saja temujanji hari itu untuk selesaikan urusan lain.

Terus bangun ke meja pendaftaran tadi dan sampaikan maksud saya untuk tangguhkan temujanji ke hari lain. Saya berikan nombor plate kenderaan padanya.

Dia perasan kenderaan saya dan beritahu dah serahkan pada servis advisor sebelah mejanya sahaja. Dah bagi kat dia, katanya.

Servis advisor itu pun saya kenal sebab dah biasa.

"Mai duduk bang!" terus dia panggil saya. Kebetulan dia sedang semak maklumat kenderaan saya.

Ramai tak hadir kerja sebab covid

Saya duduk dan tunggu di depannya. Samada dia potong Q untuk selesaikan saya terlebih dahulu atau kebetulan memang dia dah mula uruskan kenderaan saya itu, tak pasti. Saya buat keputusan tak jadi batalkan. Teruskan saja lah.

"Ramai yang tak kerja bang!, Covid!", terangnya tanpa diminta.

"Semua orang over-load dengan kerja sebab tak cukup kaki tangan". Sambungnya lagi.

Dia terangkan semua itu mungkin untuk ambil hati seba rasa saya marah. Sebenarnya tak ada nak marahpun. Itu perkara biasa. Kalau saya tak ada kerja lain, tak ada masalahpun. Kebetulan hari itu ada kerja. Terpaksa buat keputusan pantas.

"Datang saja masuk kerja macam biasa. Covid atau tidak!", terpancul keluar dari mulut saya.

Memang dah bosan dengan kes covid positif dan tak dapat masuk kerja ni. Kalau tak ada gejala, setakat batuk sikit-sikit, macam selsema sahaja, kenapa nak work from home?

Memang kerajaan galakkan WFH sekarang. Dunia memang ke arah itu. Itu juga pendapat kawan saya yang lain tentang keperluan masuk kerja sekarang suadah tak sama seperti dahulu.

Saya juga setuju seandainya pegawai itu kerja 'data entry' umpamanya. Sambil duduk di McD dekat Cheng Rai, Thailand pun masih boleh laksanakan kerja. Begitu juga dengan kerja-kerja lain yang tidak perlu berada di lapangan.

Tapi kerja cuci bangunan, kerja repair kereta, kerja buat bangunan, kerja assembly line di kilang elektronik, kerja testing kualiti produk di kilang tayar, kerja jururawat, kerja doktor, kerja sembelih ayam, kerja jaga lembu dan jaga binatang lain, kerja kutip sayur, kerja hantar barang mentah  .. banyak lagi kalau nak disenaraikan. Nak work from home apa kejadahnya?

Itu semua kerja asasi yang menggerakkan kehidupan sebenar selama ini. Itulah yang paling penting. 

Tanpa ada kerani buat data entry, tak akan buatkan pasar borong tak ada ikan dan sayur. Orang masih dapat hidup macam biasa.

Tapi tak ada orang bawa lori, kutip sayur tangkap ikan, sembelih ayam dan lain-lain seumpamanya, akan kosongkan pasar borong !

Mampus jadinya. Kedai makan tak boleh berniaga, ibu tak boleh masak .. satu negeri haru biru jadinya jika bekalan asasi tersangkut atas alasan pekerja positif covid dan kena work from home!

Bayangkan jika Nurse di hospital besar Kuala Lumpur 70% positif covid dan terpaksa work from home! haha!

Itu kerja gila!

Jururawat perlu ada di lapangan. Perlu uruskan pesakit, perlu ada di hospital. Melainkan ada remote control dari rumah di mana nurse kawal semua pergerakan robot yang mewakilinya di hospital, bolehlah work from home.

Maju tara manapun, ada urusan yang mustahil untuk dibuat tanpa berada di lapangan. Kita bukan maju sangatpun yang semua kerja telah diambil alih oleh robot dan AI. Tak sampai ke tahap itu lagi.

Banyak kerja di Malaysia masih lagi berada di tahap 'labour intensif'. Kita tak bina dan bangunkan industri ke tahap maju sejak dua tiga puluh tahun yang lalu. Itu tanda kegagalan para pemimpin kita dalam membangunkan negara sejak sekian lama.

Kerja kosong level buruh lebih banyak permintaannya dari kerja pengurusan berasaskan pengetahuan dan kecekapan akal.

Sekalipun negara maju pergi jauh ke depan, tenaga kerja manusia perlu berada dilapangan masih tetap akan ada juga. Jika semua kerja mampu dilaksanakan dari rumah, itu tanda kerja itu lambat laun akan boleh diambil alih oleh robot AI.

Itu maksud saya kenapa kita perlu terima hakikat kena pergi kerja juga sekalipun positif covid. Asalkan tidak teruk gejalanya, pergi kerja sajalah.

Semua orang kat kilang, kat pejabat atau kedai tu dah ambil suntikan vaksin. Itulah tujuannya vaksin diberikan kepada semua orang. Untuk hidup dalam keadaan biasa semula. Untuk pastikan kegiatan kembali ke asal semula.

Terutamanya semua kerja yang perlu hadir di lapangan.

Servis Advisor tu beritahu saya ada salah satu cawangan yang 70% dari staff semuanya positif covid. Semua tak masuk kerja sekalipun doktor tak mahu berikan MC.

Amalan duduk rumah jika positif covid sudah diambil sebagai satu kesempatan tak payah kerja dan gaji tetap jalan. Itulah yang bestnya.

Dalam keadaan begitu, pusat servis kenderaan tersebut elok ditutup saja sehingga sekurangnya tenaga kerja 70% mampu hadir.

Dengan tenaga kerja 30%, nak repair kereta macam mana?

Berapa ramai dia boleh layan pelanggan? Buat orang marah dan kecam pusat servis sahaja. Baik tutup.

Bayangkan jika pusat servis yang ada 20 bay terpaksa ditutup selama 7 hari. Satu bay boleh layan dalam 5 ke 6 buah kereta. Satu kereta boleh jana dalam RM500 sekali selenggara.

Meh kita darab berapa banyak hilang pendapatan sehari untuk pusat servis tersebut sedang kan kos overhead tetap perlu dibayar. Kos pekerja tak datang dengan alasan covid sekalipun tak ada gejala kena bayar juga.

Pusat servis itu kehilangan RM55,000 sehari akibat tak dapat beroperasi. Dalam tempoh seminggu dia akan kehilangan sebanyak RM385,000 pendapatan !

Mana nak korek duit untuk tanggung semua kos tetap yang sangat besar bagi pusat servis yang besar sebegitu?

Sampai bila kena hadapi kesemua masalah sedemikian?

Saya punya bisnes juga sama. Tak boleh work from home untuk selesaikan masalah serangga dan makhluk perosak di premis pelanggan.

Kerja yang saya buat adalah berdasarkan kontrak. Satu pelanggan kenakan syarat perlu letakkan 5 pekerja untuk selesaikan segala masalah pest control yang berbangkit di premis mereka.

Jika semuanya covid yang negatif hanya seorang sahaja. Macam mana nak buat kerja seorang diri begitu. Pelanggan akan potong bayaran dan kenakan denda. Mereka tak mahu tahu kenapa saya tak dapat sediakan tenaga kerja. Kontrak adalah kontrak.

Saya pula tak boleh nak ambil pekerja tepi jalan ikut suka hati gantikan tenaga kerja yang ada sebab bukan begtu caranya.

Sama macam nurse di atas tadi, tak boleh main ambil orang lain ganti. Itu kerja yang terlatih dan perlukan kelayakan.

Takkan nak adakan stand-by separuh lebih dari biasa! itu kos tetap yang membuatkan bisnes lansung tidak berdaya untung. Baik tutup kedai!.

Jadi!

Terimalah hakikat lambat laun kena masuk kerja juga sekalipun positif covid. Asalkan tak ada gejala teruk sampai pening berat kepala nak berdiripun tak boleh, maka elok biasakan diri saja untuk hidup dalam keadaan biasa semula bersama virus covid.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perlu terima hakikat lambat laun kena pergi kerja juga sekalipun positif covid-19

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !