Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, April 22, 2022

Apa yang anda perlu faham bila nak perkenalkan produk baru dalam pasaran

  Mohd Shubhi       Friday, April 22, 2022

Semalam saya baca sebuah buku pemasaran. Isinya menarik.

Buku itu ditulis oleh Seth Godin. Bagi yang belum kenal atau dengar nama dia ni, elok buat carian sikit tentang dirinya. Pergi juga baca blog yang saya buat pautan pada namanya di atas tu.

Dalam buku yang saya baca di atas tadi, dia terangkan tentang satu perkataan.

‘Pattern’

Dalam Bahasa Malaysia, perkataan itu diterjemahkan sebagai ‘Corak’. Dalam Bahasa Indonesia pula, mereka terjemah jadi ‘Pola’.

Saya rasa selesa pakai perkataan Pola. 

Perkataan pola tu lebih menepati apa yang penulis maksudkan bila sebut perkataan ‘Pattern’, dikaitkan dengan pemasaran.

Pola yang ngam

Pola yang ngam berlaku dalam kebanyakan masa, dalam hidup anda dan saya.

Manusia, majoritinya lebih cenderung, lebih suka dengan keadaan sedemikian.

Maksudnya, sesuatu berlaku seperti mana kebiasaan.

Pagi pekena teh tarik dan roti canai kat kedai mamak. Tengahari makan nasi campur. Petang makan kuih dan kopi o. malam makan nasi berhidang kat rumah bersama keluarga.

Contoh yang saya sebut kat atas itu berada dalam keadaan pola yang ngam. Tiada kekacauan dalam amalan atau gaya hidup seseorang yang jalani gaya hidup sedemikian.

Apa kaitannya dengan pemasaran dan perniagaan?

Dari kebiasaan amalan hidup manusia sebegitu, kita dapat faham bahawa produk atau khidmat, yang kena dengan pola yang ngam, adalah lebih mudah untuk dipasarkan dan dijual.

Kedai makan tengahari yang jual nasi dan ais sirap limau lebih mendapat ramai pelanggan berbanding kedai makan tengahari yang tawarkan pasta atau piza (penerimaan makanan berasal dari Italy ni sekarang mungkin dah lebih mudah sikit, berbanding dahulu)

Satu lagi contoh. Jika anda dah biasa makan dan minum pada beberapa kedai yang sama sejak bertahun yang lalu, agak sukar untuk ubah pola tersebut.

Ambil masa untuk jadikan anda sebagai pelanggan di kedai yang baru.

Mungkin dia masuk, pekena sekali dua atas ajakan kawan. Tapi kemudiannya dia akan kembali ke pola ngam semula. Iaitu ke kedai yang dia dah biasa.

Itu maksud pola ngam

Pola tak ngam

Jika anda faham makna pola ngam. Maka tak perlu saya terangkan lagi makna pola tak ngam.

Ini adalah satu gangguan.

Pola atau amalan yang baru. Rasa tak selesa. Tak ngam.

Bila anda baru buka kedai. Baru perkenalkan produk yang tak pernah ada lagi di pasaran. Luar biasa hebat tahap manapun, susah nak pecah masuk pasaran.

Kalau setakat biasa-biasa punya promosi. Tak desak betul-betul, atas andaian yang produk tu hebat sangat. Juga dapat selesaikan masalah yang banyak untuk pengguna. Anda akan kecewa dengan respon dari pengguna.

Bukan sebab produk anda tak bagus.

Tidak sama sekali!

Hanya disebabkan kesukaran untuk ubah pola yang ngam melekat pada amalan kebanyakan pengguna.

Itu saja.

Pengguna risau risiko yang perlu ditanggung jika beranikan diri mencuba perkara baru. 

Sekalipun risiko itu sebenarnya tak wujud. Tetap masih sukar nak pecah pola yang dah ngam.

Mereka tak mahu duduk dalam keadaan pola yang tak ngam.

Pola tak ngam pasaran kecil

Untuk perkenalkan sesuatu yang pola tak ngam, perlu kepada satu kekuatan yang besar. 

Mungkin tahap paksaan.

Hanya berlaku bila berlaku satu keadaan yang luar biasa. Macam pandemik covid-19.

Wabak covid-19 adalah ajen paksaan yang menolak produk pola tak ngam kepada pengguna. Macam penggunaan Zoom, Google Meet, dan lain-lain seumpamanya.

Tanpa covid-19, populariti semua kemudahan itu sudah tentu tidak sehebat sebagaimana yang kita lihat sekarang.

Jadi, krisis sebenarnya adalah satu peluang. Ada kuasa paksaan yang mampu menolak naik pola tak ngam dicuba oleh pasaran.

Satu lagi cara untuk pasarkan produk atau servis yang tak ngam polanya adalah dengan memasarkan kepada kumpulan yang kecil.

Memang ada segelintir pengguna yang jenis suka lawan arus.

Pola ngam bagi mereka adalah sesuatu yang tak ngam bagi kebanyakan orang. Dalam bahasa nakalnya, mereka ialah pemberontak.

Biasanya, dalam keadaan biasa. Tanpa ada kuasa paksaan seperti contoh yang saya sebut kat atas tadi, anda terpaksa harapkan para pemberontak ini sebagai pengguna awal produk.

Dalam suasana rancak teknologi maklumat dan penggunaan media sosial yang luas, usaha untuk sampaikan mesej anda kepada pemberontak ini adalah mudah berbanding dahulu.

Hanya perlu tahu siapa mereka, di mana tempat berkumpul dan apa yang mereka sukai. Saluran media mana kegemaran mereka dan lain-lain lagi, untuk anda salurkan tawaran.

Itu lebih mudah untuk berjaya.

Moga artikel ini bermanfaat. 

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Apa yang anda perlu faham bila nak perkenalkan produk baru dalam pasaran

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !