Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, December 8, 2022

Golongan LGBT nak Malaysia terima mereka supaya bebas menyumbang untuk negara

  Mohd Shubhi       Thursday, December 8, 2022


Rasanya anda tentu dah tengok video dari tiktok, luahan seorang insan dari golongan LGBT. Mereka rasa di kasari, tidak di terima sedangkan mereka juga manusia.

Cuma naluri sahaja yang berbeza. 

Kalau belum, boleh tengok di pautan ini.

Dalam pautan ke twitter tu, ada lebih dari 6 ribu komen terhadap posting tersebut. Hampir semuanya menolak apa yang mamat tu cakap. 

Pedas-pedas juga kritikannya. 

Seks haram tersembunyi

Bila saya baca komen yang ada, timbul satu soalan.

Ada tak kemungkinan yang komen berapi marah, kecam dan sebagainya pada mamat itu, sebahagiannya adalah mereka yang secara diam-diam turut sama amalkan budaya LGBT bila berkesempatan.

Kenapa saya terfikir begitu?

Saya rujuk kepada Al-Quran berkenaan amalan seks terlarang. Ia adalah dalam satu kumpulan sama, tak kisah gaya seks sebagaimana yang dilakukan, ia masuk kategori hanyut dek hasutan syaitan.

Seks terlarang berdasarkan Quran adalah,

  1. Melakukan hubungan seks diluar dari perkahwinan (Surah 17:32)
  2. Kahwin dengan bekas isteri ayah sendiri (Surah 4:22)
  3. Lelaki lepaskan nafsunya pada sesama lelaki (Surah 4:80-81)

Perkataan yang disebut dalam 3 ayat di atas adalah 'Fahish'. Saya baca dalam terjemahan, ia diberikan makna perbuatan terkutuk.

Dalam bab LGBT ni, mereka tersesat untuk buat amalan terkutuk dalam kategori no 3.

Cuba fikir balik berkenaan mereka yang tersesat untuk mengamalkan perkara terkutuk nombor 1 diatas. Agak-agaknya ada ramai tak?

Anda boleh fikirkan sendiri. Samada ramai atau tak, entah lah.

Yang pasti ia berlaku secara meluas. Samada pada remaja, yang dah kahwin mahupun janda atau duda.

Malah mungkin jauh lebih meluas dari LGBT !

Untuk kategori nombor 2 memang dah tak ada. Tak pernah lansung saya dengar dari kecil sampai besar ada kejadian demikian. Kalau berlaku juga mungkin saya yang tak tahu.

Apapun, samada seseorang itu buat yang pertama, kedua atau ke-3, ia adalah dilarang dan dikutuk oleh Tuhan. Orang demikian tidak mendapat jaminan keselamatan dari Tuhan. Itu sangat jelas.

Berbalik kepada komen di atas tadi. Kalau dalam bab seks luar nikah, bila didedahkan dalam media sosial, maka berunyut akan masuk komen. Marah, kata bodoh dan seumpamanya.

Tapi dalam ramai yang komen tu, ada juga yang follow laman lucah. Malah ada juga yang pernah kantoi buat sendiri gaya lucahnya. 

Ada juga para ustaz, ahli agama, yang kantoi tertangkap buat seks luar nikah. 

Dulu ada akhbar atau majalah yang laris sebab kisah skandal khalwat kena tangkap basahnya boleh basah jika baca. Semuanya kisah benar. Orang baca diam-diam terutamanya lelaki.

Bukan perkara pelik semua itu. Semua orang tahu sangat biasa berlaku. Yang peliknya adalah, kenapa bila masuk bab LGBT, marah dia lain macham?

Bab seks luar nikah, komen nya tak berapa ganas sangat. Ramai yang geleng kepala, minta simpang dan sedih terhadap apa yang berlaku. Nadanya lebih insaf dan menghala ke arah cerminkan diri dan minta dijauhi dari keluarga dan sanak saudara.

Tapi bila bab LGBT ramai yang pantas saja maki dan keji.

Kejam terhadap benda hidup itu salah

Apa yang mamat dalam video tu luahkan tentang orang hina mereka. Bertindak kasar dan sebagainya perlu diberi perhatian.

Bukan sahaja kepada LGBT, malah kepada anjing pun tak boleh. malah Babi yang orang islam amat hina tupun tak boleh berlaku kejam padanya tanpa sebarang alasan yang sah.

Jadi bila jumpa bapok, darai, pondan, jebung atau LGBT dan seumpamanya, jangan lah buat kasar, dan tidak berlaku adil.

Bila mereka balik duduk dalam rumah dan buat kemungkaran secara diam-diam itu diluar dari kawalan kita.

Begtu juga tak boleh nak kawal orang amalkan seks diluar perkahwinan. Dalam bilik hotel, dalam hutan semak, dalam kereta, tepi pantai dan mana-mana saja.

Tahan diri buat benda lazat

Pergi tanya siapa saja yang normal, samada dia rasa seks itu lazat atau tidak, hampir semua orang akan kata ya.

Kecuali buat mereka yang ada masalah kesihatan.

Sebab itu tidak menghairankan bila ada peluang tidur dalam hotel, di Thailand pula tu, tak ada orang kacau. hanya anda dan kekasih saja, maka untuk terlanjur adalah sangat tinggi.

Sekali pun keduanya adalah ustaz dan ustazah, haji dan hajah. Tahu Tuhan larang benda tu. Akan terdesak untuk nikmatinya juga.

Tetapi, bagi anda yang takutkan Tuhan, dia berusaha tahan diri dari seks luar perkahwinan. Biarlah makwe-pakwe lazat macam mana sekalipun, tahan selagi tak kahwin. Bila kahwin, sila kan. Tak ada masalah.

Maka perlulah untuk suruh jebung tu semua, gay dan lain-lain untuk tahan diri dari amalan songsang tu?

Ya la! kamu suka. Tapi tahan la. Tak meninggalpun jika elakkan amalan tersebut.

LGBT nak menyumbang

Untuk berikan sumbangan pula, memang tak ada masalah. Buatlah kerja yang kamu pandai. Berikan apa saja sumbangan. Sambil tahan keinginan songsang itu sama macam lelaki normal tahan keinginan seks luar nikah setiap kali terlintas lihat wanita gebu.

Atau mungkin kamu tewas, gagal bendung keinginan. Samalah juga amalan seks luar nikah. Ramai juga yang gagal. Malah, tak kurang juga yang tak fikir untuk elakkan diripun.

Cuma beza mereka yang amal seks luar nikah berbanding geng LGBT adalah mereka tak tubuh badan diberi nama KSLN - Kaki Seks Luar Nikah, dan minta kumpulan mereka diterima negara Malaysia!

Bayangkan kumpulan KSLN mula bergerak aktif macam geng LGBT tu!

Harap tak kan berlaku. Sebab biasanya mereka sedar amalan tak bermoral itu perlu disembunyikan.

Takat itupun alhamdulillah! Masih ada rasa malu. Banding kan dengan LGBT!

Mereka mahu ada pengiktirafan. Ada sambutan hari Gay Sedunia. Mahu ada hari kebesaran, turun ramai-ramai berwarna warni. Untuk apa sebenarnya semua itu?

Kamu nak lakukan 'Fahish' belakang dinding, itu kamu punya masalah. Tapi kenapa nak kena pengiktirafan istimewa pulak?

Mereka lah yang perlu iktiraf bahawa amalan itu dilaknat Tuhan. Dan berusaha untuk jauhinya. Atau diam diam jangan pengaruh orang jadi macam tu.

Wallahu 'Alam, saya tak tahu bagaimana mereka rasa dan bagaimana susahnya tahan dan elakkan diri dari lepaskan nafsu kamu dengan sesama jantina. Tapi saya yakin boleh.

Sebab Tuhan tak bebankan perkara yang tidak tertanggung oleh hambanya ..

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Golongan LGBT nak Malaysia terima mereka supaya bebas menyumbang untuk negara

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !