Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, December 10, 2022

Membesar di kampung tanpa internet jauh lebih menyeronokkan

  Mohd Shubhi       Saturday, December 10, 2022


Bagi anda yang lahir dalam satu zaman dengan saya, iaitu di era lewat 60-an, membesar pula di kampung, tentu perasan beza cuaca sekarang dengan zaman kanak-kanak dahulu.

Masa tu tidak sepanas macam hari ini. 

Mulanya saya ingat mungkin hanya perasaan saya sahaja. Mungkin ketika itu, masa kecil, tak dapat nak bezakan antara panas dengan kurang panas. Masa tu fikiran dalam kepala hanya nak nakal keliling kampung.

Tapi, bila baca satu artikel dalam akhbar, saya tak ingat bila dan akhbar mana, tapi ia berkenaan fenomena kepanasan Global. Penulis terangkan betapa suhu telah meningkat naik di negara kita berbanding dahulu.

Kalau anda google info peningkatan suhu di Malaysia, setiap 10 tahun, suhu meningkat naik antara 0.14 hingga 0.25 °C 

Kalau dicampur dalam tempoh 30 ke 40 tahun dulu, memang tak mengejutkan terasa sangat panas sekarang. Suhu ni kalau naik satu atau 2 darjah celcius saja dah terasa bezanya.

Memang patutpun terasa panas.

Hidup tanpa internet

Zaman kanak-kanak dulu, di awal masa yang saya sedar rumah tak ada air paip. 

Letrik dah ada rasanya walaupun rasa macam kelam saja suasana dalam rumah dalam ingatan saya. Yang saya sangat pasti, tak pernah ada kipas angin satu pun dalam rumah. Malam memang sejuk, tak perlukan kipas.

Rumah papan berbumbungkan atap rumbia. Tak ada dinding batu masa tu. Kalau ada batupun, hanya dijadikan pelapik untuk letak tiang asas rumah di tanah. Bawah rumah pada bahagian dapur, orang tua pagar dengan pagar dawai dan bela itik.

Itik kan suka tempat berlopak. Jadi sesuai sangatlah dia duduk bawah tu sebab di atasnya tempat orang tua memasak dan banyak guna air.

Ada satu bahagian di bawah rumah tu orang tua buat macam stor. Macam-macam khazanah di susun kat dalam stor tu. Selain dari stor, ia jadi tempat saya menyorok kalau merajuk. Juga tempat main masak-masak kalau ada geng perempuan datang.

Sumber air utama ketika itu adalah telaga. Ada sebuah di depan rumah. Dinding kawasan telaga tu pakai kepingan zink saja. Lantai batu. Jamban pula ada di belakang rumah.

Jamban orang kampung zaman tu rasanya budak-budak sekarang akan termuntah kalau masuk nak berak. Ada lubang sebesar pinggan dan bawah lubang tu ada timba plastik.

Dalam timba tulah taik akan jatuh. Dalam tu juga air kencing di tala. Kalau nasib tak baik, apeq lambat masuk kampung angkut taik, akan merecik kena sedikit kat punggong tu bila taik keras jatuh ke dalamnya.

Bau .. perghhh ! masih segar dalam kepala ni.

Ada sekali tu, ayam jatuh termasuk ke dalam tong taik di jamban rumah saya. Sebab taik agak banyak, lembik, ayam tu terkial-kial tak dapat keluarkan diri dari tong tu. Tak ada siapa boleh berak selagi ayam tu ada siti.

Saya paling kecik, maka diberikan arahan untuk selamatkan ayam tersebut.

Maka dengan menahan nafas, pakai seluar pendek tak berbaju, saya pergi belakang jamban dan tarik keluar tong taik tu. Lepas tu, hulurkan tangan gagau dan tarik keluar ayam tu.

Apa lagi, dia mengelupur dan habis satu badan saya dipenuhi taik.

Tak ada siapa sanggup dekata dan tengok. Saya pegang ayam tu, bawa masuk ke dalam patir di sebelah tu dan rendam basuh sampai bersih dan lepaskan ayam tu bebas. 

Gliran saya pula di suruh basuhkan kesemua najis yang penuh sampai ke muka dan rambut. Rasa nak termuntah bila teringat peristiwa itu. Celaka punya ayam!

Taman permainan setiap penjuru kampung

Setiap penjuru rumah adalah tapak permainan. Begitu juga setiap penjuru halaman rumah dan setiap penjuru kampung. Semua jadi tapak permainan kami membesar di kampung.

Mana ada gajet eletronik zaman tu. 

Semua alat permainan masih dalam lingkungan tradisi. Samada beli di kedai runcit cina kat pekan Penanti atau kena buat sendiri. Gasing, wau, cap-plum, guli, gambar, lastik, getah .. itu semua bahan permainan.

Ada musim silih berganti. Tak pasti samada semua orang berpakat atau tidak. Tapi sekali datang musim main guli umpamanya, semua kampung habis pakat main guli. Termasuk di semua kampung kejiranan.

Kasut pun boleh jadi bahan main. Susun pacak semua kasut tu dan duduk jauh-jauh baling dengan bola seralat supaya semua kasut tu jatuh. Bila jatuh semua kena lari dan  siapa yang lambat, kena balik bola seralat di tengah belakang akan kalah. Saya tak berapa nak ingat permainan apa tu .. macam itulah lebih kurangnya.

Bila datang musim memancing, masa akan habis pergi cari akan haruan atau ikan puyu kat sungai. Ada masa pula buat projek menimba lubuk. Sekat air dan biar lubuk kering. Timba air keluar dan kutip ikan pula la banyak masuk dalam timba.

Kenal satu kampung

Tak ada seorang pun yang tinggal kat dalam kampung tu. Dari atas sampai bawah, semuanya saling kenal mengenali.

Semua orang ada gelarannya yang tersendiri. Maklumlah, banyak yang punya nama sama. Untuk bezakan, maka ada gelaran di belakangnya. Buat orang tua-tua, selalunya nama laki akan dipasangkan dengan isterinya. Contohnya Yusop Kak Rokyah, Mak Yam Pak Mat Pak Long.

Ada juga yang lebih dikenali dengan gelaran macam Chin Bur*t, tak tau kenapa nama carut tu jadi gelarannya. Ada juga yang bernama 'At Korea, Leman Pekaka, Chan Mat Badak, Ie Anak Rimau, Leman Spring, Man Pek Kong, G Pengkaq, Mat Lembek, Mat Topui, Yeh Ayam, Ali Kocak, Man Pendek, Non Beatles, Lah Curut, Nasir Bulat, Lin China ... 

Memang terlalu ramai kalau nak disenaraikan. Ada yang masih hidup dan tak kurang pula yang dah pergi terlebih dahulu.

Suasana ketika itu, memang benar-benar menyeronokkan. banyak yang dipelajari terutamanya dari segi pertuturan dan budi bahasa serta etika hormat menghormati. Semua itu sudah tidak ada pada budak-budak zaman ini.

Ok .. nanti kita sambung lah. Memang akan jadi panjang bila layan cerita lama ni !

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Membesar di kampung tanpa internet jauh lebih menyeronokkan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !