Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, December 5, 2022

Lantai kaca pada dapur gas Pensonic 3 Burners Gas Stove Tempered Glass PGC-3201G meletup dan pecah!

  Mohd Shubhi       Monday, December 5, 2022


Akhir tahun lepas, bulan December 2021, saya ada kongsikan pengalaman beli dapur gas  jenama Pensonic dengan 3 dapur serta di liputi kaca tahan atau Tempered Glass. Modelnya adalah PGC-3201G.

Dapur tu dibeli bagi menggantikan dapur gas lama yang dah mula kurang baik apinya. Rasanya sebab dah terlalu lama, maka lubang tu dah tersumbat. Ruang udara jadi kurang baik dan apinya dah mula merah.

Boleh baca artikel tu pada pautan di sini.

Beli dapur gas online

Memang dah biasa pakai dapur gas macam tu. Cuma yang tak biasanya adalah pertamanya, beli dari portal online Lazada. Itu first time beli dapur, barang besar, agak mudah calar, kemek, bengkok dan sebagainya.

Selama ini beli di kedai barangan rumah saja. Mudah tengok, cuba, belek dan sebagainya. Puas hati bayar dan angkut bawa baik.

Tapi bila tengok tawaran harga di online, terlalu banyak untuk diabaikan saja. Maka saya terus beli.

Satu lagi pengalaman pertama beli dapur dengan dilapik kaca pada permukaannya. Kaca tebal, licin dan cantik. Saya rasa kelebihan permukaan kaca adalah dalam bab nak bersihkan daput tu setelah digunakan. Mudah dan lancar. 

Dapat barang, pasang dan terus pakai.

Lantai kaca dapur gas tak tahan

Dari artikel lama tu, saya dapat kira yang tempoh pakai dapur tersebut kurang dari setahun. Sangat pendek berbanding semua dapur gas yang saya biasa pakai selama ini. Dapur lain semuanya tahan bertahun-tahun.

Punca utamanya adalah kaca lantai permukaan daput tersebut sebenarnya jenis tak tahan panas.

Ketika saya sedang berada di luar kawasan, bulan oktober 2022 yang lalu, dapat mesej bergambar dari orang rumah. Dia minta saya gantikan dapur sebab yang ada, yang baru tu, meletup dan habis kacanya retak seribu.

Nasib baik tak ada apa-apa berlaku, tiada serpihan kaca terkeluar dari daput itu. Cuma dia hancur dan melekat di situ. Orang rumah dah rasa fobia. Maklumlah tengah masak tiba-tiba bunyi letupan kuat pada dapur tu.

Orang rumah ni dah lah jenis penakut dengan gas. Takut meletup hancur rumah dan sebagainya. Bila jadi begitu dia sumpah tak mau dibelikan lagi daput gas yang ada pasang kaca tebal begitu.

Jadi saya kongsikan di sini untuk mereka yang masih belum cuba pakai dapur gas yang ada kaca. Elok lah jangan beli. Lebih lagi jika anda jenis suka masak di rumah berbanding makan di kedai.

Kaca itu tak tahan sebenarnya. Tak sesuai untuk mereka yang jenis masak kerap sehari dua atau tiga kali.

Bukan masalah jenama Pensonic. Jenama itu dah lama saya akui keboleh percayaannya. Cuma mereka sepatutnya buat cubaan terlebih dahulu ketahanan gelas kaca tebal tersebut sebelum mahu promosikan pada pengguna.

Cantik saja tak guna jika tak tahan lama.

Maka terpaksalah saya keluarkan lagi duit untuk beli dapur gas baru. Kali ni ambil dapur yang lansung tak ada kaca. Biarlah dibalut dengan tin besi sahaja. Asalkan tahan lama dan tidak ada lagi letupan menakutkan.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Lantai kaca pada dapur gas Pensonic 3 Burners Gas Stove Tempered Glass PGC-3201G meletup dan pecah!

Previous
« Prev Post

6 comments:

  1. Ada jiran yg dah kena masalah yg sama dgn dapur kaca ni, mmg nampak cantik, tp itulah masalahnya, retak bila panas sgt. Kitaorg bila jiran dah bg amaran mcm tu, terus jer cari yg metal, pun nampak cantik jugak, dah 3 tahun rasanya, Alhamdulillah takder masalah lg. Elok jugak bertanya tanya jiran jiran, belajar dr pengalaman org.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak terfikir pula nak tanya jiran pasal dapur tu. Terpaksa belajar dan ambil pelajaran sendiri dan terkena nampaknya.. lain kali nak beli sesuatu nak tanya jiran dulu. Terima kasih

      Delete
  2. Dapur yang jenis lama ketahanan dia memang bagus, cuma biasa la bila dah lama api jadi tak berapa kuat, tapi masih lagi boleh servis dan jadi macam baru, saya servis dapur gas saya rasanya dah 2 tahun lebih, Alhamdulilah terbaik nasib tak tukar yang baru

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dapur lama tu dah dua tiga kali servis. Dah pakai lebih 5 tahun ..

      Delete
  3. Dapur saya brand Europa, dah 20thn guna, baru servis 2 tahun yg lepas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Perghhh ! nikmat mana lagi yg mahu didustakan!. Bagus benar brand tu. Nanti nak cari

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !