Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

17 August 2023

Kenapa demokrasi adalah satu penipuan halus komplot jahat dunia moden

  Ano Nyme       17 August 2023


Pernahkah anda jumpa seorang dewasa rakyat Malaysia yang berstatus warganegara, yang tak pernah sekalipun mengundi dalam mana-mana pilihanraya yang negara kita adakan?

Memang agak rare mereka yang bersikap degil macam tu. Susah nak jumpa sebab kebanyakan rakyat negara kita sudah tentu pernah terpanggil untuk melepaskan kuasa mengundi yang dia ada dengan harapan satu undi darinya mampu melahirkan seorang pemimpin negara yang baik.

Saya kenal salah seorang warganegara Malaysia yang rare itu. Dia merupakan abang kandung saya sendiri. Tak pernah mengundi malah tak pernah daftar untuk mengundi pun setakat yang saya tahu.

Bila berbual bab politik satu ketika dulu, kami sering tak sependapat, mesti akan berlaga angin. Dia dengan sikap panas barannya dan saya dengan sikap suka mengasak melalui pertanyaan soalan-soalan untuk dia sendiri jawab dan menyedari kesalahan dan cara berfikirnya.

Alasan kenapa dia tak mahu mengundi sangat rapuh dan tidak dapat meyakinkan saya. Ia lebih bersifat emosi berdasarkan nostalgia cerita lama pengalaman pahit yang dilalui oleh arwah ayah. Entah betul atau tidak cerita itu saya tak pasti sebab saya tak ingat, mungkin masih kecil atau belum wujud lagi.

Bagi saya, kaitkan pengalaman pahit yang satu tu, untuk benci kepada pilihanraya, lalu tidak mahu jadi pengundi, tak masuk akal. Semua itu akan buat perbincangan kami jadi panas dan selalunya saya akan diam berhenti dari meneruskan perbincangan. 

Saya yakin dia salah.

Hilang percaya pada demokrasi

Cerita bertengkar dengan abang tak setuju dia tak mengundi sudah berlalu. Itu semua dulu. Ketika saya masih lagi menjadi sebahagian dari kelompok manusia yang terpedaya kononnya setiap diri punya kuasa keramat dalam menentukan kepimpinan politik negara.

Sekarang saya tersedar yang abang saya betul.

Bukan betul dari segi alasannya. Tapi betul dalam keputusannya untuk tidak mahu ambil bahagian dalam sebarang proses pengundian.

Tak ada apa-apa yang beraku kepadanya samada secara fizikal mahupun spiritual. Dia jalani kehidupan yang baik. Banyak masa naik dan turun kemarahan dalam hidup sehariannya berkisar dalam rumah, surau dan taman tempat tinggalnya saja. Tak ada kaitan dengan politik pun.

Sikap yang dia ambil itu langsung tiada kesan dalam apa yang berlaku terhadap keadaan politik semasa baik dalam negara mahupun diluar negara.

Malah abang saya sedikitpun tak ada rasa rugi atau sia-siakan peluang mengubah keadaan pimpinan negara. Memang tak perlu rasa apa-apa kerugian pun sebab ia memang tak ada kesan.

Pegangan untuk tidak percaya pada proses demokrasi berlaku setelah saya benar-benar melihat secara logik akal apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat dalam menentukan mana yang baik dan mana yang buruk.

Secara semula jadinya, kebanyakkan manusia sentiasa cenderung untuk membuat pilihan yang buruk terutamanya untuk diri anda sendiri sebagai seorang individu. Cuba baca ayat Al-Quran di bawah ini.

Dan jika engkau menurut kebanyakan orang yang ada di muka bumi, nescaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah; tiadalah yang mereka turut melainkan sangkaan semata-mata, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta. - (Al-An'aam 6:116)

Dalam surah yang sama juga, anda boleh baca pada ayat sebelum ayat di atas, iaitu pada ayat ke-112.

Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh dari Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya. Dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan itu. (6:112)

Satu peringatan yang menarik untuk dihadam dan cuba kaitkan dengan apa yang berlaku di dalam kehidupan seharian anda yang sentiasa bergelumang dalam propaganda dan berita palsu yang dikongsikan oleh majoriti mereka yang tiada kemampuan untuk berfikir dan membuat analisa kebenaran.

Demokrasi dan pilihan ramai

Maksud mudah yang sering disampaikan tentang demokrasi adalah, yang majoriti menang. Dalam bahasa Greek, 'demos' bermakna rakyat biasa dan 'kratos' bermakna kuasa

Sebab itu anda akan dengar laungan 'kuasa rakyat' setiap kali pembangkang mahu naikkan semangat orang ramai dalam menumpaskan kerajaan yang dituduh zalim.

Manusia selamat apabila dia mampu menggunakan akalnya dalam membuat sesuatu keputusan dalam menentukan mana yang baik mana yang buruk. 

Persoalannya, apakah keupayaan membuat keputusan yang betul itu ada pada majoriti manusia?

Kalau dilihat pada ayat Quran di atas, jawapannya sudah tentu tidak. Memang majoriti manusia sentiasa hanyut dengan bisikan palsu, gossip, sangkaan bodoh dan ilusi samar yang merosakkan. Memang itulah yang berlaku dalam masyarakat terutamanya sekarang.

Dalam banyak kajian yang para saintis kaji tentang sikap manusia dalam membuat keputusan, terbukti bahawa manusia sering buat keputusan yang tidak rasional. Maknanya, hampir semua rakyat Malaysia buat keputusan berdasarkan emosi dan bukannya pakai akal pemikiran pun.

Pemimpin politik tahu fakta tu dan mereka bekerja kuat menggunakannya untuk pengaruhi keputusan orang ramai.

Majoriti manusia tak mampu berfikir

Hakikat kehidupan di dunia akan ada golongan yang dilahirkan sebagai ketua, jumlah mereka amat sedikit, mungkin kurang dari 5%

Ada pula manusia yang dilahirkan sebagai pengikut. Jumlah ini paling ramai di atas muka bumi termasuk di negara kita sendiri. 

Sebagai pengikut, biasanya mereka serahkan tanggung jawab berfikir dan membuat keputusan yang baik terhadap perkara-perkara penting kehidupan dan kemasyarakatan kepada golongan pemimpin di atas.

Ringkasnya hanya sedikit manusia yang berupaya menggunakan akalnya untuk berfikir dan membuat keputusan penting dan berat. Bahagian besarnya ikut saja. 

Sebab itu jika mereka yang tidak berupaya berfikir itu lahir di Iran, dia akan jadi pengikut Ayatollah Khomenei, dia jadi Syiah, kalau lahir di Arab Saudi, dia jadi Wahabi, kalau lahir di Rome dia Jadi Kristian, lahir di China dia jadi Komunis, lahir di India dia jadi Hindu, lahir di Kathmandu dia jadi Buddha ..

Majoriti besarnya akan kekal dengan pegangan dan kepercayaan mereka di mana tempat dia dilahirkan sampai mati sebab mereka memang tidak berupaya berfikir dan membuat keputusan berat. Emosi memainkan peranan besar di sini.

Pergi tanya pada mana-mana saja penganut agama di semua tempat yang saya sebut di atas tadi, hampir semuanya rasa syukur kerana Tuhan memilih dia untuk dilahirkan di kalangan agama ibubapanya. Kereja itulah agama yang benar baginya. 

Tidak hairanlah kenapa anda boleh tengok betapa banyak berita palsu dan sangat bodoh berlegar di media sosial, dalam grup wasap kampung dan sebagainya. Sebab yang bodoh tu ramai dan mereka tidak dapat berfikir untuk menganalisa mana yang benar mana yang logik dan mana yang salah.

Dan semua yang majoriti sedemikian anda berikan hak untuk membuat pilihan dalam menentukan pemimpin yang betul!

Ha ha ha .. tidakkah itu sangat lucu?

Ada seorang kawan perempuan yang saya kenal. Mesin basuh bajunya rosak. Dia suruh saya tengok. Maka saya minta buku manual mesin tersebut. Lalu dia cari dan berikannya pada saya.

Saya lihat buku manual itu untuk Panasonic sedangkan mesin yang dia suruh saya tengok adalah Samsung. Saya kata ini manual Panasonic .. 'eh! tak boleh pakai ke?' ..

Dan orang macam tu yang diberikan kuasa untuk membuat pilihan besar dalam menentukan pemimpin yang baik untuk masyarakat dan negara?

Ha ha ha .. tidakkah itu lucu?

Makin besar makin sukar bersatu

Satu lagi kesukaran dalam menyatukan kerjasama manusia adalah apabila jumlahnya makin ramai. Makin besar maka makin mudah untuk adanya perbezaan pendapat dan makin sukar untuk bersatu.

Pemimpin yang berkuasa tahu perkara ini sebab itu mereka berikan kuasa kononnya pada semua rakyat untuk membuat pilihan. Itu hanya ilusi untuk tenangkan hati rakyat supaya mereka lali dan percaya yang mereka ada kuasa. Mereka rasa seperti apa yang berlaku merekalah yang menentukannya. Sedangkan itu hanya sekadar ilusi.

Pemimpin yang sedikit di atas sana jumlahnya sangat terhad dan secara lumrah, makin tak ramai makin mudah bincang dan makin senang bekerjasama. Maka mudahlah mereka di atas sana perbodohkan yang majoriti besar di bawah sini.

Komplot jahat kuasai dunia

Memang hakikat sebenar dunia ini dikuasai oleh para pemimpin besar peringkat dunia di atas sana. Orang kaya besar yang kuasai hampir segenap aktiviti ekonomi dunia, orang politik yang disokong oleh orang kaya besar dan begitulah saling kuat menguatkan.

Selagi manusia ikut sistem demokrasi, mereka boleh lega sebab kuasa menentukan hala tuju, cara berfikir, cara hidup, minat, perjuangan dan sebagainya masih berada di tangan segelintir mereka di atas sana. Semua itu dapat digubah melalui semua sistem maklumat, perniagaan, ideologi pemikiran dan komunikasi yang mereka kuasai. 

Sistem propaganda untuk semua manusia seluruh alam sekarang sudah disatukan di peringkat global. Dan mereka sangat cekap dalam menguasai dan mengendalikannya. 

Jika ada pun manusia yang mampu berfikir dan melawan arus, mudah saja mereka singkirkan sama ada dengan membunuh, atau gelapkan saga kehadiran manusia sebegitu dari muncul dan naik di mana-mana platform yang mereka kuasai.

Itulah cara mereka dan memang itulah cara terbaik dalam menjadi pemimpin. Ditentukan oleh hanya segelintir saja dari kalangan yang mampu berfikir. Dalam masa yang sama para pemimpin itu perlu akur dan tunduk pada Tuhan sekeliam alam, percata pada hari akhirat dan fokus melakukan tanggung jawab serta berbuat baik.

Bagi orang biasa yang mampu berfikir pula, bila melihat pemimpin di atas rosak dan sesat, berikan amaran dan ingatkan janji Tuhan. Bila anda sudah sampaikan, maka anda sudah melaksanakan kerja yang Tuhan suruh. Kontrak perjanjian antara manusia, pemimpin dengan Tuhannya sudah termeterai dan bila-bila masa saja masyarakat bersama pemimpin itu akan dihancurkan oleh Tuhan.

Adakah anda masih percaya konsep demokrasi?

logoblog

Boleh Like dan Share artikel ini di akaun Medsos anda. Terima Kasih sudi luangkan masa membaca artikel, Kenapa demokrasi adalah satu penipuan halus komplot jahat dunia moden

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !