Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, February 13, 2024

Beg laptop terbaik pernah saya pakai dan masih tetap dipakai sampai sekarang dah lebih 7 tahun

  Mohd Shubhi       Tuesday, February 13, 2024

Beg Laptop Terbaik Berbaloi Beli dan Pakai

Salah satu benda yang hampir wajib ada pada setiap orang yang bekerja di pejabat terutamanya, sekarang adalah beg galas untuk isi komputer riba. Bukan saja untuk orang bekerja, pelajar juga tak terkecuali.

Zaman saya belajar di Universiti dulu, masih tak pakai komputer riba, hanya komputer meja. Itupun bukan komputer meja kepunyaan sendiri. Masa itu, cybercafe dah ada tapi saya tak pernah pakai. Hanya gunakan apa yang pihak universiti sediakan saja.

Beg yang diperlukan ketika zaman belajar dulu hanyalah untuk isi buku dan kertas saja. Beg yang paling sesuai dan popular zaman tu adalah dari jenis sandang tepi yang ringkas dan murah.

Sama juga ketika masih kerja makan gaji dulu. Ketika kerja kilang Ericsson sebagai sales and operation planning yang banyak masa kerja habis duduk di depan komputer, masih pakai komputer meja, tak ada laptop.

Selepas berhenti kerja kilang, masuk dunia sales di DHL, masih tetap sama. Tak pakai laptop lagi. Semua kerja yang memerlukan komputer pakai desktop yang syarikat sediakan.

Ada baik dan buruknya zaman pakai komputer meja dulu ketika kerja. Paling penting adalah tak perlu bawa balik kerja ke rumah. Habiskan saja di pejabat selagi boleh. Bila selesai, tutup komputer dan balik bawa hati ke rumah bersama keluarga. 

Gangguan ketika di rumah atau ketika cuti semuanya datang dari telefon bimbit. Ertinya jika anda diganggu, maka ganggun itu benar-benar penting dan perlu segera diberikan perhatian.

Komputer riba dan beg

Samada perlu disumpah atau perlu dipuji apabila komputer riba makin murah harganya dan mampu milik, saya tak pasti. Tapi hidup, rehat dan kerja dah bercampur aduk sekarang.

Bisnes beroperasi 24 jam bila teknologi komunikasi bertambah maju. Kerja sudah tidak terhad di pejabat lagi. Anda perlu bersedia jadi hamba kepada majikan sepanjang masa selagi anda mahukan secebis pendapatan untuk teruskan kehidupan.

Itu dari perspektif orang makan gaji.

Saya sekarang dah tak makan gaji, ada perniagaan sendiri. Tak dapat tidak perlu ikut perkembangan zaman. Dunia moden tak dapat lari dari menggunakan teknik kerja yang terbukti berkesan demi mengejar prestasi yang berkisar tentang kuantti. Lebih banyak, lebih besar lebih bagus.

Maka saya sendiri perlu pakai laptop. Semua staff yang ada juga saya sediakan laptop untuk pastikan mereka tak ada alasan untuk selesaikan masalah yang berbangkit di mana saja berada.

Syarikat sudah tentu fokus kepada mempermudahkan semua staff buat kerja supaya prestasi mereka tidak dikacau dan dapat memberikan sumbangan terbaik untuk majikan dan paling penting untuk diri mereka sendiri dalam usaha membina kerjaya.

Ringkasnya, dunia kerja sekarang perlu ada komputer riba dan bersamanya perlu ada beg komputer riba. Untuk memudahkan semua itu dibawa ke mana saja. Baiknya adalah dari segi fleksibiliti. Buruknya adalah rehat dan kerja sudah seperti tidak ada sempadan. Terpulang bagaimana anda mahu melihatnya.

Beg laptop terbaik

Tujuan artikel ni hanya nak kongsikan jenis beg laptop yang terbaik pernah saya beli dan pakai. Tapi biasalah, asal usul permasalahan perlu dikupas terlebih dahulu supaya saya sendiri faham dan pembaca dapat luangkan masa buat refleksi pada isu yang berkaitan.

Selalunya, setiap kali saya beli komputer riba, penjual akan berikan sekali dengan semua perkara lain yang berkaitan termasuklah beg sandang untuk laptop. Macam-macam jenama yang dah saya dapat yang entah original entah ciplak.

Bagi saya sendiri, beg laptop yang kedai bagi memang tak pernah saya pakai sebab ada jenis beg yang perlu dipilih berdasarkan keperluan gaya hidup yang sesuai dengan kerja yang saya buat untuk cari makan.

Beg laptop yang saya perlu adalah jenis yang tahan lasak, bersaiz besar sikit yang boleh digunakan sekali apabila saya keluar kawasan.

Cari punya cari akhir sekali saya jumpa beg terbaik secara tidak sengaja bila meronda di Subang parade satu ketika dulu sebelum covid. Jenamanya ialah Tigernu yang saya ingat merupakan satu jenama dari negara India. Mungkin sebab yang jual beg masa tu adalah jejaka berbangsa India dari negara India yang tak tahu cakap Melayu.

Bila dah sangat puas hati dengan beg itu, maka saya mula cari maklumat dari google untuk ketahui lebih lanjut berkenaan jenama tersebut dan lihat samada ada jenis beg lain yang mereka tawarkan. Dari situ baru sedar yang Tigernu adalah satu jenama berasal dari negara China.

Jenama yang bukan jadi mainan mulut tapi saya rasa ramai yang masih tak tahu betapa kualiti yang mereka mampu berikan sangat melebihi jangkaan. Berbaloi dengan harga yang mereka tawarkan terutamanya jika anda beli dari shopee.

Masalah paling kerap berlaku pada beg yang selama ini saya beli dan pakai adalah pada zip. Semua bahagian lain masih elok, malah ada yang masih berkilat tak terjejas tapi zip dah rosak.

Tapi masalah zip tidak berlaku pada beg ini walaupun setelah lama saya pakai dengan kekerapan yang sangat tinggi dah melebihi 7 tahun. Semua bahagian beg ini masih tetap utuh dan tidak terjejas.

Jadi tanpa memanjangkan lagi artikel ini, saya syorkan anda yang sedang mencari beg laptop, samada untuk anak masuk kolej atau untuk bawa kerja dan lain-lain seumpamanya, pakailah jenama Tigernu. Berbaloi-baloi tahap gaban untuk duit anda.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Beg laptop terbaik pernah saya pakai dan masih tetap dipakai sampai sekarang dah lebih 7 tahun

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !