Baru-baru ini ketika melayari satu page yang mengumpulkan kata-kata perangsang dan amalan mereka yang berjaya, saya tertarik dengan perkongsiannya tentang bagaimana para pelajar di Universiti Harvard menjadikan diri mereka seperti sebuah mesin yang menyerap ilmu dan maklumat.
Semua perjalanan hidup mereka sebagai seorang pelajar disusun rapi tanpa ada sedikitpun ruang untuk disia-siakan. Mereka mengikuti kuliah, membuat nota, melakukan rujukan dan pencarian, membuat ringkasan dan yang paling penting, memahami segala ilmu yang diajarkan ke tahap yang lebih dari keperluan untuk lulus peperiksaan. Bila-bila masa saja mereka bersedia untuk menduduki peperiksaan kerana mereka sangat bersedia.
Kemudian saya ikuti satu lagi perkongsian bagaimana seorang sniper di latih dari segi ilmu teori dan praktikal. Segala perincian diberikan kepada mereka sebagai persediaan untuk digunakan sebagai sumber membuat keputusan ketika berada di lapangan nanti. Bakal sniper perlu benar-benar faham segala maklumat ke tahap yang sangat mendalam, mampu membuat segala kiraan dalam kepala setiap kali berhadapan dalam situasi genting.
Menjadi sniper dalam bisnes
Kebetulan semua yang saya lihat di atas tadi berlaku secara bertubi-tubi dan saya lihat kaitan antara belajar, berusaha memahami, menguji kefahaman, dan berhadapan dengan ujian adalah cara hidup orang yang mahu menggunakan setiap detik kehidupannya ke tahap yang maksimum untuk melonjakkan potensi diri yang Tuhan kurniakan pada dirinya.
Bayangan itu masuk ke dalam otak saya dan timbul pertanyaan, kenapa saya tidak jadikan cara hidup pelajar Harvard atau pelatih sniper sebagai cara saya menjalankan usaha mencari rezeki?
Idea itu berjaya kembalikan semangat untuk saya bergerak kembali aktif menguruskan syarikat perniagaan dan kerja-kerja cari makan yang saya jalankan sekarang. Prosesnya adalah sama sahaja dalam perniagaan.
Apa yang mahu dicapai > Mencari jalan ke sana > Menguji kefahaman secara amalan > Lihat keputusan.
Jika keputusannya betul, alhamdulillah, tercapai sudah sasaran. Jika keputusannya salah, buat pembetulan dan cuba lagi sehinggalah berjaya.
Cabaran dalam perniagaan
Dalam bisnes ada 7 perkara penting yang perlu saya uruskan dengan baik. Perkara tersebut adalah seperti berikut.
- Tabiat Taukeh - Sikap yang wajib ada pada tokey adalah seperti bersemangat, fokus dan bina network
- Kewangan - Pantau P&L dan tingkatkan keuntungan agar syarikat mampu berkembang menjadi lebih baik.
- Pengurusan Pekerja - Membina syarikat yang dibangga oleh para pekerja untuk berada di dalamnya.
- Pemasaran - Pastikan lebih ramai pelanggan sasaran tahu dan faham apa yang syarikat dapat membantu mereka menjadi lebih bagus atau menyelesaikan masalah mereka.
- Jualan - Bina kepercayaan terhadap syarikat
- Sistematik - Pastikan semua urusan rutin berjalan dengan lancar dan konsisten dan pelanggan mendapat apa yang dijanjikan.
- Kejutkan pelanggan - Jadikan pelanggan teruja dan rasa ingin kongsikan pengalaman mereka mendapatkan khidmat dari syarikat kepada orang lain.
Saya perlu buat persediaan terhadap setiap satu tersebut di atas, mencari maklumat, menetapkan sasaran dan berusaha mencari jalan bagi mencapainya. Insyaallah, moga dipermudahkan segala urusan tersebut. Berjaya pun bagus, tak berjaya pun bagus.
Mungkin ada yang menyesal tidak menjadi seorang pelajar yang baik yang cuba menyerap ilmu dari para guru ketika bersekolah dahulu. Yang berlalu biarlah ia berlalu. Anda masih dapat tebus sesalan itu sekarang dengan menjadi seorang pelajar semua. Pelajar dalam memahami kehidupan ..
No comments:
Post a Comment
Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !