Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, May 27, 2008

Mencipta Peluang Jualan

  Mohd Shubhi       Tuesday, May 27, 2008
Pagi-pagi lagi saya dah keluar rumah hari ini. Tak sempat jogging di padang seperti yang biasa saya buat sebelum ke pejabat. Saya kena bergegas ke Dewan Bankuet Majlis Bandaraya Shah Alam(MBSA) untuk membuat persiapan pameran sempena Seminar Sistem Demerit yang diperkenalkan oleh MBSA kepada semua pengendali premis makanan seluruh kawasan MBSA. Seminar akan bermula seawal pukul 8 pagi hari ini di dewan tersebut. Saya dijemput oleh pihak MBSA untuk mengambil bahagian dalam program separuh hari itu bagi mempamer atau mempromosikan syarikat Kawalan Serangga saya iaitu Knockout Fumigation Sdn. Bhd. Kawalan serangga merupakan salah satu aspek yang penting dalam industri pemakanan. Ia merupakan salah satu kriteria yang diambil kira dalam sistem pendemeritan. Sebab itu syarikat saya dijemput bagi sama-sama memeriahkan seminar tersebut.
Bagi para pekerja jualan syarikat saya, ini merupakan satu pengalaman baru bagi mereka dalam membuat promosi dalam satu seminar. Saya amat teruja sekali untuk melihat bagaimana mereka hadapi pengalaman baru ini. Ada 2 syarikat kawalan serangga lain yang sama-sama mengambil bahagian dalam pameran itu. Saya harus pastikan meja pameran saya dapat menarik seramai mungkin pengungjung.
Strategi yang saya lakukan adalah dengan menyediakan cenderamata yang berupa pen dan buku nota kecil yang saya minta syarikat gergasi Bayer menyumbangkan pada saya khas untuk pameran tersebut. Mereka juga menyumbangkan pamplet mengenai racun serangga dan juga tayangan VCD mengenai kawalan serangga perosak. Ada penghias latarbelakang juga di sedia untuk kami. Semua itu saya dapatkan dengan percuma. Apa yang saya sediakan sendiri hanyalah borang promosi yang saya tawarkan kepada semua pengungjung meja pameran saya dengan tawaran perkhidmatan separuh harga bagi semua yang mendaftar pada hari seminar tersebut. Di samping itu saya juga mengedarkan pamplets menceritakan tentang syarikat dan perkhidmatan yang saya tawarkan.
Saya juga berdiri di depan bersama dengan seorang lagi staf jualan syarikat sambil menjemput mesra memujuk mereka berdaftar dengan syarikat saya untuk mendapatkan perkhidmatan yang ditawarkan hari itu. Alhamdulillah strategi saya berjalan lancar dan saya berjaya mencipta peluang bernilai sebanyak RM10,000.00 sebaik tamat saja seminar itu pada pukul 12 tengahari.
Apa yang saya dan staf saya pelajari hari ini amat bermakna dan memberikan keyakinan yang lebih tinggi kepada staf jualan saya untuk mencipta kejayaan yang lain. Bagi saya ini satu lagi kejayaan dan bukti bahawa kita hanya perlu kreatif untuk mencipta jualan walaupun dengan mengeluarkan kos yang sedikit sekali atau hampir tiada. Dalam seminar itu kos saya cuma RM6.00 iaitu kos photocopy borang promosi dan juga pamplet. Yang lain semuanya percuma !.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Mencipta Peluang Jualan

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !