Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, August 23, 2008

Ingat saya banyak duit...?

  Mohd Shubhi       Saturday, August 23, 2008
Setelah lebih 5 tahun berkecimpung dalam dunia keusahawanan ini saya dapati saya menghadapi satu masalah yang amat tidak menyenangkan berlaku kepada diri saya. Rata-rata semua sahabat saya yang saya kenali menganggap saya banyak duit, hidup senang dan mempunyai perniagaan yang maju. Itulah yang saya rumuskan melalui komen dan anggapan mereka kepada saya.
Ini di buktikan lagi apabila tidak kurang pula rakan-rakan yang sering meminta bantuan kewangan dari saya apabila mereka memerlukannya. Kalau sekadar ratusan ringgit dapatlah juga saya menghulurkan bantuan itupun sebenarnya amat perit bagi saya, namun saya gagahi juga. Ada juga yang memohon bantuan beribu ringgit malah ada yang sampai berpuluh ribu ringgit.
Bagi yang ribuan ringgit kadang kala saya tunaikan juga dengan cara saya mengorbankan keperluan saya dan mengutamakan mereka yang meminta. Ada yang terus mendiamkan diri tidak lagi menghubingi saya dan tidak menjawab panggilan saya. Ada juga yang selamba sahaja menjawab tak ada duit apabila diminta.
Bagi yang memohon puluhan ribu ringgit kepada saya untuk saya pinjamkan saya biasanya terus menolak sahaja, kerana saya memang tak ada. Seringkali saya berterus terang mereka seperti tidak percaya. Mungkin mereka ingat saya mempunyai simpanan ratusan ribu ringgit.
Wahai sahabat sekelian, selama saya berniaga ini memang saya tak ada duit, saya bukanlah ada apa-apa keistimewaan untuk dibekalkan dengan modal yang banyak untuk membesarkan perniagaan saya, maka kecillah perniagaan saya, kecillah hasil jualan saya, kecillah juga keuntungan saya, cukup untuk menyara operasi saya yang kecil. Segala keuntungan saya pusingkan semula untuk pembesaran syarikat. Saya secara peribadi hanya mengambil gaji yang cukup untuk menyara kehidupan keluarga saya sahaja. Tidak ada lebihan yang boleh saya belanjakan seperti orang lain yang mewah.
Kalau simpananpun cuma dalam bentuk insuran diri, dan program pendidikan anak-anak. Tidak pernah saya mengambil wang hasil dari keuntungan syarikat untuk kegunaan peribadi. Bagi saya membina syarikat adalah keutamaan, kerana saya mahu ia menjadi tinggalan saya untuk jenerasi yang akan datang. Bagi diri saya cukuplah hidup sekadar apa yang ada.
Lagi pun saya punyai rakan niaga, walaupun saya merupakan pemegang saham besar tidak bermakna saya boleh buat apa saja, kalau saya mahu mereka kekal lama dalam syarikat saya. Memang saya sering terfikir adakah saya tersilap dengan berbuat begitu...? Percayalah dalam hati saya saya cukup teringin menolong semua kawan saya yang dalam kesusahan namun saya masih belum ada kekuatan dan sumber yang selayaknya untuk menunailannya buat masa ini. Doakan lah semoga saya dikurniakan kekuatan itu. Amin...!!!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Ingat saya banyak duit...?

Previous
« Prev Post

1 comment:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !