Tuesday, 4 November 2008

Bersangka Baik

Posted by   on


Ada sekali saya solat berjemaah di sebuah masjid di Puchong. Di sebelah saya ada seorang lelaki berumur dalam linkungan awal lima puluhan sama-sama bersolat di situ.

Lelaki tersebut kelihatan amat susah sekali untuk duduk ketika berada dalam kedudukan di antara dua sujud. Dia terkial-kial untuk membengkokkan kakinya untuk duduk. Kakinya kelihatan amat keras sekali.

Selesai solat saya ke belakang sedikit sambil memerhatikan lelaki tersebut. Apa yang terlintas di fikiran saya pada ketika itu adalah perasaan simpati padanya namun dengan prasangka yang buruk.

Saya membual kesimpulan ketika itu bahawa tentu lelaki tersebut tidak membiasakan dirinya bersolat sejak zaman remajanya, maka itulah sebabnya ia nampak keras. Saya teringat di akhirat nanti ada manusia yang tidak dapat bersujud kepada Tuhan apabila diperintahkan untuk bersujud akibat dari kelalaian mereka dari bersolat semasa hidup.

Keesokan harinya kaki saya terhantuk dengan kuat pada kereta manyebabkan ia membengkak dan sukar untuk saya berjalan dan melipatkan kaki saya. Akibatnya saya bersolat dengan amat payah untuk duduk antara dua sujud persis lelaki yang saya lihat kelmarin.

Tersedarlah saya betapa buruknya pemikiran saya yang menyangka buruk pada orang lain. Allah telah membalas secara kontan pada saya. Sedarlah saya yang mungkin lelaki kelmarin itu telah mengalami keadaan yang sama.

Saya menyesal dengan kesimpulan saya yang bodoh tersebut dan memohon ampun pada Allah dan mendoakan lelaki yang saya buruk sangkakan kelmarin.

Saya berazam tidak akan sekali-kali membuat kesimpulan yang sebegitu di masa akan datang. Berbaik sangkalah pada orang lain, ianya adalah lebih baik pada diri kita dan dapat mengelakkan rasa bangga diri dan merasakan diri kita lebih baik.

2 comments:
Write comments
  1. As'kum En.Shubhi..
    Salam singgah, banyak pelajaran & bimbingan daripada blog En.shubhi. terima kasih..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikom salam En Zaidon. Terima kasih.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter