Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 10, 2008

Deepavali

  Mohd Shubhi       Monday, November 10, 2008

Deepavali sudah dua minggu berlalu. Saya tak perasan hingga gagal merakamkan sesuatu, khas untuk pengganut agama hindu.

Yang membuatkan saya teringat ialah apabila semalam berlaku upacara puja besar-besaran sejak hari sabtu lalu di rumah jiran saya di Puchong Intan. Jiran tersebut baru siap menaikan taraf rumah pemujaan Tokongnya yang dahulunya kecil, kini lebih besar. Hari sabtu lalu satu Patung Berhala baru yang lebih besar telah di pasang di dalam rumah pemujaannya.

Ramai yang saya lihat hadir sepanjang 2 hari upacara tersebut. Berbagai musik dan gendang dimainkan dengan meriah sekali. Berbiji-biji kelapa telah di pecahkan di depan rumahnya. Ramai tok-tok sami yang mengendalikan upacara tersebut. Saya rasa jiran India itu tentu seorang yang amat kuat amalan dan kepercayaan dengan agamanya. Ada orang beritahu saya dia tu bomoh.

Walaupun dah terlambat saya mengambil kesempatan ini khas untuk para penganut agama Hindu di Malaysia terutamanya jiran-jiran saya yang berbangsa India dan beragama Hindu, untuk menyatakan bahawa sesungguhnya,

"Tiada Tuhan Melainkan Allah".

Percayalah cakap saya ini bahawa Tuhan itu, tidak ada sesuatupun yang menyerupainya. Apa yang kita bayangkan, sehebat manapun dalam imaginasi kita, itu adalah makhluk ciptaannya.

Apa yang kita lukiskan, pahatkan dengan kayu atau batu, hiaskan dengan berbagai selendang, asapkan dengan berbagai bauan...itu semuanya makhluk ciptaan Tuhan belaka. Tidaklah mereka punyai apa-apa kuasapun.

Allah itu, Tuhan saya, juga Tuhan kepada orang India juga kepada semua bangsa, juga Tuhan semesta alam. Dia, yang telah ada di ketika, tiada sesuatupun melainkan Dia, dan Dia, menciptakan segalanya dari tiada kepada ada, dan Dia, tetap ada sebagaimana adaNya pada azali.

Dia mengutuskan Nabi Muhammad sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir, yang membawa Al-Quran sebagai petunjuk kepada umat manusia dan jin, sebagai pembeda di antara yang Haq dengan yang Bathil, yang benar dengan yang salah.

Sekali lagi saya ucapkan kepada semua pengganut agama Hindu dan mereka yang merayakan Deepavali baru-baru ini,

"Bersaksilah bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah".

Sekurang-kurangnya saya telah menjalankan tugas saya sebagai seorang Muslim dengan menyampaikan perkara yang benar.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Deepavali

Previous
« Prev Post

4 comments:

  1. Tuan salah cakap dalam artikel ini. Tuan kena specifikkan dengan mengatakan orang "India Hindu" atau orang "Hindu" sahaja. Jika cakap orang India, ada juga orang India yang muslim macam saya.

    Jadi kita kena lebih berhati-hati dalam memilih perkataan dan berkata-kata.

    ReplyDelete
  2. Terima Kasih atas Komen tuan. Saya maksudkan spesifik kepada orang berbangsa India dan Mengganut agama Hindu, juga kepada Orang berbangsa India atau bangsa lain walaupun bukan beragama Hindu tetapi sama-sama merayakan Deepavali.

    Mungkin saya kena lebih berhati-hati lagi, namun setelah baca dua-tiga kali saya tak jumpa kesalahan dari segi ayat.

    Walaubagaimanapun memberitahu dan mengingatkan mengenai "Tiada Tuhan Melainkan Allah dan segala sifat-sifat Tuhan itu bukan hanya terbatas untuk orang Kafir sahaja, bahkan untuk orang yang dah Islam juga hendaklah selalu kita ingat-ingatkan agar kita hanya menghambakan diri kita semata-mata kepada Allah.
    Bukan kepada wang, harta, pangkat, kedudukan, kesenangan, dan lain-lain lagi.
    Jadi tak kisahlah samada India Muslim atau India Non Muslim, Melayu Muslim atau Melayu Liberal dan lain-lain.

    ReplyDelete
  3. "Saya rasa jiran India itu tentu seorang yang amat kuat amalan dan kepercayaan dengan agamanya"

    India ? Agamanya ?

    ReplyDelete
  4. "..jiran India itu tentu seorang yang amat kuat amalan dan kepercayaan dengan agamanya."

    Memang betul jiran itu berbangsa India, jadi kita katalah dia Jiran India. Sama juga bila kita kata Jiran Cina, Jiran Melayu, Atau Jiran Mat Saleh.
    "seorang yang kuat amalan dan kepercayaan dengan agamanya",

    sudah tentu agama Hindu sebagaimana yang di terangkan oleh ayat sebelum ini.
    Ini menjelaskan lagi ayat, yang lelaki berbangsa India itu kuat mengamalkan agama Hindu.

    Ayat tersebut di atas tidak lansung memberi makna yang semua Orang India beragama Hindu (Na'uzubillah - Jatuh kafir orang yang menyatakan semua orang India beragama Hindu).

    Wallahu'alam.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !