Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, November 13, 2008

Orang Tak Bayar Hutang - Jumpa Wali

  Mohd Shubhi       Thursday, November 13, 2008
Kisah yang saya nak ceritakan ini berlaku di kampung saya Kubang Semang.

Ustaz Yusuf merupakan kawan kampung saya yang menyara hidupnya dengan membuat kerja kampung. Dia seorang yang rajin menuntut ilmu agama, jadi merata tempatlah dia telah pergi di sekitar daerah utara semenanjung untuk mempelajari ilmu. Ada sekali tu dia memberitahu tentang seorang Alim lagi Soleh yang tinggal di Mahang, Kedah.

Ramai orang yang pergi menemuinya untuk berubat dan kata orang kebanyakan yang menemuinya berjaya sembuh. Ramai juga yang cakap dia tu seorang wali. Banyaklah cerita-cerita luar biasa yang disampaikan orang.

Ada dua orang kawan yang amat teringin untuk pergi menemui orang soleh di Mahan tersebut. Seorang yang kita di kampung panggil Pak Ndak. Dia menghadapi masalah matanya yang hampir buta akibat terkena serpihan benda keras ketika sedang buat kerja mesin rumput di tepi jalan. Akibat itu kontraknya ditamatkan kerana sudah tidak sesuai lagi untuk bekerja. Puas dia berubat namun tak juga cerah matanya.

Seorang lagi namanya Gazali, seorang kontraktor yang berjaya suatu ketika dahulu sebelum kegawatan ekonomi 1997 melanda. Dia agak kesempitan hidup kini. Dan dia amat lega jika orang yang berhutang dengannya dulu dapat membayar semula hutang mereka kepadanya.

Setelah berpakat dengan Ustaz Yusuf mereka bertiga telah pergi menemui orang soleh yang disebutkan oleh Ustaz Yusuf tempoh hari. Tujuannya untuk memenuhi hajat Pak Ndak dan Gazali.

Ustaz Yusuf mula memperkenalkan Pak Ndak pada orang Soleh tersebut dan menceritakan masalahnya yang banyak telah berusaha untuk cerahkan matanya semula agar dia dapat bekerja semula. Orang soleh itu memeriksa mata Pak Ndak dan dia menyediakan air penawar kepada Pak Ndak. Sekarang tiba giliran Gazali pula.

Ustaz Yusuf juga yang menceritakan perihal Gazali secara ringkas tentang ramai orang yang berhutang dengannya tapi tak bayar.

Orang soleh tu tanya berapa hutang tu, Gazali jawab banyak juga lebih dari 50 ribu.

Orang soleh itu bertanya pada Gazali samada dia kenal orang yang berhutang itu. "Kenal sangat" jawab Gazali.

Orang Soleh tanya lagi samada tahu di mana orang tersebut tinggal. "Tahu sangat" dengan yakin Gazali menjawab.

Lantas orang soleh tu kata, kalau macam tu kenapa tak pergi jumpa dengan orang yang berhutang tu dan minta padanya bayar.

"Kenapa nak minta pada saya pulak, bukan saya yang hutang dengan kamu, pergi lah minta pada penghutang itu sampai dapat" kata orang soleh itu.

Gazali tersentak dan terdiam, kemudian dia mengangukkan kepalanya perlahan-lahan, betul juga kata Gazali sambil merenung pada Ustaz Yusuf. Lantas Ustaz Yusuf terus kata " betul tu, kenapa minta kat tok pula"

Mereka pun minta diri untuk pulang dan Gazali hanya diam sepanjang perjalanan pulang itu.

Memang banyak kelebihan para wali sebagaimana yang di ceritakan dalam Quran dan juga Hadith. Ramai manusia tertarik dengan kelebihan doa para wali yang mustajab. Sepatutnya kita berusaha menjadi wali sebagai mana yang dianjurkan Quran dan Hadith kalau nak doa kita mustajab. Tapi lumrah manusia yang licik, mereka selalunya "short Cut" dengan pergi jumpa wali minta doa...
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Orang Tak Bayar Hutang - Jumpa Wali

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !