Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, November 24, 2008

Perniagaan Merentas Sempadan - Pandangan Berbeza Mengikut Budaya

  Mohd Shubhi       Monday, November 24, 2008

Dalam kita menceburi perniagaan merentas sempadan, kita terpaksa menerima bahawa budaya setiap kaum dan negara itu berbeza. Jika kita ingin mengkritik ini adalah sekadar menuang air ke daun keladi. Tidak mengubah apa-apa. Apa yang kita dapat pegang hanyalah prinsip kita kepada diri kita sendiri. (Prinsip agama ). Selain dari itu, kita hanya dapat melihat dan merangka strategi kita yang tersendiri untuk menjual produk yang sesuai atau dengan cara yang sesuai mengikut budaya setempat. 

Contoh mudah adalah pandangan kita terhadap anjing. Bagi masyarakat Muslim, kita menganggap anjing sebagai satu binatang yang jijik dan kotor. Manakala binatang yang sama dianggap sebagai binatang peliharaan paling digemari atau teman setia manusia di Amerika Syarikat. Di Perancis pula, terdapat pemilik-pemilik anjing yang akan membawa anjing peliharaan mereka ke restaurant yang paling mahal untuk makan bersama anjing peliharaan ini. Manakala di China pula, ada sesetengah anjing dijadikan binatang peliharaan dan ada pula anjing yang dijadikan makanan. 

Ini gambar anjing yang menunggu waktu untuk dibeli dan disembelih di pasar basah di pekan Ningxiang, Changsha, Wilayah Hunan di China.

Disini kita boleh nampak dengan jelas, perbezaan pandangan oleh setiap kaum, agama, bangsa dan negara adalah berbeza-beza. Maka sebagai peniaga, kita perlu untuk mengkaji latar belakang sifat manusia di sesuatu negara dahulu sebelum kita memulakan perniagaan kita, jika kita hendak benar-benar berjaya. 

Berikut di bawah adalah beberapa pengalaman saya mengenai budaya di luar negara. 

1. Di China adalah sesuatu yang teruk jika kita memuji, menyokong atau menyebut sesuatu yang baik tentang negara atau rakyat Jepun. Mungkin tidak semua orang China adalah begini, tetapi sebagai langkah berjaga-jaga, elakkan diri daripada memuji, menyokong atau menyebut sesuatu yang baik tentang negara atau rakyat Jepun. 

Ini adalah kerana dendam rakyat China terhadap pembunuhan beramai-ramai di Nanjing  pada tahun akhir 1937 hingga awal 1938. Ramai rakyat China menganggap orang Jepun adalah jahat. 

2. Makan dengan tangan - Bagi orang China atau Eropah makan dengan tangan adalah sesuatu yang tidak baik dan kotor. Di China mereka lebih selesa makan dengan 'chop stick' dan di Eropah pula dengan menggunakan sudu dan garpu. 

3.  Bagi orang India pula, adalah sesuatu yang terlarang jika orang bertanya "Awak hendak pergi ke mana ?". Jika ditanya sebegini, dipercayai kerja yang akan dibuat nanti akan gagal atau tergendala. Jadi jika berjumpa dengan orang India dan ingin sangat tahu ke mana kawan anda itu hendak pergi, tanya begini, "pergi jauh ke ?" atau "nampak gaya macam nak ke pasar, betul ke ?". Soalan-soalan begini adalah okay tetapi bukan "Awak hendak pergi ke mana ?". 

Ini tiga contoh yang biasa dan terdapat beribu-ribu lagi budaya dan kepercayaan tempatan yang kita perlu ambil kira untuk menceburi perniagaan merentasi sempadan. Insya-Allah saya akan menambah lagi di masa hadapan. 

"Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan suku puak, supaya kamu saling berkenalan. Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya." ( Ayat 13, Surah Al-Hujarat)


Shahabudeen Jalil
24 November 2008
Kuala Lumpur
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perniagaan Merentas Sempadan - Pandangan Berbeza Mengikut Budaya

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. menarik artikel ni, boleh di lanjutkan dengan lebih terperinci kerana banyak manafaatnya.
    Kita di Malaysia sendiri tentu berbeza fahaman dan kebiasaan dari daerah ke daerah, tambahan lagi terdapat berbagai bangsa seperti Cina, India, Melayu, Portugis dll.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !