Thursday, 2 April 2009

Perubahan

Posted by   on


Lumrah manusia mahukan kemajuan dan sesuatu yang sentiasa lebih baik. Apabila kita merancang sesuatu aktiviti, kita mahu aktiviti itu mendatangkan hasil yang lebih baik daripada yang dapat dihasilkan oleh orang lain.

Begitu juga apabila sekumpulan manusia mengambil alih pengurusan pentadbiran sesebuah organisasi, syarikat atau sesebuah negeri kumpulan yang baru mengharapkan mereka dapat melaksanakan tugas dengan lebih baik dan memberikan hasil yang lebih bermakna. Begitu juga harapan orang sekeliling yang melihat samada sebagai penyokong atau pengkritik.

Saya terlibat dalam kumpulan pengurusan baru petadbiran Masjid As-Salam di Puchong Perdana. Fenomena yang saya sebutkan di atas terjadi juga. Tujuan perlantikan kumpulan yang baru adalah dengan membawa satu aspirasi inginkan satu pembaharuan yang lebih mantap dan makmur.

Atas alasan tersebut diatas juga kumpulan yang baru telah terpilih oleh orang ramai ketika proses pemilihan dijalankan.

Namun memang pelik manusia ini, kerana apabila kumpulan yang baru itu melakukan sesuatu yang amat berbeza dari kebiasaan mereka mula rasa kaget atau lebih tepat lagi merasa loya. Mereka jadi begini kerana melihat sesuatu yang baru diperkenalkan yang berbaza dari kebiasaan yang diamalkan oleh orang ramai, mereka tidak dapat menerimanya walaupun dari segi hukum samada sivil atau syariah tidak ada salahnya.

Memang lumrah manusia bersifat amat susah menerima sesuatu yang di luar dari kebiasaan, kita lebih selesa dengan cara yang kita telah biasakan diri mengamalkannya atau menerimanya. Fenomena ini juga mengakibatkan kita susah menerima kebenaran berlainan dari yang kita jangkakan.

Apabila kita mahu perubahan atau hasil yang berbeza terhadap sesuatu, mahu tidak mahu kita juga harus melaksanakan proses penghasilan yang berbeza daripada amalan biasa. Adalah mustahil dari hukum adatnya apabila kita mengharapkan sesuatu hasil yang berbeza dengan mengaplikasikan methodologi yang sentiasa sama.

Seperti kata salah seorang presiden Amerika apabila ditanya erti Gila atau tak siuman,dia berkata "apabila seseorang itu mengharapkan hasil yang berlainan dengan mengulangi aktiviti atau proses yang sentiasa sama maka itu dinamakan gila"

Jika kita mengidamkan kek coklat lalu membuatnya dengan resepi kek keju, maka nampak sangan ada sesuatu yang tak betul dalam pemikiran kita. Apalagi jika kita masih juga membuatnya sebiji demi sebiji dengan ramuan dan resepi yang sama dan dengan sabar menunggu munculnya kek coklat.

Tapi itulah kejadian yang sedang berlaku. Samada di masjid As-Salam, di beberapa negeri di Malaysia ini dan juga di merata-rata organisasi.

Namun sebagai orang yang berfikiran terbuka kita harus menggalakkan orang mengkritik kita sebagai satu sumber maklumat untuk kita mengenaliorang yang sedang mengkritik itu.

2 comments:
Write comments
  1. quote itu terkenal kerana disebut oleh albert einstein

    http://frandorf.com/grief-and-loss/grief/mccainpalin-insanity-is-doing-the-same-thing-and-expecting-a-different-result/

    dan kemudian disebut oleh dalam kempen McCain dan Palin.

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Anggaplah perubahan itu sebagai hijrah kepada sesuatu yang lebih baik...asalkan perubahan itu ke arah kebaikan.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter