Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, April 23, 2009

What your doctor doesn't know about nutritional medicine may be killing you

  Mohd Shubhi       Thursday, April 23, 2009

Saya sedang membayar ubat yang saya beli dari sebuah pharmacy di S Alam, saya terlihat di tepi kaunter bayaran, tersusun banyak buku di dalam sebuah kotak. Saya menghulurkan tangan mengambil sebuah untuk melihatnya.

"Sudah beratus buku itu saya jual pada pelanggan yang datang, sebuah buku yang bagus untuk semua membacanya"

Begitulah cerita bagaimana saya membeli buku yang bertajuk seperti di atas. Dan tepat seperti yang dikatakan tauke pharmacy itu, memang sebuah buku yang bagus dan saya juga telah mengesyorkannya kepada ramai kawan saya.

Buku ini banyak memberikan maklumat kesihatan dan penjagaan kesihatan. Siapa yang menghadapi masalah kencing manis, gaut, kanser, hilang ingatan, arteri tersumbat, sakit jantung, selaput mata dan lain lain lagi...saya amat mengesyorkan anda beli dan baca buku ini.

Ada satu bahagian yang saya amat tertarik apabila penulis menceritakan tentang mata manusia. Penulis yang merupakan seorang doktor insaf sekali bahawa segala ciptaan anggota dan sistem tubuh badan bukanlah sesuatu yang berlaku secara rawak, tanpa ada sesuatu yang Maha Hebat, Maha Mengetahui Maha Halus, yang menjadikannya.

Sedangkan sebatang pen yang ringkas yang mengandungi dakwat di tengahnya dan dibaluti dengan plastik dan tidak hidup kita menolak mentah-mentah jika dikatakan ianya terjadi dengan sendiri apatah lagi jika kita melihat kejadian diri manusia.

Jika anda seorang yang sihat bacalah juga buku ini, anda akan kagum dengan kejadian diri kita di alam sel dan plasma yang berada dalam diri kita sendiri.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, What your doctor doesn't know about nutritional medicine may be killing you

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Salam.
    Semakin dikaji kekuasaan ciptaan Tuhan, semakin terasa kerdil dan semakin terasa hina manusia di sisiNya.

    Itulah ilmu yang dicari.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !