Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, May 11, 2009

Nizar : Menteri Besar Perak yang sah

  Mohd Shubhi       Monday, May 11, 2009

Mahkamah Tinggi KL hari ini mengumumkan bahawa Nizar merupakan MB Perak yang sah. Ini membuktikan segala kesabaran dan perjuangan untuk mempertahankan haknya dan hak rakyat adalah bukan sesuatu yang hentam kromo.

Dia tetap dengan pendiriannya dan percaya tindakannya adalah benar dan bukan seorang yang sengaja mahu derhaka, atau kurang ajar seperti mana yang dituduh oleh mereka yang tidak sealiran dengannya.

Sudah tentu penyokong PR akan berpuas hati dengan keputusan ini dan berkata kerajaan sengaja mahu meraih simpati kepercayaan rakyat, terutama untuk meraih simpati pengundi Penanti.

Penyokong BN pula akan berkata keputusan ini adalah contoh bahawa kerajaan tidak menggunakan segala jentera kehakiman untuk kepentingan parti memerintah. Tuduhan PR selama ini adalah palsu dan berniat jahat.

Yang pastinya para penyokong BN dan PR boleh menilai dengan perkembangan ini adakah mereka bertindak mengikut perasaan dan nafsu terhadap kes ini selama ini atau mereka bertindak mengikut akal yang waras dan pertimbangan yang adil.Elok kita berfikir sejenak segala reaksi kita sebelum ini sejak kes ini bermula.

Tapi pihak BN mungkin merasa keputusan ini bukan lah satu masalah bagi mereka kerana mereka kini mempunyai speaker dewan yang berpihak kepada mereka. Mereka telah berjaya menyingkirkan speaker PR dalam sesi DUN 7 Mei baru-baru. Persoalannya adakah perlantikan speaker baru mengantikan V Sivakumar merupakan perlantikan yang sah.

Tindakan selanjutnya yang akan dilakukan oleh BN ialah mengadakan undi tidak percaya terhadap Datuk Seri Nizar dan menjatuhkannya.

Bagi pihak Nizar pula sudah tentu tindakan yang pertama sekali dia lakukan adalah dengan memohon menghadap Sultan bagi memohon perkenan Sultan sekali lagi agar Dewan Undangan Negeri dibubarkan agar mandat diberikan semula kepada raktyat untuk membuat keputusan mereka.

Dalam hal ini, Sultan Perak tentu dapat menilai kedudukan negerinya sekarang yang amat bercelaru jika DUN tidak dibubarkan segera. Untuk tidak memanjangkan kecelaruan rakyat Perak, Sultan Perak dapat memainkan peranannya dengan bijak tanpa memihak kepada mana-mana parti politik. Sudah tentu sebagai Sultan yang prihatin kepada rakyatnya akan memberikan hak menentukan pentadbir negeri Perak kepada rakyatnya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Nizar : Menteri Besar Perak yang sah

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !