Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, December 4, 2009

Doa Turun Bala Kepada PM - Takut Pada Tuhan !

  Mohd Shubhi       Friday, December 4, 2009

Kecoh dibuatnya orang Umno apabila Tok Guru Nik Aziz menyeru agar orang ramai mendoakan kebinasaan PM Malaysia kerana tidak memberikan royalti minyak kepada negeri Kelantan sehingga ada yang menggesa Tuan Guru letak jawatan, ada juga yang berdemontrasi dan berbagai-bagai lagi.

Melihat kejadian yang berlaku saya berasa amat lega sekali. Terutama dan amat penting sekali ialah kerana ini membuktikan bahawa orang Umno amat takut kepada Tuhan yang bererti mereka percaya kebesaran Allah. Jika tidak manakan mereka perduli samada orang berdoa atau tidak berdoa.

Yang keduanya ialah menunjukkan bahawa mereka juga percaya kepada rasul, kerana banyak hadith yang menyatakan kelebihan berdoa, terutama mustajabnya doa orang yang dizalimi. Dan mereka juga yakin akan doa adalah senjata orang mukmin.

Mereka menjadi gempar dan takut bukan kepada Tok Guru, tapi kepada saranan Tok Guru, dan Tok Guru pula bukannya menyuruh orang ramai sendiri menghancurkan PM jika masih menyekat hak royalti negeri Kelantan. Tok Guru hanya suruh orang berdoa kepada Allah, Yang Empunya segala isi langit dan bumi ini. Biarlah Allah menentukan mustajab atau tidak mustajab doa orang ramai. Tiada aksi fizikal yang disarankan oleh Tok Guru, tak ada orang yang akan angkat senjata, hanya angkat tangan mengadah dan mengadu kepada Yang Maha Adil.


Terpulanglah kepada yang nak kena didoakan bermuhasabah dirinya berlandaskan hukum hakam syariat samada apa yang dilakukannya zalim atau tidak zalim. Inilah masanya para ulama penasihat PM berijtihad secara jujur untuk memberikan fatwa mereka kepada PM.

Apa nak takut Berani Kerana Benar ! Syabas Tok Guru kerana menghidupkan prinsip rukunegara kepada rakyat Malaysia, Percaya Kepada Tuhan.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Doa Turun Bala Kepada PM - Takut Pada Tuhan !

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Astaghfirullah hilazim. Sesungguhnya Allah maha mengetahui termasuk apa yg tersembunyi dihati kita. Dan Allah jua maha adil.

    ice.

    ReplyDelete
  2. eeza,
    Benar sekali apa yang anda kata!

    ReplyDelete
  3. awangsulung,
    Terima kasih atas komen anda

    ReplyDelete
  4. bos, setuju bos..
    kenapa bos tak jawab pun komen saya
    hehe

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !