Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, February 1, 2012

Muslim Sejati Perlu Elakkan 'Twitter' - Fatwa Terbaru Mufti Besar Saudi !

  Mohd Shubhi       Wednesday, February 1, 2012
Mufti Saudi
Twitter menjadi landasan memfitnah dan penyebaran pembohongan. Itulah alasan yang membuatkan Mufti Besar Saudi, Sheikh Abdul Aziz Al-Shaikh mengeluarkan fatwa terbarunya menyatakan sebagai seorang muslim sejati kita perlu mengelakkan penggunaan media social Twitter kerana ia membuatkan manusia jadi keliru.

Banyak juga tuduhan serta fatwa-fatwa yang mengelirukan dikeluarkan dengan menggunakan media sosial Twitter dan ada juga tuduhan-tuduhan liar serta memperlekehkan sesama ulama berlaku di sana-sini apabila tidak sependapat. Beliau memberikan nasihat yang biasanya menjadi fatwa dalam khutbah jumaatnya baru-baru ini.

Yang menjadi musykil sedikit bagi kita adalah baru-baru ini Putra Al-Waleed Bin Talal melaburkan sebanyak USD300 juta ke dalam saham Twitter sebagaimana yang dilaporkan di dalam Digital Journal !!!

Apakah seorang muslim sejati boleh melabur pada tempat yang perlu dielakkan oleh muslim sejati???itu kita kena tanya Putra Al-Waleed

Baca laporan Fatwa Mufti Saudi kat sini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Muslim Sejati Perlu Elakkan 'Twitter' - Fatwa Terbaru Mufti Besar Saudi !

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Muslim sejati juga wajib elak baca surat khabar, tonton TV dan dengar radio sebab media tersebut juga menyebarkan fitnah. Muslim sejati juga kena pindah duduk dalam gua sebab rumah kediaman sekarang juga boleh membawa fitnah. Jangan guna mobil atau handfon sebab semuanya boleh membawa fitnah juga.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !