Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, January 30, 2012

Sosej Lembu Ramly Ada Babi Adalah Fitnah !

  Mohd Shubhi       Monday, January 30, 2012
Berikutan tulisan saya yang bertajuk Sosej Lembu Ramly Ada DNA Babi - Siapa Pemilik Ramly Burger Sebenarnya?  yang saya tulis hasil daripada email yang diedarkan dalam ruang maya kepada ramai saudara muslim yang menuduh 2 perkara:

  1. Sosej lembu berjenama Ramly mengandungi bahan babi.
  2. Dato' Ramly telah menjual syarikatnya kepada orang bukan Islam.
Tindakan pantas telah dilakukan oleh pemilik syarikat tersebut menafikan segala tohmahan berkenaan babi dan beliau juga menafikan telah menjual syarikatnya kepada non-muslim. Berikut dilampirkan penafiannya di bawah:

01hb Disember 2011


Kepada 

YANG BERKENAAN



PENAFIAN FRANKFURTER BERJENAMA RAMLY MENGANDUNGI DNA PORCINE (KHINZIR)



Perkara di atas adalah dirujuk.



Kami menafikan sama sekali dakwaan tersebut. Tidak pernah dalam amalan pembuatan kami dan perniagaan kami berlaku perkara sebegini. Proses pembuatan kami diselia rapi oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar, JAKIM dan jabatan lain yang berkaitan sebagai mengekalkan prestasi pembekal produk halal (lampiran sijil JPV / surat Pejabat Kesihatan Daerah Kulim).



Saya, Dato’ Haji Ramly Bin Mokni, isteri dan keluarga merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly dan tanda niaga RAMLY, adalah seorang muslim dan amat menitik berat soal hukum halal haram dan perniagaan yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat ini diurus oleh 1,000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak memungkinkan melakukan perkara yang ditegah oleh agama. (lampiran carian syarikat SSM). 



Kami juga mempunyai jabatan halal yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Rafizie Bin Kastor (berkelulusan dalam bidang syariah dari Universiti Sains Islam Malaysia) dan kami juga telah menubuhkan jawatankuasa halal dalaman yang dianggotai oleh semua jabatan terlibat dalam pemprosesan untuk mengeluarkan produk mengikut standard manual JAKIM (lampiran sijil halal JAKIM / keputusan ujian DNA makmal Technology Park Malaysia Biotech). 



Pengguna boleh berhubung terus dengan Bahagian Hub Halal JAKIM ditalian 03-8315 0200 untuk sebarang penjelasan lanjut (jika ada).



Terdapat penggunaan pembungkusan bukan milik Ramly Food Processing Sdn Bhd dengan nombor batch yang tidak tepat, dan perkara ini dalam tindakan polis dan pejabat kesihatan bagi mengenalpasti pihak-pihak yang melakukan sabotaj terhadap produk kami.



Dalam keadaan ini kami memberi amaran terhadap mana-mana pihak yang sedang atau cuba memfitnah terhadap produk dan organisasi Kumpulan Syarikat Ramly supaya memberhentikan perbuatan ini serta merta dan kami tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan sivil atau jenayah fitnah terhadap pihak-pihak yang masih melakukan perbuatan ini.



Sila ambil perhatian tegas mengenainya.



Yang benar,



DATO’ HAJI RAMLY BIN MOKNI

Pengarah Urusan

Kumpulan Syarikat Ramly 

---------------------------------------------

Assalamualaikum. 


Saudara / saudari yang dimuliakan, berhubung dengan dakwaan kononnya pemilik syarikat Ramly telah bertukar tangan kepada individu bukan islam adalah suatu fitnah dan tidak benar sama sekali. Pengasas syarikat Ramly iaitu Dato’ Hj. Ramly Bin Mokni bersama isteri, Datin Hajjah Shala Siah Binti Abdul Manap merupakan pemilik 100% kumpulan syarikat Ramly adalah seorang muslim yang telah bertapak lebih dari 30 tahun serta syarikat diurus oleh 1000 orang kakitangan yang 100% muslim tidak mungkin melakukan perkara yang ditegah oleh agama.

Sebarang pertanyaan lanjut, saudara / saudari boleh berhubung di talian 03-61842972.

Sekian, terima kasih.




Mohamad Rafizie B Kastor,

Eksekutif Hal Ehwal Islam - Halal,



Ramly Food Processing Sdn Bhd,

No. 1-4, Jalan 37/10A, 

Taman Perindustrian IKS, 

Mukim Batu,
68100 Kuala Lumpur.
Mobile: 6013-2989406
Tel: 603-6184 2972 Fax: 603-6187 4924


Satu email juga telah dihantar kepada saya menyatakan rasa kesal dengan tulisan saya dan mengarahkan saya menarik balik tulisan tersebut dalam masa 48jam. lihat lampiran di bawah:
Assalamualaikum,

Merujuk kepada perkara di atas, kami keluarga Ramly Food Processing Sdn Bhd berasa kesal atas pendedahan
tersebut kerana ianya berunsur fitnah.

Tulisan tuan blog mengelirukan dengan fakta-fakta yang salah menyebabkan pengguna membuat kesimpulan yang
salah.

Tuan blogger boleh berhubung dengan pihak kami untuk maklumat lanjut dan pihak tuan blogger diberi masa 48jam
untuk memadam kandungan tersebut.

Sekian, terima kasih.

Yang benar,
Shaiful Azwa Bin Zakaria
Penolong Pengurus
Pejabat Pengurus Besar
Ramly Food Processing Sdn Bhd

Berikut saya lampirkan juga email yang telah diedarkan di dalam dunia cyber berkanaan tajuk yang sama yang mencanangkan cerita bahawa sosej Ramly tidak halal dan syarikat Ramly kepunyaan non-muslim:

Date: Thu, 26 Jan 2012 10:56:18 +0800

Subject: Jawapan kpd email RAMLY Frankfurter(Sosej) Lembu Ada DNA Khinzir.


To: 




Macam mana Jakim nak inform public. Sijil halal berdasarkan pada tempat proses yg sama semasa permohonan. Pertukaran owner syarikat tak ada kena mengena dengan pengiktirafan sijil halal sebab pekerja masih sama dan nama syarikat masih sama. “Dah lama dah”…..cina menggunakan cara ini utk menyakinkan orang islam. Beli syarikat melayu atau syarikat yg dah ada sijil halal. Mudah ringkas cepat dan Berjaya mengabui mata orang islam. Lagi nama pulak “RAMLY” sama juga dgn pau “AHMAD” yang tertipu umat “MUHAMMAD”. Nak tawakal tapi sekarang dah tau, maka terbatalah tawakal kita tadi. Tukarlah jenama baru “AGROMAS” 100% bumiputra FAMA punya. Kalau dia menghidangkan yg tak halal juga terpaksalah dia tanggung. Wallahuallam. 

  

  

Untuk pengetahuan semua rakan2, setelah aku berjumpa dengan Datuk Ramly “Ayahanda Negeri Selangor”dia bukan lagi pemilik Ramly Burger. Pemilik barunya adalah 1 tokey cina. Terjualnya syarikat tu setelah dia teraniaya oleh sahabat beliau sendiri yg menjual syarikat tersebut kepada tokey cina nie didalam keadaan Datuk Ramly kesempitan wang dulu. So kesimpulannya jenama melayu tapi bukan hak milik orang islam lagi. 
  
Sekian harap maklum. 
  
  



Picture (Device Independent Bitmap)Picture (Device Independent Bitmap)Picture (Device Independent Bitmap)



Bagi memenuhi permintaan pengirim email, saya akan menarik balik artikel tersebut daripada siaran ramai.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sosej Lembu Ramly Ada Babi Adalah Fitnah !

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !