Wednesday, 15 February 2012

Apa hubungkait kematian Whitney Houston dengan jaringan gol Aaron Ramsey?

Posted by   on


Aaron Ramsey

  • Whitney Houston ditemui meninggal dunia di dalam sebuah hotel pada hujung minggu baru-baru ini dan punca kematiannya masih tidak diketahui.
  • Aaron Ramsey ialah seorang pemain bolasepak antarabangsa yang bermain untuk pasukan Arsenal.
  • Bagaimana dua bidang yang berlainan itu mempunyai hubungkait apabila salah seorang menjaringkan gol dan seorang lagi mati keesokan harinya? Lihat fakta menarik di bawah ini:
    • Pada 1hb May 2011 Ramsey menjaringkan gol dalam perlawanan Arsenal menentang Manchester United, keesokan harinya Osama Laden mati ditembak askar Amerika.
    • Pada 2hb Oktober 2011 Ramsey menjaringkan gol dalam perlawanan Arsenal menentang Tottenham Hotspur, tiga hari kemudia Steve Job meninggal dunia.
    • Pada 19hb Oktober 2011 Ramsey menjaringkan gol dalam perlawanan Arsenal menentang Olympique Marseille, keesokan harinya Muammar Gaddafi ditembak mati.
    • Pada 11hb Februari 2012 Ramsey menjaringkan gol dalam perlawanan Arsenal menentang Sunderland, 12 jam kemudian Whitney Houston ditemui mati di dalam bilik hotelnya.
  • Teori konspirasi di atas mula berlegar di kalangan peminat bolasepak dan ramai berharap Ramsey berhati-hati jika mahu menjaringkan gol...!!!
  • Pelik tapi itulah fakta dan menjadi perbualan hangat yang meletakkan kematian Whitney Houston mempunyai hubungkait dengan jaringan gol Aaron Ramsey.
  • Sebagai orang Islam, mempercayai semua itu adalah amat bertentangan dengan akidah kita.
Sumber: the Malay mail, 14 Feb 2012, ms 42

2 comments:
Write comments
  1. nasihat saya.. kalau dah tau bertentangan ngan akidah..lebih baik jangan adakan posting ini.
    ini hanya akan menambahkan kepada kepercayaan karut-marut

    ReplyDelete
  2. gghhuu,
    nasihat tuan tidak diterima kerana terlalu berfikiran sempit dan tidak terbuka sedangkan kepercayaan karut marut sentiasa ada dan mereka yang mengenali mana lubang berada sahaja akan mampu mengelakkan dan tak akan terpijak ke dalam lubang.

    ReplyDelete

Hey, we've just launched a new tips for small business blog. You'll like it - hidupringkas.com
Join Our Newsletter