Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 6, 2012

Kesian Kat Ramly Burger!

  Mohd Shubhi       Monday, February 6, 2012
Tadi baru disiarkan dalam berita utama TV3 keluhan Dato' Haji Ramli, tuan punya jenama terkenal Ramly Burger tentang sebaran fitnah terhadap makanan keluaran syarikatnya yang dikatakan mengandungi dna babi.
Sekali lagi beliau terpaksa menafikan segala khabar angin palsu tersebut yang banyak disebarkan melalui internet sekian lama yang banyak menggugat pasaran barangan keluarannya.
Ini patut menjadi iktibar kepada kita agar melepaskan tanggungjawab terhadap kedudukan barangan keluaran syarikat dalam negara kita kepada pihak yang bertanggungjawab. Jika pihak berkuasa telah menyatakan bahawa barangan tersebut adalah halal maka elok kita pegang saja kelulusan itu tanpa ada rasa ragu-ragu sehinggalah diberitahu sebaliknya secara formal.
Kepada Dato' Haji Ramli didoakan agar beliau bersabar dengan dugaan yang sedang dihadapinya dan moga dugaantersebut berjaya diharunginya dan seterusnya menjadikan ia satu titik mula kepada kejayaanya yang lebih hebat lagi. Insyaallah
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kesian Kat Ramly Burger!

Previous
« Prev Post

1 comment:

  1. Itulah sebahagian daripada asam garam yang pahit ditelan bagi usahawan Melayu sama ada yang ternama mahupun yang baru menempa nama. Ada kalanya fitnah dan tohmah ini datang daripada saudara sebangsa dan seagama. Sedih, tapi itulah hakikatnya. Patutnya bersaing secara sihat.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !