Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, May 30, 2013

Sarapan pagi semua ada

  Mohd Shubhi       Thursday, May 30, 2013
Kalau di KL, restoran yang paling aku suka untuk bersarapan atau makan petang adalah di Restoran Haslam..Ada bermacam-macam makanan di situ yang jarang ada di kebanyakan restoran lain. Kalau nak makan ubi kayu rebus digaul dengan kelapa parut aku sanggup bawa kereta jauh untuk ke sana.

Begitu juga kalau nak makan lempeng pisang. Makan tengahhari juga di restoran Haslam memang best. Macam-macam lauk pauk ada di sediakan. Satu lagi kelebihan restoran itu selain daripada pilihan makanan yang berbagai, jumlah pekerja juga ramai dan servisnya cukup cekap dan pantas.

Cuma kadangkala masalah tempat duduk tak berapa cukup. Mungkin itu satu strategi untuk menampakkan restoran sentiasa ramai memenuhi tempat duduk. Atau mungkin memang dah tak boleh buat apa lagi untuk besarkan kedai.


Kalau nak bersarapan di restoran yang banyak pilihan di Shah Alam pula aku terjumpa satu tempat yang agak menarik. Makanannya semua ada tapi disediakan ala-ala hotel berdasarkan konsep tempat penyediaan makanan yang banyak mengikut jenis makanan yang ditawarkan.

Restoran itu dinamakan Panmour Villa Shah Alam yang berupa sebuah tempat penginapan dan juga restoran. Lokasinya adalah berdepan dengan Hospital KPJ di Seksyen 19. Bila sebut ala hotel tentulah harganya agak mahal sikit daripada restoran biasa.

Sebagai contoh, harga segelas nescafe adalah RM3 dan segelas air suam adalah RM0.50!. Mahallah jugak dan kalau nak berjimat tak sesuai pergi ke situ. Roti canainya berharga RM1.20, lebih 20 sen daripada biasa.

Tapi rasanya boleh tahan dan servisnya jugak pantas sebab jumlah pekerja yang disediakan untuk melayan pelanggan juga ramai. Makanannya perbagai dari western, mamak, melayu, dan lain-lain. Kita boleh tengok menu dan buat pilihan ikut rasa perut.

Aku rasa kalau nak majukan restoran kena penuhi syarat pekerja ramai agar servisnya mantap dan orang rasa selesa. Pilihan makanan tak perlu banyak sangat supaya kita tak rambang mata sampai tak tahu nak pilih yang mana.

Sesiapa yang nak promosikan restoran dia, boleh jemput aku pergi makan kat sana dan aku akan bawa satu keluarga dan ambil gambar untuk buat liputan samada bagus atau tak bagus. Jangan risau takut aku tak bayar....aku buat kerja promosi ni sukarela dan belum sampai ke tahap pro lagi!!! cuma sekadar hobi.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Sarapan pagi semua ada

Previous
« Prev Post

3 comments:

  1. Replies
    1. Restoran Haslam tu di depan KPJ Hospital berdekatan juga dengan Pusat Perubatan Tawakal berhampiran Bulatan Pahang

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !