Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, June 16, 2013

Kenangan belayar #3 - Pemandangan lautan

  Mohd Shubhi       Sunday, June 16, 2013
Kalau anda mencari sesuatu yang dapat membuatkan minda terpukau dan leka. Pemandangan lautan adalah jawapannya. Saya boleh duduk leka melihat temasya warna sambil dihempas lembut angin sejuk di atas dek kapal selama dua atau tiga jam tanpa disedari.

Apa yang lebih menarik lagi adalah selama itu, otak seakan-akan berhenti berfikir!. Subhanallah! itu saja yang sering terlintas dalam kepala. Indahnya!!!, itulah yang diulangi dalam kepala.


Setiap kali cuba melayan fikiran untuk memikirkan tentang masalah atau perniagaan atau apa saja, dalam sekelip masa semuanya hilang tanpa disedar dan anda akan mula leka dan terpesona dengan keindahan alam. Begitulah setiap kali saya termenung atas dek kapal terutamanya diwaktu petang.

Akhirnya saya ambil keputusan untuk tak perlu fikir apa-apa, senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum!!!! Betul kata Kapten kapal, kalau ada masalah besar mananpun, lompat naik kapal dan belayar, semuanya tidak akan difikirkan sepanjang pelayaran. Bukan tak nak fikir, memang tak akan boleh fikir!

Berikut saya paparkan suasana petang pemandangan sepanjang pelayaran awal dari Port Klang menuju ke Melaka dan kemudiannya ke Singapura. Apa pendapat anda dengan apa yang saya paparkan di sini. Adakah saya berjaya sampaikan suasana damai keindahan yang saya rasakan sepanjang perjalanan atau tidak? Anda lihat sendiri gambar di atas dan bayangkan pipi anda sedang ditiup angin nyaman tak henti-henti....

Kalau anda dapat rasakan, maknanya saya berjaya merakamkan apa yang nak saya sampaikan....
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Kenangan belayar #3 - Pemandangan lautan

Previous
« Prev Post

No comments:

Post a Comment

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !