Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, October 23, 2013

3 cara mudah kawal tahap kolestrol

  Mohd Shubhi       Wednesday, October 23, 2013
3 cara kawal kolestrol
Dah mula cari maklumat kawal tahap kolestrol.
Maklumat atau cara kawal tahap kolestrol mula mendapat perhatian sejak mendapat keputusan saringan kesihatan daripada klinik baru-baru ini.

Kata doktor tahap kolestrol jahat berada pada paras garisan antara ok dan tak ok. Bacaannya lebih dikit dari 6.

Kali akhir saringan kesihatan dibuat adalah dalam 4 tahun yang lalu.

Masa itu tergerak nak buat saringan kesihatan bila tiba-tiba rasa nak pitam, berpeluh tapak tangan dan meloya. Fobia kena serangan jantung sering menghantui sebab memang ada keturunan mati awal diserang jantung.

Boleh dikatakan hampir kesemua keturunan sebelah ayah meninggal dunia awal akibat serangan jantung. Biasanya bukan setakat masalah kesihatan jantung saja, macam biasa kawan rapat kepada sakit jantung seperti kencing manis, darah tinggi turut sama ada pada darah keturunan sebelah ayah.

Faktor keturunan dalam masalah jantung buat diri risau

Semua orang tahu bahawa faktor keturunan merupakan salah satu faktor penting menentukan seseorang itu akan turut sama terkena tempias masalah jantung atau tidak. Oleh itu bila ada saja sintom serangan jantung seperti rasa sakit dada, berdebar, berpeluh tapak tangan, lenguh bahu atau meloya rasa nak pitam atau sesak nafas, perkara pertama yang terlintas adalah serangan jantung.

Itulah yang dirasai 4 tahun lalu yang membuatkan saya terus ke sebuah hospital swasta berdekatan untuk melakukan pemeriksaan. Alang-alang ke sana habis semua jenis pemeriksaan dilakukan. Daripada jantung, darah dan juga air kencing semua dilakukan.

Hasil dari pemeriksaan ada yang baik dan ada yang buruk. Saya khabarkan yang baik terlebih dahulu. Pemeriksaan itu yang dilakukan di hospital swasta di Shah Alam dilakukan oleh doktor pakar dan dia mengesahkan saya sihat wal afiat tanpa ada masalah pada jantung, kencing manis, darah tinggi atau lain-lainnya.

Malah tahap kolestrol saya juga berda di tahap yang cukup baik dengan tahap kolestrol baik cukup tinggi dan tahap kolestrol jahat berada dalam tahap yang cukup rendah. Doktor kata jantung saya sihat samada ketika berdegup kencang atau dalam keadaan normal. Saya dapat lihat sendiri bagaiman injap masuk keluar darah ke jantung bergerak laju macam sirip ikan dari skrin komputer.

Berita tak baiknya adalah jumlah bayaran yang terpaksa dikeluarkan untuk semua pemeriksaan tersebut di atas adalah sebanyak RM1,800.00. Kalau kena buat pemeriksaan yang sama setiap tahun mengalahkan kos bayar insuran dan roadtax nampaknya. Tapi doktor kata keadaan kesihatan yang ada masa itu tak memerlukan saya kerap periksa.

Kali ini dapat kupon dari SOCSO untuk pergi buat saringan kesihatan secara percuma. Apa lagi! peluanhg baik percuma macam tu tak boleh dilepaskan. Dan diringkaskan cerita semuanya ok kecuali tahap kolestrol sahaja perlu dibaiki.
"Ketahui 10 amalan gaya hidup sihat mudah untuk diamalkan dengan baca artikel ini"

Petua kawal tahap kolestrol

Setelah disemak dan dirujuk daripada maklumat di internet dan daripada bacaan, maka inilah 3 cara mudah nak kawal tahap kolestrol yang paling menarik dan boleh dilakukan:

  1. Tidur
  2. Bergerak
  3. Makan
Ya! teknik yang diberikan di atas cukup mudah dan memang kita lakukannya setiap hari dalam kehidupan. Semua orang tidur, bergerak dan makan dan tak perlu belajar untuk buat kesemua itu. Itulah petua yang didapati dari buku Eat Move Sleep tulisan Tom Rath. 

Kawal tahap kolestro dengan tidur

Tidur sebenarnya adalah amalan yang dapat kawal hampir kesemua pengakit samada jiwa atau fizikal. Tidur mesti cukup dan berkualiti untuk merehatkan badan dan mengoptimumkan semua fungsi pemulihan yang ada secara sunnatullah pada diri setiap manusia.

Badan kita, Masyaallah!, Allah jadikan cukup hebat. Boleh dikatakan badan mampu mengubati sendiri apa saja masalah sakit yang kita dapat ketika hidup kecuali mati. Tak payah dapatkan dadah atau ubat moden untuk membantu badan berubat sendiri.

Kecuali jika ada keperluan bantuan dari luar seperti tulang terkeluar dari sendi atau seumpamanya, badan kita ada semua bahan untuk merawat serangan penyakit daripada virus atau luka atau selainnya. Fungsi rawat sendiri yang ada dalam badan akan optimum jika kita mendapatkan rehat yang cukup dan berkualiti setiap hari. Oleh itu jangan main-main dengan tidur anda untuk kawal tahap kolestrol.

Kawal tahap kolestrol dengan bergerak

Maklumat terkini mendapati jumlah orang mati sebab kurang bergerak melebihi jumlah orang mati sebab merokok atau kanser atau HIV jia dikumpulkan semuanya sekali. Ini maklumat mengejutkan jika anda tak pernah ambil tahu betapa pentingnya bergerak.

Banyak kajian dah membuktikan bahwa manusia perlu bergerak dan tubuh badan manusia direka untuk bergerak dan bukannya untuk duduk malas. Tetapi sekarang kita kat rumah duduk tengok tv, pergi kerja duduk dalam kereta dan masuk kerja duduk depan meja.

Bila masanya kita bergerak berjalan tanpa duduk? Jika anda duduk selama 2 jam berturut-turut, tahap kolestrol baik akan turun sebanyak 20% senang-senang sahaja. Bayangkan jika duduk lebih dari 6 jam berturut-turut!

Kawal tahap kolestrol dengan makan

Nak sihat perlu makan. Pantang makan alamat nak cari nahas. Tapi nak makan apa yang penting untuk diperhatikan. 

Mula-mula pastikan kita jangan lepas bersarapan, jangan lepas makan tengahari dan jangan lepas makan malam. Ada orang yang tahan tak makan dan bila makan disumbat masuk perut penuh sampai tersandar tak boleh bangun. Itu bukan amalan sihat sebenarnya. Makanlah bila lapar dan berhentilah sebelum kenyang. Itu amalan terbaik.
"Jika anda nak kuruskan badan sila dapat ebook Jom Langsing segera"

Makanan yang baik untuk kawal tahap kolestrol

  1. Buah-buahan - Petuanya mudah sahaja. Makanlah buah-buahan yang warnanya berbagai dan terang-terang bersinar. Kombinasi semua buah itu baik untuk kesihatan manusia.
  2. Sayur - Dapatkan sumber protein daripada sayur-sayuran lebih banyak berbanding daripada sumber daging merah seperti lembu atau kambing. Sayur kegemaran saya yang bagus untuk kawal kolestrol adalah brocolli, bunga kobis, bayam dan asparagus
  3. Kekacang - Dapatkan sumber protein dari kacang seperti almond, walnuts, pistachio dan lain-lain.
  4. Makanan laut - sumber protein dari laun lebih baik dari daging merah. Makanlah ikan lebih banyak berbanding daging
  5. Daging ayam - Daging ayam juga lebih bagus dari daging merah seperti kambing atau lembu. Kerap makan ayam lebih bagus untuk mereka yang ada kolstrol tinggi.
Begitulah secara ringkasnya cara mudah kawal tahap kolestrol. mudah bukan? Sumber gambar

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 3 cara mudah kawal tahap kolestrol

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. tu yang tak tahan kalau hospital swasta ni....

    ReplyDelete
  2. Saya ingin berkongsi ilmu mengawal paras kolesterol dan mengurangkan risiko sakit jantung yang saya perolehi melalui testimoni2 para penyelidik yang saya dapati dari Youtube (Sila layari Youtube dengan carian "Hibiscus Tea" untuk mendapat maklumat tambahan. Caranya amat mudah iaitu dengan meminum teh bunga raya pagi dan petang. Cara membuat teh bunga raya amat mudah, iaitu dengan mengambil 10 hingga 15 kuntum bunga raya dan buang tampuk hijaunya. Basuh kelopak2 bunga tadi dan celur dalam air mendidih (2 atau 3 liter)hingga hilang warnanya. Buangkan hampas bunga, tambah gula secukup rasa dan untuk menambah sedap perahkan dua biji limau kasturi atau lemon.Minum cara panas atau disejukkan terlebih dulu dalam petisejuk.Saya sendiri adalah pengidap tekanan darah tinggi dan kandungan kolesterol dalam darah dan telah hampir 13 tahun menelan ubatan dari hospital. Apabila saya mengamalkan kaedah ini dan membuat pemeriksaan doktor takanan darah dan kandungan kolesterol dalam darah turun ke tahap normal. Sebenarnya amalan meminum teh bungaraya ini amat meluas di Hawaii dan Amarika Selatan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas perkongsian. Nampak mudah nak amalkan. Insyaallah nak cuba amalkannya segera. Sekali lagi terima kasih!!! Jazakaallahuqaira!

      Delete
    2. boleh buat satu entri langkah demi langkah tentang penyediaannya. Silakan bro

      Delete
    3. Dah buat ...tengok latest post. TK

      Delete
  3. baguslah sebab semua orang nak hidup sihat kalau sakit susah nak nak buat kerja pergerakan pula agak terbatas

    ReplyDelete
  4. Bosan tiada sales dalam program affiliate pay per sale (PPS) yang anda sertai? KINI, komisyen anda dibayar hanya memerlukan KLIK sahaja!

    http://iklansticky.com/hop.php?ref=ffila89

    ReplyDelete
  5. semua jenis bunga raya ke

    ReplyDelete
    Replies
    1. setahu saya yg dimaksudkan ialah rosselle atau dikenali sebagai asam paya dll. Rosselle adalah juga dari species bunga raya. Satu masa dulu ianya banyak di tanam dan di proses sebagai minuman di malaysia.

      Delete
  6. Hospital kerajaan 5 rm je tapi keputusan semingu la tapi puas hati semua cek. Klu swasta makmal darah kena bayar kerajaan free je

    ReplyDelete
  7. tq for the info...bnyk membantu :) bnyk lagi rupanya kena kaji psl kolesterol nie... :D

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !