Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, January 31, 2014

Cara tunjuk arah paling cool dalam Bahasa Inggeris

  Mohd Shubhi       Friday, January 31, 2014
belajar bahasa inggeris
Antara banyak-banyak tempat belajar Bahasa Inggeris, saya rasa ITM atau sekarang dikenali sebagai UiTM merupakan institusi pengajian tinggi yang cukup baik memberikan ilmu belajar Bahasa Inggeris pada pelajarnya.

Saya tak pernah masuk mana-mana universiti atau institusi pengajian tinggi lain selain daripada UiTM. Jadi tak berapa pasti bagaimana matapelajaran Bahasa Inggeris diberikan pada kesemua para pelajaran di universiti lain selain dari UiTM.
"Jangan lepaskan peluang belajar Bahasa Inggeris sendiri dengan mudah, Klik di sini segera"
Kalau anda belajar di UiTM, setiap semester, pelajaran Bahasa Inggeris merupakan salah satu subjek yang mesti ada. Para penaga pengajarnya memang saya kagum kerana berjaya memberikan pengalaman belajar Bahasa Inggeris yang mantap.

Ketika membuat latihan amali atau yang biasa kita practical training di salah sebuah syarikat GLC pada semester akhir di UiTM dulu, saya diberikan kenderaan bersama pemandu syarikat oleh majikan untuk bertugas di HQ. Ketika naik kenderaan syarikat saya berbual dengan pemandunya yang merupakan seorang yang berbangsa India.

Berkomunikasi dalam bahasa inggeris dengan drebar

Hebatnya pemandu syarikat ini adalah dia lebih selesa dan fasih berbahasa Inggeris daripada Bahasa Melayu. Lalu saya mahu tak mahu perlu berbual dengannya dalam bahasa inggeris. Banyak perkara yang diperbualkan sepanjang perjalanan. Saya menceritakan pengalaman belajar dan dia menceritakan pengalaman jadi pemandu.

Ketika hampir sampai ke HQ, dia bertanya semula di pusat pengajian tinggi mana saya belajar. Saya katakan ITM. Dia anggukkan kepala dan berkata Oooo!. Saya bertanya kepadanya kenapa?.

Dia kata patutlah saya boleh berbahasa inggeris dengan baik. Dia ingatkan tadi saya belajar di UTM. Menurut pemandu itu, dia biasa bertemu dengan banyak juga pelajar melayu yang datang buat practikal training di syarikat itu. Biasanya para pelajar melayu UiTM lebih bagus komunikasinya dalam bahasa inggeris berbanding pelajar dari universiti lain.

Itu hanya pandangan daripada seorang pemandu. Saya tak boleh pastikan kebenarannya kerana tidak ada kajian formal terhadap keupayaan para pelajar berkomunikasi dalam bahasa inggeris serta perbandingan antara pusat-pusat pengajian tinggi yang ada di negara kita.

Latihan tunjuk arah dalam Bahasa Inggeris

Kembali pada kisah asal yang nak saya kongsikan di sini. Kisah bagaimana kami pada satu hari di dalam kelas Bahasa Inggeris belajar memyampaikan panduan tunjuk arah dalam bahasa inggeris.

Setelah pensyarah memberikan beberapa panduan tentang tunjuk arah dalam bahasa inggeris, tiba pula giliran kami cuba untuk bangun dan memberikan panduan kepada orang yang bertanyakan arah ke sesuatu tempat.

Masing-masing bangun mengikut giliran dan pensyarah akan bertanya seperti, "excuse me!, can you show me how to go to Pejabat Pos?". Setelah menerima soalan begitu maka pelajar akan menjawab dengan menyusun perkataan yang betul dan memberikan arahan dalam bahasa inggeris untuk ke pejabat pos. Perkataan seperti turun left, turn left, go straight dan lain-lain mesti ada.

Akhirnya tiba pada giliran salah seorang kawan kami dari Kelantan. Bila dia bangun, pensyarah terus bertanya, " Can you please show me how to go to Police Station?"

Maka dengan selamba kawan kami itu berjalan keluar dari tempat duduknya menuju ke pintu kelas. Kami semua hairan melihat gelagatnya yang nampak macam nak keluar dari kelas. Apa yang dia nak buat?.

Sampai dekat pintu, dia berhenti dan berpaling pada pensyarah lalu berkata, "Come! follow me!, I will show you!".

Apa lagi, kami semua ketawa dengan gelagatnya yang bersahaja itu. Pensyarah juga turut ketawa. Terdengar rungutan kawan kami itu, susah sangat nak explain, bawa terus pergi ke sana lebih senang!

Itulah kenangan belajar tunjuk arah paling cool dalam Bahasa inggeris. sumber gambar


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Cara tunjuk arah paling cool dalam Bahasa Inggeris

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. Hehehee, nasib baik cuma balai polis je. Kalau tanya jalan ke mentakab, naya jugak tu!

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !