Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Monday, February 17, 2014

Bagaimana saya mula terjun dunia blogging

  Mohd Shubhi       Monday, February 17, 2014
sejarah mula blogging

Semua yang ada blog sendiri tentu ada sejarah blogging yang telah dilalui disebalik aktiviti blogging yang dia jalankan sekarang. Saya juga ada sejarah blogging tersendiri dan ingin dikongsikan di sini untuk mereka yang belum lagi ada blog. Mungkin anda juga boleh mula amalkan blogging selepas membaca artikel ini.

Mula blogging sebab nak belajar menulis

Semuanya bermula bila saya rasa cemburu dengan orang yang berupaya menulis berbagai buku. Saya rasa tak puas sekadar bercakap hanya kepada kawan-kawan sahaja untuk meluahkan pendapat. Capaiannya terlalu sempit bila hanya beberapa kerat manusia saja yang dapat mendengar idea atau luahan yang ada dalam kepala ini.

Apa yang difikirkan juga banyak datangnya dari pembacaan. Juga dari pengalaman serta hasil mendengar apa yang diperkatakan orang. Dari aktiviti membaca jugalah saya lihat ada peluang untuk saya melakukan perkara sama.

Orang yang buat buku berjaya menyampaikan ideanya. Jalinan dari pemerhatian dan pendengaran serta pembacaan yang masuk ke mindanya lalu disampaikan pula pada orang yang sudi membuka dan membaca bukunya.

Oleh itu saya lihat kalau nak pastikan suara dalaman didengari, samada ketika tidur atau ketika sedang bermimpi, samada ketika hidup atau setelah mati, saya perlu fikirkan dan usahakan aktiviti menulis. Dan saya mula mencari maklumat bagaimana mahu menulis kerana itu langkah pertama sebelum berupaya menulis buku.

Cari jawapan bagaimana menulis

Saya mula mencari jawapan bagaimana nak menulis. Siapa saja yang ada buat buku saya akan tanya bagaimana nak menulis. Saya juga tanya bagaimana nak buat atau menulis sebuah buku.

Hampir ksemua jawapan yang diterima adalah mulakan menulis. Ringkas saja jawapan yang saya terima. Semua orang kata "menulislah! mulakan menulis!...". Saya tak faham dengan jawapan tersebut.

Sehinggalah berjumpa seorang kawan yang dah ada blog. Dia merupakan seorang yang rajin menulis. Dah banyak buku yang pernah dibuatnya. Ada juga novel yang ditulisnya. Dia juga mencadangkan agar saya mula menulis.

Tapi dikembangkan lagi cadangannya dengan menyarankan agar saya buat satu blog dan menulis di blog itu. alu dapatlah saya satu lagi kerja, iaitu bagaimana nak buat sebuah blog.

Setelah bertanya sedikit sebanyak, saya mula google perkataan 'blog'. Saya baca blog blog yang muncul dan cuba fahami apa itu blog. Pada asalnya saya fahami bahawa blog ini adalah diari seseorang yang mahu catitkan aktiviti atau apa-apa saja sebagai menggantikan diari buku yang biasa di pakai selama ini.

Dari google juga saya mengikuti langkah satu demi satu untuk buat blog dan lahirlah blog pertama saya yang dinamakan sebagai wartashubhi.blogspot.com

Wartashubhi jadi permulaan dunia blogging

Mulanya saya hanya mencatitkan apa-apa saja maklumat yang telah dibaca ke dalam blog. Setiap kali selesai menulis saya akan beritahu pada kawan yang perkenalkan tentang blog tadi agar dia cuba membacanya. Kemudiannya saya minta komen.

Respon darinya sentiasa positif dan amat menggalakkan sekali. Saya semakin seronok untuk menulis dan menulis. Selesai menulis saya beritahu lagi dan begitulah berterusan. Tidak berapa lama kemudian saya sedar bahawa kawan itu sebenarnya tak pernah membaca apa yang saya tulis.

Saya mula berfikirkan cara untuk mencari orang lain pula yang sudi membaca blog saya. Tidak boleh diharapkan pada kawan lagi untuk menjadi pembaca setia blog saya Tapi bagaimana nak buat agar ada orang yang sanggup baca blog Wartashubhi yang tak ada siapa kenal tu...?

Jadikan isu politik dan masyarakat sebagai tumpuan utama blogging

Oleh kerana sekitar tahun 2008, di mana tahun permulaan saya kenal dunia blog merupakan antara tahun kemeriahan dunia politik. Saya rasa isu politik tentu akan mendapat tempat di hati orang ramai. Saya juga perlu ambil tahu pasal politik dan menulis berkenaan isu politik.

Saya mula peka pada apa saja isu politik dan mula buat ulasan berkenaannya. Apa saja pendapat yang terlintas diluahkan dalam blog. Kebetulan pula penggiat politik dari kalangan Pakatan Rakyat amat aktif menggunakan platform blog untuk menyebarkan pengaruh mereka. Saya menyertai gelombang yang sama.

Ternyata pilihan untuk menulis isu politik dalam aktiviti blogging membuahkan hasil. Balog saya mula dikunjungi orang ramai. Saya dah tak perlu mengharapkan hanya kawan-kawan saja membaca tulisan di blog saya lagi.

Saya rasa seperti ada sedikit kebolehan untuk menulis dan mula rasa yakin saya boleh menghasilkan penulisan yang baik jika berterusan dengan aktiviti blogging. Memang blogging banyak membantu memahami bagaimana nak menulis. Betul kata orang sebelum ini, nak belajar menulis, mulakan menulis...!

Begitulah aktiviti blogging berkenaan isu politik dan kemasyarakatan berterusan sehinggalah masuk pilihan raya umum ke 13. Saya tarik handbrake dan mula bertanya hala tuju aktiviti blogging ini. Kenapa saya perlu teruskan atau apakah saya saya perlu berhenti.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bagaimana saya mula terjun dunia blogging

Previous
« Prev Post

14 comments:

  1. telah mula mengikuti tuan sejak wartashubhi.blogspot.com dahulu. senang dengan penulisan tentang isu semasa dan politik yang sederhana serta tidak terlalu memihak.

    apa pun, semoga sukses...

    ReplyDelete
  2. Aku dah lupa sebenarnya macam mana aku boleh terjebk dalam blogger. Yang penting masa dulu tulis kerana suka-suka berbeza dengan sekarang. Kalau pasal politik memang nak tulis tapi takut pengunjung ada yg tersinggung better tulis pasal lain.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang mencabar tulis pasal politik ni sebab sentiasa ada musuh yang tak akan suka apa saja pandangan kita. Tapi itulah latihan kesabaran yang bagus...

      Delete
  3. terbaik bos... (Y) suka suka suka! 5start

    ReplyDelete
  4. Banyak boleh belajar dengan pendapat anda di dalam dunia blog ini. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  5. Perkogsian yang berguna. Suka baca tulisan dalam blog ini.

    ReplyDelete
  6. Assalam. Tuan, teruskan usaha yg baik.

    ReplyDelete
  7. ya betul permulaan saya menulis blog pun cenderung kepada politik sederhana,

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang saya nampak dalam tulisan tuan ada kecenderungan itu...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !