Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, February 15, 2014

Proton Saga, Satria, Honda Civic, Perodua Kelisa dan Volvo

  Mohd Shubhi       Saturday, February 15, 2014
volvo s40

Berapa banyak jenis kereta atau model yang pernah anda pakai selama ini. Saya dah pakai agak banyak jenis kereta juga. Termasuklah kereta Proton Saga, Proton Satria, Honda Civic, Perodua Kelisa, Volvo S40 dan akhir sekali pakai kereta Nissa Sentra.

Bila teringat nak tulis pasal pengalaman mencuba berbagai jenis kereta dalam hidup saya, baru perasan rupanya agak banyak juga jenis kereta yang saya dan pakai selama ini. Nampak sangat rupanya agak lama dah saya melalui perjalanan hidup ini. Atau lebih tepat lagi, rupanya saya dah tua...!

Kisah Proton Saga, Satria, Honda Civic, Kelisa dan Volvo

Kereta terakhir yang masih dipakai sekarang ini adalah kereta Nissan Sentra. Mungkin selepas ini boleh dibuat satu entri khas bagaimana pengalaman saya pakai kereta Nissan Sentra untuk dikongsikan pada pembaca yang mungkin berminat nak pakai model Nissan.

Sebelum pakai kereta Nissan Sentra ni, saya dah pernah pakai beberapa buah kereta jenis atau model lain. Memang banyak cerita yang berlaku sepanjang mencuba berjenis-jenis kereta. Ada pengalaman manis, ada juga pengalaman yang ngeri dan menakutkan.

Saya juga pernah terlibat dalam satu kemalangan paling ngeri dalam hidup ketika memakai salah satu daripada kereta. Nasib baik umur masih panjang, maka saya masih mampu menulis di sini. Jom kita semak sedikit sejarah dan pengalaman saya memakai kereta-kereta tersebut di atas.

Proton saga magma


#1. Kereta Proton Saga

Ini kereta pertama yang saya pakai. Sebelum itu hanya pakai motosikal Honda EX5 sahaja untuk pergi kerja atau ke mana-mana. Saya beli second hand daripada seorang jiran di kampung yang ada kenalan dengan penjual kereta second hand. Nama dia Abang Chot.

Oleh kerana tak pandai pangsung tentang kereta, saya serahkan bulat-bulat pada Abang Chot untuk mencari kereta proton saga terbaik buat saya. Alhamdulillah memang dia pandai pilih kereta dan saya puas pakai kereta tersebut.

Salah satu kegunaan kereta ini adalah untuk bawa semua kawan-kawan saya pergi mengaji ilmu akidah pada Tuan Guru Haji Salleh di Sik Kedah. Memang berbaloi dapat gunakan nikmat untuk menambah ilmu dan mengenali Tuhan.

satria merah


#2. Kereta Proton Satria

Setelah agak lama pakai proton saga, akhirnya saya jual kereta kesayangan itu pada seorang kawan dari Sabah. Saya bertukar pula kepada kereta Proton Satria yang juga sebuah kereta second hand.

Saya beli kereta kepunyaan isteri kepada seorang kawan. Kereta itu juga cukup baik kondisinya dan saya puas memakainya. Ketika itu saya dah tinggal di KL.

Malangnya saya dan kereta satria itu terlibat dengan kemalangan ngeri. Saya yang ketika itu memandu seorang diri, masuk dibawah lori treller yang berat dan panjang sehingga keseluruhan kereta remuk dan 'Total Lost'.

Ketika kemalangan, saya dah mengucap dan bersedia untuk mati. Kereta sudah tidak dapat dikawal lagi dan saya hanya melihat keseluruhan cermin kereta berkecai di mamah oleh tayar lori yang besar. Bila tayar lori nak lenyet diri saya sendiri, saya tahan nafas dan melaung Allahuakbar!.

Saya tak pejam mata dan melihat semua keajaiban berlaku. Sebaik saja habis laungan Allahuakbar!, kereta seperti ditolak keluar dari perut lori dan berhenti statik secara tiba-tiba. Saya hanya cedera pada jari. Alhamdulillah!

honda civic


#3. Kereta Honda Civic

Hancur kereta Proton Satria, saya bertukar pulak kepada kereta Honda Civic. Memang power dan sedap pakai. Semua kereta lain yang pernah saya pakai sebelum ini dilupakan sebaik saja pakai kereta Honda Civic ini.

Saya beli second hand juga dari seorang kawan. Tapi kereta ini banyak buat hal pulak. Habis banyak duit untuk repair sana sini. Namun begitu kepuasan memakinya membuatkan tak terasa duit habis.

Setelah puas pakai, terpaksa dijual kerana saya berhenti kerja dan mahu menjalankan perniagaan. Saya perlu jimatkan kos. Perkara pertama yang saya lihat mampu membantu jimat kos adalah dengan menjual kereta Honda Civic ini.

kelisa merah


#4. Kereta Kelisa

Kelisa Merah ini antara kereta kesayangan saya kerana terlalu banyak jasanya ketika bergelumang dengan kepayahan menjadi seorang usahawan. Saya lenjan kereta ini ke mana saja dan tak rasa malu walaupun ketika berjumpa pelanggan.

Saya tabik pada ketahanan Kelisa dan kualitinya. Berbaloi dengan harga dan ramai yang tawarkan untuk beli kereta kelisa itu jika saya mahu menjualnya. Saya jaga dengan baik kereta ini dan tak pernah pula dia buat hal. Kelisa memang terbaik jika nak berjimat cermat.

#5. Kereta Volvo S40

Walaupun saya masih ada Kelisa kesayangan, secara tiba-tiba rasa berkenan pulak pada kereta Volvo S40 yang saya lihat setiap kali balik dari pejabat. Semakin lama dilihat, semakin berkenan walaupun hati kata sabar dan tak payah nak cari pasal.

Masa tu juga ada keinginan nak dapatkan BMW. Saya mula nampak semua kereta jenis itu di sepanjang jalan. Orang tua-tua kata, otak dah jadi angau. Tapi bukan angau pada perempuan. Sebaliknya pada kereta hebat. Setipa kali otak rasinaol kata sabar, tak payah layan, setiap kali itu juga mata nampak nikmat bawa kereta hebat.

Lama juga cuba bertahan dan sabar. Tapi susah nak kawal apa yang otak sering fikirkan. Mulalah cuba buat test driving kereta itu dan ini. Bila dah mula merasa duduk, tekan minyak dan memandu, semakin kuat desakan. Semakin kuat akal naik angau.

Dan akhirnya saya buat perkara paling bodoh dalam hidup saya. Saya beli juga S40 dan bermulalah pengalaman bawa kereta tersebut. Memang best sangat. Kalau selama ini saya bawa kereta kat selekoh antara Ipoh ke Sg Perak hanya dengan kelajuan 80 km sejam. Kereta itu mampu melakukan 110 atau lebih tanpa rasa risau, stabil.

Kereta S40 ini memang power, selesa dan tak bising jika sedang duduk dalam kereta memandu. Kelajuan benar-benar ikut pedal minyak yang ditekan. Nak potong kereta lain yang perlahan hanya perlu dilakukan dengan sekali tekanan rapat, dan kereta pergi berdesup dengan laju.

Cumanya kelemahan kereta S40 tersebut adalah keadaannya yang manja. Ada saja yang tak kena perlu dibaiki. Sekali baiki pula bukannya murah. Tapi sedap punya pasal duit dikeluarkan tak terasa. Lama saya pakai kereta ini dan baru saya tahu bahawa saya tak perlukan kereta sebegitu. Orang kata indah hanya sebelum dimiliki...

Rumusan pengalaman bawa berbagai kereta

Sepanjang saya bertukar dan merasa berbagai kereta hanya satu saya belajar. Walau apapun kereta yang nak kita pakai, paling baik adalah dengan mendapatkan kereta baru. Kereta second hand susah nak jangka keadaannya. Dalam 10 buah kereta second hand yang dibeli, mungkin hanya satu atau dua sahaja yang kita akan berpuasa hati dan tak berikan banyak masalah.

Sejak dari pengalaman semua itu, saya buat satu polisi dalam hidup dan juga perniagaan saya. Hanya beli kereta baru. Pastikan anda tukar kereta lama dan beli yang baru setelah digunakan antara 4 ke 5 tahun. Terutamanya jika nak digunakan untuk berniaga.

Nota: semua gambar kereta Proton Saga, Satria, Honda Civic, Perodua Kelisa dan Volvo di atas adalah gambar hiasan dan bukannya kereta-kereta yang saya pakai. Masa itu tak tergerak nak rakamkan gambar lagi.

logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Proton Saga, Satria, Honda Civic, Perodua Kelisa dan Volvo

Previous
« Prev Post

11 comments:

  1. perodua kelisa: setuju sebab saya pun pernah pakai kereta ni. puas hati dengan ketahanan enjin, cuma jodoh saya juga tak panjang atas faktor ruang dan keselesaan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah hampir 12 thn, guna kelisa. Mmg berbaloi minyak.

      Delete
    2. setuju sangat tu...tak ada yang boleh lawan lagi dalam kategori kereta saiz kecil

      Delete
  2. Pakailah kenderaan jenis apa pun asalkan mampu. bagi teman berbasikal lagi untung dan untuk kesihatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang basikal bagus...tapi jalan kaki jauh lebih baik rasanya dari segi kesihatan

      Delete
  3. pengalaman betul dah pasal tukar-tukar kereta., Nasib dalam kemalangan tu selamat. Boleh la pasni kalau ada masalah kereta rujuk kat bro. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. macam-macam pengalaman dah kena dengan kereta ni...hehe

      Delete
  4. aku pakai daihatsu charade sampai la ni..selamba je..tak banyak masalah. Sesuai la bagi aku yang low budget nih..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak pernah lagi rasa Daihatsu Charade tu..pernah jadi sebuah kereta yang baik satu masa dulu

      Delete
  5. pernah guna volvo (240 1982). volvo memang manja. tapi macam keta kebal. (dalam hati ada taman). ramai org kata kereta sama aje, tapi bagi saya lain. macam kereta kancil OK, kereta kelisa OK OK. begitulah seterusnya dari segi jenama dan harga. Apa pun jenis kereta, dont drink N drive. utamakanlah keselamatan.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !