Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, April 1, 2014

Air Janda pulang dan teratak Za'ba

  Mohd Shubhi       Tuesday, April 1, 2014
Janda pulang

Ketika pergi makan kenduri di rumah seorang kawan di Kuala Pilah, Negeri Sembilan baru-baru ini, satu banner yang menarik terpampang di tepi jalan. Tertulis ayat air janda pulang pada banner tersebut yang membuatkan saya rasa tak senang selagi tak singgah dan mencuba bagaimana rasanya air janda pulang.

Kebetulan saya dengan seorang lagi rakan pergi agak awal, jadi kami buat keputusan untuk singgah di restoran yang menawarkan minuman air janda pulang yang mana namanya amat mengancam.
Air janda cun

Berbagai persoalan timbul. Saya berborak dengan kawan di sebelah kenapa mereka berikan nama air janda pulang. Apakah ada nama tempat restoran tersebut adalah Kampung Janda Pulang. Tak ada pula saya tahu ada Kampung Janda Pulang di sepanjang jalan menuju ke Kuala Pilah itu.

Kenapa air janda pulang

Inilah satu persoalan yang masih tak ada jawapan sampai sekarang. Berbagai teori yang kami keluarkan terhadap pemilihan perkataan air janda pulang sebagai salah satu daripada menu minuman yang mereka sediakan.

Jika diikutkan hubungan air dengan janda pulang, terbayang juga cerita yang mengghairahkan. Bila janda pulang,, mungkin kedudukan menjanda yang lama membuatkan ada unsur-unsur ghairah bila dikaitkan dengan air...?
janda idaman

Atau mungkin air bancuhan janda yang pulang sudah lama diidamkan. Janda yang berpengalaman mungkin cekap membancuh air. Maka jika diberikan air janda pulang, akan membuatkan orang lelaki yang kaki minum kedai akan terliur dan singgah pergi minum air janda pulang.

Walau apapun, nama air janda pulang itu berjaya membuatkan saya singgah terlebih dulu di sebuah restoran tepi jalan sebelum terus ke Pekan Kuala Pilah makan kenduri. Sampai di situ, kami tak perlu berfikir untuk menempah air, kasi satu air janda pulang !, ringkas dan tak sabar!.

Tak berapa lama menunggu, datanglah air janda pulang dihidangkan depan mata. Apa lagi kami sama-sama menghirupnya. Memang lazat!, menghilangkan dahaga! berkhasiat!, dan saya terbayangkan janda pulang...tetapi kabur siapa gerangan janda itu.
Rumah Za'ba

Sengaja saya tak berikan maklumat habis terhadap air janda pulang. Biar pembaca bayangkan sendiri bagaimana rupanya air, rupa janda, dan keadaan janda bila dia pulang! Tuliskan saja bayangan anda bagaimana rupanya Air Janda Pulang.

Habis Air janda pulang singgah ke Teratak Za'ba

Selepas pekena air janda pulang, kami tertawa puas. Idea menamakan air janda pulang memang berkesan. Saya yakin pembaca yang tak tahu dah mula teringin nak cuba rasa bagaimana rasa air janda pulang.

Selepas pergi makan kenduri, kami balik ikut jalan jauh. Dari Kuala Pilah menuju ke Kuala Klawang, Jelebu, masuk Ulu Langat dan sampai ke Cheras. Dalam perjalan itu terserempak papan tanda ke Teratak Za'ab. Tak pernah tahu akan kewujudannya, lalu kami singgah.

Banyak kazanah dan sejarah tinggalan Pendeta Za'ba dipamerkan di situ. Rasa macam nak rakamkan semua yang ada tetapi jelas dimaklumkan tidak boleh ambil gambar di dalam teratak za'ba. hanya ambil gambar diluar. Jadi rakaman gambar luar sajalah yang dipamerkan di sini.

Saya ada baca kisah atau biography Pendeta Za'ba ini. Kisahnya amat menarik. Dari kecil sampai besar Za'ba hidup penuh pengalaman. Dia mencintai ilmu dan boleh dikatakan hampir seluruh dunia telah dijelajahinya walaupun dia hidup di zaman sebelum merdeka.
Janda bergetah

Orang kata jauh perjalanan luas pemandangan. Memang tepat sekali. Pemandangan Za'ba memang luas. Selain daripada pakar dalam ilmu bahasa, Za'ba sebenarnya banyak menghasilkan penulisan ilmiah keagamaan.

Tetapi pandangannya liberal di zaman kehidupannya waktu itu, tidak hairanlah banyak penulisan agamanya tidak berapa digemari di zamannya. Dan jika dilihat balik, pandangan yang liberal masa itu sebenarnya merupakan pandangan popular di zaman kita.

Setakat itu saja coretan kisah perjalan kali ini. Air janda pulang dan teratak Za'ba.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Air Janda pulang dan teratak Za'ba

Previous
« Prev Post

9 comments:

  1. keyword janda itu..cukup power untuk menarik perhatian kaum lelaki dan memberi rasa cemburu kepada para wanita....sekadar pendapat saya

    Sehingga jumpa lagi dan salam ukhuwah dari admin Blog Mesra SEO

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau nak power lagi kena tambah muda selepas janda!

      Delete
  2. salam bro...bagus kerna info nie..nnti nak ke sana lak..menikmati air janda pulang...hehehehe?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pi cuba sekali, lalu saja jalan menuju ke Pekan Kuala Pilah tu ada restoran tepi jalan, Warisan apa tak tau, terlupa le pulak.

      Delete
  3. Janda umo 60 - 70 tahun cik abg oii yg ramai kat kuala pilah...senaling...batu kikir...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe, patut ler sedap rasa air bancuhannya, ada aura penyayang...

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !