Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, September 9, 2014

Makan ayam goreng di restoran Cina, kota Bharu

  Mohd Shubhi       Tuesday, September 9, 2014
Ini lanjutan daripada artikel yang lalu berkenaan permusafiran saya ke negeri Kelantan dan penginapan di Kota Bharu. Banyak idea muncul dalam kepala apabila melihatkan suasana meriah negeri Kelantan.

Paling ketara di sana adalah komuniti usahawan yang majoritinya di penuhi oleh orang Melayu Kelantan. Itu satu pemandangan berbeza jika dibandingkan dengan pemandangan suasana perniagaan di pusat-pusat bandar lain di negara kita.
Makan ayam goreng di restoran Cina, kota Bharu

Walau bagaimanapun, orang Cina tetap ada dan kehadiran mereka tetap menonjol. Bila bercerita tentang pengedaran barangan secara borong, taukeh Cina masih menguasai padang. Bila saya berbincang dengan para pengusaha bengkel kenderaan, mereka tak dapat lari daripada mengambil spareparts daripada para taukeh Cina.

Cuma di kawasan Machang sahaja agak berbeza. Pengedaran barangan spareparts kenderaan di kawasan sana dikuasai oleh usahawan Melayu, yang turunkan barang berkontena untuk menjadi bekalan para pengusaha workshop di kawasan tersebut. Namun sudah tentu mereka juga mendapat bekalan daripada taukeh lain yang lebih besar berbangsa Cina.

Ringkasnya, walau ke mana kita pergi dalam suasana perniagaan di negara kita, bayangan orang Cina akan tetap wujud dan usahlah kita nak nafikannya. Adalah lebih baik bekerjasama dengan orang Cina dan rapatkan serta jalin hubungan yang positif untuk kepentingan semua pihak.

Makan ayam goreng restoran Cina

Bila sebut tentang orang Cina, salah seorang rakan yang bersama saya pernah tinggal di Kota Bharu sebelum ini untuk beberapa bulan mahu tunjukkan pada saya satu Restoran Cina  yang terkenal katanya.

Hari itu dia ajak makan tengahari burung puyuh goreng di kedai makan Cina tersebut. Mendengar nama burung puyuh goreng saja sudah membuatkan saya rasa lapar sangat. Jadi tak sabar untuk menunggu tengahari untuk pergi makan di situ.

Kami akhirnya sampai ke Restoran yang dimaksudkan hampir pukul 3 petang. Dah lewat sangat untuk makan tengahari, nak buat macam mana urusan tak habis untuk datang awal. Kedai itu namanya Restoran Hover, air orang Cina buat dan nasi pula adalah jualan orang Melayu.

Sesampai di sana hanya tinggal ayam goreng sahaja. Tapi bukan sebarang ayam goreng kerana semuanya adalah ayam kampung. Kawan saya ambil satu besen beberapa ketul ayam goreng macam lepas geram. Saya rasa agak pelik pada mulanya.

Kemudiannya bila tengok ramai lagi orang lain yang masuk ke restoran itu buat perangai yang sama, saya sedar itu dah jadi macam satu amalan biasa. Orang datang ke situ untuk makan nasi sedikit saja dan kemudiannya ratah ayam goreng beberapa ketul.

Ada telur penyu dihidangkan atas meja

Oleh kerana saya tak pernah lagi seumur hidup makan telur penyu, kali ini saya berpeluang untuk merasainya. Ada orang cerita betapa sedapnya makan telur penyu ini dan saya pun mencuba sebiji dan ikut macam yang kawan suruh.

Kupas sedikit saja pada kulit telur tersebut dan hisap masuk ke dalam mulut. Saya buat macam itu dan terus hirup. Perghhh! masin. Texturnya saya tak suka langsung dan saya tak pasti kat mana sedapnya telur penyu itu.

Orang kata telur penyu terlalu kaya dengan kolestrol. Hari itu saya hanya maka sebiji dan mungkin tak ada sangat kesan kolestro dalam badan saya disebabkan telur yang sebutir itu. Tapi yang pentingnya saya dah tahu bagaimana rasanya sebiji telur penyu.

Makan buah perah di Kota Bharu

Ketika mahu masuk ke dalam restoran, saya terserempak dengan seorang makcik yang berniaga di depan pintu kedai itu. Ada selonggok buah kelihatan macam buah berangan tapi bukan buah perangan.

Saya tanya apa nama buah itu, makcik itu menjawab ianya dinamakan sebagai buah Perah. Mungkin kalau nak makannya kea perah terlebih dahulu. Saya kata tunggu, nanti nak balik saya akan beli sedikit untuk merasa bagaimana sedapnya buah perah.

Kata makcik itu rasanya sedap dan lebih sikit daripada rasa buah berangan. Makin tak sabar nak dirasa buah perah tersebut. Saya terus beli sebungkus RM2 untuk makan. Bentuknya macam buah getah dan bila dibuka isinya juga sebijik macam buah getah.

Rasa risau juga nak makan tapi saja makan juga dan ternyata rasanya lemak. Tapi ada juga yang lemak dan terlalu pahit dan ada yang kelat. Rumusannya buah itu jika sedap memang sedap sungguh dengan lemak seperti biji buah cempedak yang direbus.

Cuma masalahnya, rasanya tak konsisten. Ada yang sedap ada yang pahit dan ada yang tak boleh dimakan langsung. Tak mahulah saya makan buah yang tak konsisten sebegitu. Lebih baik makan biji buah cempedak yang direbus, lebih lemak dan konsisten rasanya.

Rasanya setakat ini dulu artikel berkenaan Kelantan terutamanya di Kota Bharu yang sempat saya kongsikan. Insyaalah akan ada lagi trip ke Kelantan selepas ini dan mungkin ada lagi perkara menarik lain yang boleh kita kongsi bersama...moga terhibur dengan laporan musafir ke negeri Kelantan ini.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Makan ayam goreng di restoran Cina, kota Bharu

Previous
« Prev Post

4 comments:

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !