Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Sunday, September 21, 2014

Perangai pelik pengidap Dementia

  Mohd Shubhi       Sunday, September 21, 2014
Penangan orang yang mengidap dementia terhadap para waris terutamanya mereka yang menjaga dan memelihara mereka sudah saya kongsikan sebelum ini di sini. 

Kali ini jom kita tengok apakah perangai pelik yang dimaksudkan sampai membuatkan ia menjadi satu platrofm menguji kesabaran yang selama ini kita sekadar ucapkannya di mulut saja.
Perangai pelik pengidap Dementia

Saya selalu ingatkan diri ini bahawa sabar itu bukan sekadar di mulut. Malah tak perlu untuk kita bagi tau kat orang yang kita ni penyabar. Itu bukan petanda sifat sabar yang ada dalam diri. Sabar atau baran hanya akan muncul di kala menerima ujian.

Bila dah hadapi kerenah orang mengidap dementia, maka di situlah dapat kita kenal sifat atau akhlak yang menjadi default dalam diri kita. Akhlak dalam keadaan sebenar dalam diri hanya ada bila saat teruji. Jadi nak tahu apa akhlak default anda, cubalah sua muka ke dalam ujian.

Apa perangai pelik pengidap dementia

Berbaik pada tajuk utama, berikut saya kongsikan perihal perangai pelik yang biasanya dipamerkan oleh para pengidap dementia.

Sayugia dingatkan bahawa saya bukan doktor, jauh lagi pakar. Apa yang dikongsikan di sini hanya sekadar untuk memperingati diri sendiri dan buat mereka yang mungkin sedang menghadapi atau bakal hadapi masalah yang sama.

Perangai buat aktiviti berulang-ulang

Pengidap dementia biasanya akan berulang-ulang melakukan sesuatu perkara. Ada kemungkinan dua sebab kenapa aktiviti berulang-ulang itu dilakukan oleh pengidap dementia.

Pertamanya, mereka mungkin dah tak ingat yang benda itu dah mereka buat baru tadi, jadi dia buat sekali lagi, lalu terjadilah amalan mengulang-ulang apa yang dilakukan.

Keduanya, berkemungkinan pengidap dementia itu sedang mengalami rasa bosan teramat sangat. Ada kebeningan dalam dunia akalnya yang memberikan isyarat kebosanan. Bila dia seorang yang biasanya sibuk, maka keinginan untuk penuhi masa diterjemahkan pada aktiviti berulang-ulang.

Tanya soalan sama berulang-ulang

Ini satu cabaran besar buat orang normal macam anda dan saya. Mana boleh tahan jika soalan yang sama ditanya banyak kali dalam tempoh masa berdekatan.

Apatah lagi jika kita dah jawab soalan tersebut dengan baik dan jelas, tiba-tiba dia tanya balik sekali lagi!. Ehhh! kan aku dah jawab tadi? mulalah nak tinggikan suara dan nak bebal.

Tapi fahamilah bahawa itu adalah perangai pelik pengidap dementia yang anda perlu terima dan selesaikan dengan bijak. Anda perlu tangkas berfikir untuk selesaikan perkara tersebut dengan suruh secara tak disedari agar dia jawab sendiri.

Hehehe! macam mana nak buat tu? saya tak tau. Tapi kalau dia asyik dok tanya pukul berapa berulang-ulang kali, anda mungkin boleh ambil jam letak kat depan matanya supaya dia boleh tengok sendiri. Kalau nak bagi mudah bawa dia duduk depan jam dinding dan kedudukan jam itu berada di paras matanya.

Satu lagi perkara penting adalah jangan bagi tahu pengidap dementia akan perkara yang akan datang seperti ada orang nak datang rumah. Silap hari bulan dia asyik ulang tanya bila orang itu nak sampai selagi perkara itu tidak berlaku. Boleh jem wooo!.

Ulang ayat sama atau ulang pergerakan sama

Pesakit dementia mungkin akan ulang ayat sama berulang-ulang macam tali kaset tersangkut. Orang yang pernah tengok kaset saja yang mungkin faham. Atau piring hitam rosak jejari, akan berlaku ulangan ayat sama bertalu-talu.

Ada juga kejadian di mana pesakit dementia akan ulang buat pergerakan sama berkali-kali. Seperti dia sat duduk satu banyun dan satu duduk sat bangun. Kita sendiri yang tengok akan menjadi lemas.

Jangan pulak hangpa pi cerkah orang tua tu!, dia bukannya senagaja buat macam tu dek oooi!. Dia berkemungkinan ada masalah tapi tak tahu macam mana nak sampaikan.

Tanya samada dia ada kesakitan, atau senak perut atau nak terkencing atau sejuk gedik atau panas bangat, atau mungkin juga dia sedang lapar dan dahaga.

Banyangkan kalau orang tua itu sebenarnya nak terberak dan hangpa fed-up pi cerekah dia, teraniayalah dia dan anda juga yang bakal terima pedahnya membasuh lantai selepas itu. Lepas tu pi marah lagi kat dia... niaya punya kerja tu.

Ulang kerja yang sama

Ini sering terjadi pada pengidap dementia. Mereka akan lap lantai berulang-ulang. Atau mereka akan lipat baju masukkan dalam beg, kemudian keluarkan kemudian masukkan balik.

Pesakit dementia juga mungkin akan susun meja dan kerusi berjam-jam sedangkan tak ada perubahan pada aktiviti menyusun yang sedang dilakukannya.

Kebiasaannya kerja yang berulang-ulang itu ada hubung kait dengan aktiviti yang sering dilakukannya sebelum ini ketika dia normal dan sihat. Macam ibu saya dia sering duduk depan singki basuh pinggan mangkuk berulang-ulang walaupun tak ada apa-apa kat singki itu selain dari berus tembaga.

Jangan pi sabotaj jika pengidap dementia sedang buat aktiviti sebegitu. Fahamilah bahwa dia sebenarnya sedang mengalami rasa kebosanan dan perlu diberikan tugasan atau perlu diajak berbicara berat.

Mungkin untuk memenuhi kebosanan itu, anda boleh bentangkan kes Tuan Guru Haji Hadi sebut Barua pada ahlinya sendiri dan minta pengidap dementia itu membahaskannya secara bebas. Yang pentingnya dia perlukan layanan atau aktiviti untuk dipenuhi jika jadi begitu.

Asyik minta nak balik

Ini juga satu perangai pelik orang mengidap dementia. Walaupun dia sedang berada di dalam rumahnya sendiri, dia akan merayu minta dibawa balik ke rumahnya.

Kalau minta sekali tak apa lagi, lalu anda terangkan yang dia sedang berada di dalam rumahnya sendiri. Tapi bila kemudiannya dia merayu lagi lebih dramatik, anda tentu akan mula rata darah terpercik ke telinga... sabar... sabar.

Untuk memahaminya anda perlu sedar jika pengidap dementia jadi begitu dia sebenarnya sedang merasakan risau yang amat. Mungkin juga dia rasa tak selamat dan terancam, sebab itu dia minta nak balik ke rumahnya.

Rumah yang dimaksudkan dalam memori pengidap dementia ini adalah keselesaan dirumah sendiri yang rasa selamat dan tenang. Juga bermaksud kerinduan pada kawan-kawan atau kenalan mereka yang selama ini memberikan ketenangan padanya.

Cuba yakinkan dia bahawa semuanya dalam keadaan selamat. Berlemah lembutlah dan picit atau belai dia supaya dia kembali rasa tenteram dan disayangi dan diselamatkan.

Kalau boleh buat lawak sampai dia gelak seperti melakonkan semula ceramah Presiden Pas membuktikan dengan nas dan hujah bahawa ahli mereka telah dibeli oleh parti PKR...contoh saja.

Asyik mita nak buat panggilan

Ada juga perangai pelik pesakit dementia ini yang asyik nak buat panggilan telefon pada orang yang sama yang mereka rapat.

Dalam kes saya ibu sering asyik nak telefon abang sulong berulang kali, kemudiannya dia asyik nak telefon abang nombor dua dan dia tak ada teringat pula nak telefon nombor empat, itu sayalah.. mungkin saya tak berapa dia marah kot...! nak kasi sedap hati.

Mulanya layan juga bila dia minta nak telefon, tapi bila kerap sangat selang tak berapa minit, barulah tahu itu tindakan luar kawalannya. Perlu fikirkan sesuatu. Nasib baik dia tak berapa ingat nak dail sendiri, kalau ingat, yang menrima panggilan akan tension jika asyik kena call sampai pukul dua tiga pagi.

Lagi perangai pelik pengidap dementia

Saya akan update lagi perangai pelik pengidap dementia selepas ini sebab dah jadi terlampau panjang pula artikel ini. Tak kan orang nak kena baca blog panjang begini, nanti tak mai dah baca blog saya kacau juga jadinya.

Insyaallah selepas ini saya cuba senarakan beberapa perangai pelik pengidap dementia untuk bacaan dan maklumat serta pedoman saya dan ada...insyaallah!
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Perangai pelik pengidap Dementia

Previous
« Prev Post

12 comments:

  1. ingat lah ibu kamu basuh berak kamu berulang-ulang masa kamu bayi melainkan kamu tak ada dubur dan berak di keluarkan di mulut macam artikel ini yang datang dari mulut dan niat yang busuk. Ada mak kamu sumbat dubur kamu dengan kain dan bukak hanya ikut jadual sebab malas nak layan berak berulang-ulang- seperti yang kamu cadangkan letak jam sebab malas nak layan bila di tanya waktu berulang-ulang.

    Seluruh artikel kamu menunjukkan rasa rimas dan jengkel kamu layan orang dimentia dan lansung tak perasaan lembut dan kasih sayang.

    Baca kata-kata kamu sendiri seperti di bawah :-

    " Mana boleh tahan jika soalan yang sama ditanya banyak kali dalam tempoh masa berdekatan."

    Mana boleh tahan kepala hotak kamu - perkataan sebegini tak patut keluar terutamanya dari anak.

    "jangan bagi tahu pengidap dementia akan perkara yang akan datang seperti ada orang nak datang rumah. Silap hari bulan dia asyik ulang tanya bila orang itu nak sampai selagi perkara itu tidak berlaku. Boleh jem wooo!."

    Boleh jem hotak kamu, - Bagitau sahaja la tak ada salahnya jawap berulang. Setaip kali jawap pahala free. Baru sikit di uji Tuhan dah nak jem-jem.

    Ada juga kejadian di mana pesakit dementia akan ulang buat pergerakan sama berkali-kali. Seperti dia sat duduk satu banyun dan satu duduk sat bangun. Kita sendiri yang tengok akan menjadi lemas.

    Lemas kepala Ketua Umum kamu sedalam 4 cm. Nak lemas apa kalau ahli keluarga sendiri?

    Tapi bila kemudiannya dia merayu lagi lebih dramatik, anda tentu akan mula rata darah terpercik ke telinga... sabar... sabar"

    Tak osah lah guna perkataan sabar - kalau keseluruh tindakan susulan dan cadangan kamu untuk dimentia dalam artikel ini tak tunjuk lansung tindakan sabar.

    Mak kau nak tepon 3 pagi apa masalah? Peringatan untuk sabar untuk Ibu sendiri sepatutnya tak perlulah sebab kita sepatutnya tak naik darah lansung pun malahan bergembira dan bersyukur melayan ibu.

    Kononnya nak sambung dan support Tony Phua la kata sorang tua tu nanyuk la ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih atas nasihat...jazakaullahuqaira

      Delete
    2. Mangkok Anon 5:54 ni cakap macam bagus... dari komen cara tulis kat atas dah tahu tahap penyabar dia yang hanyut perasan hebat... boleh blah ler anon !

      Delete
  2. Untuk perhatian pembaca. sikap pelik pengidap dimentia di atas ada untuk umum dan tidak semestinya semua pesakit dementia mengalami masalah begitu... dan bukan juga berlaku pada ibu saya...

    ReplyDelete
  3. saya ada belajar mengenai dementia dan membuat kajian kecil pada salah satu cabangan dementia (fronto-temporal dementia) iaitu perubahan salah satu komponen dalam cell otak dementia. Sememangnya dementia belum ada penawarnya lagi, diharapkan kesabaran dan perhatian saudara terhadap ibu saudara menjadi 'penawar' hari-harinya menempuh sakit dementia itu. Semoga Allah berikan kekuatan dan kemudahan kepada saudara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah! terima kasih. Kalau ada maklumat menarik tentang kajian tuan sudikanlah kongsikan di sini... tq

      Delete
  4. Saya sokong Tuan 100% kerana kita semua akan diuji Allah SWT. Harap Tuan terus bersabar dan redho kpd ketentuanNya. InsyaAllah, kita akan diberikan balasan atas kesabaran kita. Semoga Allah ampunkan segala kekurangan pd diri kita.

    Berkata-kata memang mudah tetapi melaksanakannya belum tentu kita mampu, hanya Allah yg memberikan kekuatan kpd kita.

    Abuamir

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih tuan... insyaallah moga Tuhan mengampuni segala kekurangan kita..

      Delete
  5. Bagi yang sihat sebelum penyakit datang kepada kita, selalulah kita membaca Al Quran... Bukan sahaja Al Quran sebagai penawar segala penyakit ianya juga merupakan terapi untuk otak kita...in shaa Allah mudah-mudahan Allah akan hindarkan dari penyakit yang digelar sebagai nyanyuk ini.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah, moga sama-sama kita semua dapat amalkan. Terima kasih berikan peringatan kat sini

      Delete
  6. Subhanallah.. inilah juga yg sy hadapi setiap hari bila melayan kerenah ibu. Cuma sy bertuah kerana ibu masih belum seteruk yg tuan kupaskan, alhamdulillah dia masih boleh solat dan membaca Quran. Dementia... tak seindah namanya. Terima kasih atas perkongsian. Semoga kita terus diberi kekuatan dan kesabaran. Amin

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !