Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Wednesday, October 29, 2014

Isu tepung gandum penyebab penyakit kronik - Apa kata Kementerian Kesihatan

  Mohd Shubhi       Wednesday, October 29, 2014
Persatuan pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengutarakan masalah tepung gandum yang mengandungi bahan Benzoil Peroksida untuk memutihkan tepung gandum. Bahan tersebut dikatakan boleh menyebabkan penyakit kronik.

PPIM juga mengatakan berkemungkinan tepung gandum yang diperkayakan mungkin ditambah dengan bahan yang mengandungi babi. Bahan tambahan bagi memperkayakan kandungan tepung gandum adalah Vitamin B1.
Isu tepung gandum penyebab penyakit kronik - Apa kata Kementerian Kesihatan

Untuk menambah Vitamin B1 yang bersumberkan bijirin, harganya adalah mahal. Ini akan meningkatkan kos pengeluaran. Jadi untuk jimatkan kos, bahan bersumberkan babi boleh digunakan kerana ianya adalah jauh lebih murah.

Tak pasti dengan kenyataan PPIM berkenaan isu Vitamin B1 bersumberkan babi, tapi bagi menjawab isu bahan peluntur yang boleh menyebabkan penyakit kronik, Kementerian Kesihatan Malaysia telah membuat kenyataan akhbar bagi merungkai masalah tersebut.

Kenyataan akhbar Kementerian Kesihatan Malaysia

Berikut adalah kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menjawab dakwaan Persatan Pengguna Malaysia terhadap isu penggunaan bahan peluntur dalam tepung gandum.

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengambil maklum laporan akhbar Berita Harian bertarikh 27 Oktober 2014 mengenai dakwaan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bahawa penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum boleh menyebabkan penyakit kronik. 

Benzoil peroksida adalah kondisioner makanan di bawah aditif makanan yang dibenarkan dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985 (PPM 1985). Ia dibenarkan di dalam tepung pada tahap tidak melebihi 50 mg/kg. 

Dalam hal ini, benzoil peroksida telah dinilai dan disahkan selamat untuk digunakan dalam makanan dalam jumlah tertentu oleh badan penilai antarabangsa iaitu Joint FAO/WHO Expert Committee on Food Additives (JECFA). 

Justeru, Codex Alimentarius Commission (CAC), iaitu badan antarabangsa yang ditubuhkan di bawah Joint FAO/WHO Food Standards Programme telah membenarkan penggunaan benzoil peroksida dalam tepung gandum pada kadar tidak melebihi 75 mg/kg. 

Di samping itu, penambahan benzoil peroksida dalam tepung gandum juga dibenarkan di negara Singapura, Jepun, dan Amerika Syarikat manakala Australia New Zealand Food Standards Code membenarkan ianya digunakan dalam semua makanan. 

KKM sentiasa memantau perkembangan isu-isu semasa serta bukti-bukti sains terkini berhubung keselamatan makanan. 

KKM tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan sewajarnya bagi melindungi kesihatan pengguna sekiranya terdapat bukti-bukti saintifik terkini daripada badan-badan antarabangsa seperti Codex dan JECFA yang membuktikan mana-mana bahan dalam makanan adalah berbahaya kepada kesihatan.

Ini termasuk mengkaji semula apa-apa peraturan makanan sediada di bawah PPM 1985. Walau bagaimanapun, bukti-bukti saintifik terkini tidak menyokong dakwaan bahawa benzoil peroksida adalah berbahaya kepada kesihatan.

Walau apapun, KKM sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara-perkara yang boleh mengancam keselamatan pengguna.

Sekiranya pengguna merasa ragu-ragu dengan status keselamatan sesuatu makanan yang terdapat di pasaran tempatan, pengguna boleh memaklumkan KKM melalui Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) atau Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) terdekat atau melalui laman web Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)

DATUK DR. NOOR HISHAM BIN ABDULLAH
KETUA PENGARAH KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
28 Oktober 2014
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Isu tepung gandum penyebab penyakit kronik - Apa kata Kementerian Kesihatan

Previous
« Prev Post

15 comments:

  1. Dah ada badan pemantau yg terpercaya, kita serah aje pd mrk. Too obscess, too perfectionist, kita sendiri stress, bnyk no mikir yg buruk. Semmgnya dlm mknn, air, bahkan udara kita hari ni bnyk sgt bahan cemar dan bahan kimia yg boleh memudaratkan kesihatan, tp kbnyknnya pd paras boleh diterima oleh badan badan pemantau tadi, so kita terima ajelah. Anyway this is the world we live in, tak mati sakit, mati eksiden, apa cara pun bakal mati jugak. Zaman dulu dulu, takdak kemikel pun mati jugak, kena pijak dinasor la, kena makan rimau la, kena makan buaya la, tak pun mati perang. Nak dunia yg suci bersih, sentiasa selamat, tak mati mati, kenalah masuk Syurga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pandangan yang menarik tuan anon... terima kasih

      Delete
    2. pandangan yang kurang menarik....halal DAN Toyyibah..itu matlamat umat Islam bila mencari mkanan.Bukan setakat halal tapi bersih,suci...badan kita adalah tanggungjawab kita yang dianugerahkan olehNYA..hak badan kita adalah memakan benda yang suci...Benzoyl Peroxide adalah sejenis peracun yang digunakan untuk ubati JERAWAT...bukan untuk dimakan...

      Delete
    3. Juga satu pandangan yang menarik tuan Jai Nordin, terima kasih

      Delete
  2. Nak kena lebih berjaga-jaga beli barang lepas ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. beli tepung yang tak putih... yang tak dilunturkan warnanya, ori tanpa bleach

      Delete
  3. Mesia ni semua boleh, terutama yg melibatkan keuntungan pengeluar. Sbg contoh : Kandungan klorin yg tinggi dlm air minuman/air paip. Mereka kata mana ada org mati lepas minum air paip? Sebenarnya kita lihat semakin banyak kes kerosakan buah pinggang hingga perlu didialisis. Dulu2 mana ada kes macam ni? Dijohor air yg dibekalkan kpd singapura rendah klorin tetapi bila SAJ ambil alih loji dan bekalkan air kpd rakyat johor klorin tinggi dan air kotor. Memanglah tiada yg mati "on the spot" tetapi mati perlahan-lahan dgn pelbagai penyakit kronik.

    Sepatutnya klorin digantikan dgn teknologi UV yglebih selamat spt di US dll negara maju. Banyak lagi ubat2 dll barang yg diharamkan dinegara maju masih digunakan di negara kita, janji pengeluar untung nasib pengguna terus terabai.

    Kesedaran pengguna amat rendah di mesia ni dan kerajaan sentiasa mementingkan pengeluar & pelabur.

    ReplyDelete
    Replies
    1. KKM dah beri jawapan kat atas tu... mereka galakkan aduan atau laporan berserta bantuan maklumat untuk buat perubahan polisi kalau perlu setelah dikaji...

      Delete
  4. Buah pinggang kita membuang bnyk toksin dr tubuh kita, samada yg dihasilkan sendiri oleh badan kita atau yg dtg dr luar. So, utknya berfungsi dgn baik, bnykkan minum air, 2 - 3 liter sehari semalam, bnyk kencing bnyklah toksin yg keluar. Bahkan bnyk lg kebaikan minum bnyk air ni, cuma jgn terlalu bnyk sampai jadi water intoxication pulak.

    ReplyDelete
  5. Baguslah ada orang yang prihatin macam ni, dan membuat aduan kepada pihak yang betul, bukan bertindak memviral secara membabi buta di laman social.

    ReplyDelete
    Replies
    1. viral banyak susahkan orang terutamanya kalau tak ada kepastian..

      Delete
  6. Alhamdulilllah bagus tetapi masih boleh dibaiki lagi,,saya rasa setiap organisasi perlu ada pentadbiran dan strategi yang lebih unik dan berkesan.Memikul tanggungjawab lebih-lebih lagi bagi hak pengguna terutama sekali untuk umat Islam adalah satu kewajipan yang amat berat.Saya rasa kajian yang dilakukan kurang berkesan disebabkan kekurangan bukti dan pihak-pihak pengilang besar yang kaya,raya amat mudah mematahkan hujah NGO kecil yang hanya membawa hujah tanpa bukti yang kukuh.Maksud saya disini kes tepung akan jadi sama dengan kes cadbury bezanya coklat cadbury punya bukti yang diambil secara random pun ditolak bulat-bulat.Begitu juga tepung,sebelum pengilang menolak hujah,KKM sudah terlebih dahulu melakukan tugas tersebut.Jika NGO benar-benar yakin kenapa tidak dilakukan secara sembunyi-sembunyi dan dapatkan sekurang-kurangnya 3 bukti laporan dari lab yang diperakui antarabangsa dari sample tepung yang dibeli daripada beberapa pasaraya didalam negara sahaja sebab diluar negara especially negara nasrani dibolehkan oleh kerajaan mereka.Dengan bukti yang kukuh umat islam boleh bangkit bersama-sama menolak produk yang dikatakan tidak halal.Kita sudah terlepas banyak kes-kes produk haram/babi disebabkan kelalaian dan ketidaksepakatan diantara umat islam sendiri,sampai bila?sebab yahudi dan nasrani tidak akan redha dengan umat islam selama-lamanya selagi kita tidak ikut cara atau agama mereka dalam erti kata lain mereka dengki pada umat islam dan dengki ini adalah penyakit hati yang akan melakukan apa sahaja demi mencapi tujuan mereka.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ulasan yang panjang dan menarik Puan Dr... tq

      Delete
    2. Kena balik zaman saya kecik2 dulu Kalau nak makan kuih mak buat tepung sendiri mula2 rendam beras semalaman esoknya tos dan tumbuk dengan lesung saya la... tukang tumbuk.

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !