Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Tuesday, November 4, 2014

Bacaan Lelaki sahaja! Pengaruh isteri dalam urusan naik pangkat

  Mohd Shubhi       Tuesday, November 4, 2014
Kenapa agaknya seorang lelaki mengahwini seorang perempuan? kalau diikutkan apa yang semua orang paparkan dalam wall FB mereka, semua orang akan kata lelaki inginkan isteri yang solehah.

Begitulah juga yang berlaku pada semua kaum wanita yang sering update status pada Facebook mereka. Mereka sentiasa sebut mahukan seorang lelaki yang soleh, walaupun hakikatnya mereka lebih mengidamkan lelaki ala-ala pelakon Korea.
Bacaan Lelaki sahaja! Pengaruh isteri dalam urusan naik pangkat

Panduan yang kita semua tahu, kalau nak pilih perempuan, kita akan melihat pada kriteria-kriteria berikut:

  1. Kecantikan
  2. Kekayaan
  3. Keturunan
  4. Keimanan


Kita dinasihatkan agar memberikan keutamaan pada bab keimanan melebihi segala-galanya. Kita disuruh melihat agama pasangan kta melebihi segala-galanya. Kalau memilih pasangan berdasarkan agama, kejayaan lebih mudah dikecapi. Samada kejayaan dunia, mahupun kejayaan akhirat.

Kajian yang dilakukan terhadap hubung kait antara pasangan dengan kerjaya mereka menunjukkan bahawa isteri solehah membantu peningkatan kerjaya suami. Anda boleh baca kajian tersebut di sini.

Dalam kajian tersebut, mereka melihat hubungkait antara kejayaan kerjaya seseorang dengan sikap bertanggung jawab pasangannya. Jika isteri seorang yang bertanggung jawab, melaksanakan semua urusan rumah dengan sempurna, suaminya lebih berjaya dalam pekerjaan mereka.

Isteri bagus, suami naik pangkat

Mungkin kita boleh samakan kriteria isteri yang bertanggung jawab itu sebagai seorang isteri yang solehah. Isteri yang memahami kerjaya suami dan memahami tugasannya untuk menjadi pembantu suami dalam menyelesaikan urusan rumah tangga.

Ada wanita yang berjuang mengatakan tugas basuh pakaian, memasak, kemas rumah dan lain-lain seumpamanya bukanlah tugas isteri. Di kalangan para ustaz glamour yang digilai oleh kaum ibu juga ramai yang mempromosikan fahaman ini.

Oleh itu, suami yang macho perlulah menjadi seorang insan yang serba boleh ala-ala superman. Dia keluar rumah buat duit banyak-banyak, balik waktu tengahari untuk memasak, keluar semula untuk pergi cari duit dan pulang malam untuk sambung urusan kemas rumah.

Sebelum pergi kerja, bangun awal sediakan sarapan, kutip pakaian dan basuh, pergi pasara beli lauk untuk masakan tengahari. Sebelum keluar cari duit, sidai pakaian terlebih dahulu... perghhh itulah lelaki macho yang semua wanita idamkan..?

Tap kalau begitu jadinya, agakmsukar untuk suami naik pangkat kalau dia berkerjaya. Mungkin kalau dia berniaga, itu semua dapat dilaksanakan. Itupun perniagaannya sudah tentu sukar untuk meningkat dek kesibukan luar biasa yang asing dari tugasan berniaga.

Untuk membolehkan suami berjaya, maka tepat sebagaimana kajian menyatakan bahawa isteri mestilah seorang yang bertanggung jawab. Mempunyai perasaan melaksanakan tugas berdasarkan keperluan dan tidak ambil kira samada itu tugasnya atau tugas suami.

Isteri tak bagus, suami merana

Kembali kepada kriteria yang saya sebutkan di atas. Isteri yang paling hebat sudah tentu ada kesemua ciri-ciri yang tersenarai itu. Isteri hebat adalah dia yang beriman, berharta, berketurunan baik, dan baik rupa parasnya.

Kalau tak ada semua, ada sebahagian daripada senarai itupun sudah mampu membahagiakan suami. Atau paling lekeh pun ada salah satu samada agama, rupa, keturunan, atau kekayaan, sudah memadai untuk membahagiankan suami.

Cuba bayangkan pula jika isteri yang tak ada kesemua dalam senarai yang tersebut. Rupa tak ada sebab badan dah sama saiz dengan tempayan, perangai buruk maki suami macam mesingan, keturunan memang dah tahu tak berapa memberansangkan, di tambah pula dengan jahil murakab dalam bab agama dan amalannya...

Apakah isteri sebegitu ada kesan terhadap kerjaya atau kejayaan suaminya? apa pendapat anda? apakah anda ada pengalaman melihat pasangan sebegitu namun suami tetap masih hebat dalam kejayaan kerjaya atau perniagaan...?

Sila berikan komen di bawah. Khas untuk para suami saja dan isteri tidak dialu-alukan memberi komen. Sebab artikel ini adalah berat sebelah kerana tidak membicarakan soal suami yang perangai macam jin. Semua suami yang membaca artikel ini diandaikan suami yang bertanggung jawab dan tidak menyerupai jin..
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, Bacaan Lelaki sahaja! Pengaruh isteri dalam urusan naik pangkat

Previous
« Prev Post

5 comments:

  1. Aku pernah kecewa, 2 kali.
    Pertama, org kg aku, cantik orgnya, baik keturunannya, kaya ?...tak juga... biasa aje, perangainya... agak keras, agama... sederhana. Mungkin aku tak sesuai utknya, atau dia tak sesuai utk aku.
    Yg kedua, rakan sepengajian, sederhana parasnya, keturunan ?... belum sempat kenal keluarganya. Kaya ? tak tahulah aku. Agama...sederhana, berpurdah. Akhlak...aku rasa, antara yg terbaik diklgn yg sepengajian dgn aku.
    Dah terkecewa, aku mcm rasa tak kahwin pun tak apa. Tp......walau pun aku tak hafal keseluruhan Al Quran, aku selalu baca Quran, dan walau aku bukan pakar Hadis, aku selalu baca Hadis. So, bila aku baca ayat ayat dan Hadis Hadis ttg kahwin ni, walau pun para ulama' pelbg pendapatnya, bg aku ianya adalah satu kewajipan, perintah Tuhan, Sunnah Nabi saw yg wajib diikuti, jika tiada uzur syari'e. So, bila aku rasa dah cukup duit, aku doa minta dgn Allah swt agar bg aku isteri yg baik yg solehah, baik utk aku, baik utk dia, baik utk anak zuriatku, baik utk dunia aku, baik utk Akhirat aku, baik utk umat dan agama Islam, tak bnyk , sedikit. mudah mudahan ada sumbangannya. Dipendekkan cerita....Adakah doa aku dimakbulkan Tuhan ?....Alhamdulillah ! Dah lima anak aku skrg, yg sulung dah ke kolej dah.
    Bini aku, bekas ngaji pondok, sbg sumbangan kpd msykt setempat dia ngajar ngaji utk kanak kanak juga utk org dewasa, sedikit sebnyk juga jadi kaunselor kpd jiran jiran yg bermasalah...FOC.
    Kesimpulan mudahnya, nak isteri / suami yg solehah / soleh, isteri / suami yg baik, kitalah dulu kena perbaiki diri utk jadi org yg soleh /solehah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selalu dengar nasihat macam tu... tapi ada lihat juga isterinya hebat, solehah, penyabar, solat tahjud setiap malam, rajin, dan semua ciri-ciri yang hebat, suaminya pulak ular air, ponteng solat, tak puasa, kaki judi dan sebagainya... macam mana pulak tu...?

      Delete
    2. Sedari awal, carilah pilihlah yg Allah swt dan RasulNya saw suka, bukan yg semata mata kita suka. Nak cari yg baik, hendaklah di tempat yg baik baik, di klgn yg baik baik. Selebihnya, minta, doa dan tawakkal kpd Allah swt.
      Bg yg telahpun beristeri / bersuami, didik, ajak, asuhlah dgn berhemah psgn masing masing. Jika psgn kita ke Syurga, insyaAllah kita juga akan bersamanya, jika sebaliknya, na'uzubillah, sukar juga utk kita selamat.
      Isteri solehah suami 'asi, itulah ujian, itulah cabaran utk siisteri, jika berjaya mengubahnya adalah kejayaan yg besar.
      Suami soleh, isteri 'asi, jika 'asinya hingga boleh menjadikan sisuami menjadi dayus, yg ni pd aku, bg umat Nabi Muhammad saw, yg telah mendpt nasihat dr Nabinya, sukar sikit nak terima. Dr awal mengapa dipilihnya, jika dah ternikah, dinasihat, dididik, ditarbiyah, tak lut, bg aku lbh selamat dilepaskan, jika tidak bale di Akhirat nanti. WaAllahu'alam !

      Delete
    3. moga Allah bantu kehidupan berpasangan kita ... insyaalah.. terima kasih sudi kongsikan pandangan di sini!

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !