Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Thursday, October 1, 2015

10 Lokasi air laut paling jernih di dunia

  Moshua       Thursday, October 1, 2015
Dalam banyak-banyak tempat yang saya biasa pergi bercuti di negara kita, hanya dua tempat saja yang punyai air laut yang amat jernih. Bukan nak kata hanya dua tempat itu saja air lautnya jernih kat Malaysia, tapi sayalah sendiri yang masih tak sampai lagi kat tempat lain.

Lama dulu, kali pertama pergi bercuti ke kawasan laut dengan air yang amat jernih adalah di Pulau Perhentian, Terengganu. Itu merupakan kali pertama sampai ke Pulau Tersebut dan juga kali pertama mulut saya ternganga dek kagum dengan kejernihan air lautnya yang membiru dan bersih sekali.

Ketika itu Pulau Perhentian masih belum dikunjungi ramai orang sangat dari kalangan orang Malaysia sendiri. Namun pulau itu sudah popular di kalangan pelancong luar negara. Ketika saya sampai ke Pulau tersebut, tak ada orang Melayu kecuali para Mat Salleh lelaki dan wanita.

Para Mat Saleh wanita kelihatan berjemur di tengah panas dengan keadaan separuh bogel, atau lebih tepat lagi hampir bogel. Mereka hanya berbikini kecil halus sekadar tanpa menutup bahagian atas badan. Terserlahlah buah segar di sana sini anda boleh lihat jika berjalan kaki sepanjang pantai Pulau Perhentian ketika itu.

Mereka yang berkeadaan hampir bogel itu selamba sahaja tanpa ada sedikituj perasaan malu.Saya yang lengkap berpakaian pulak yang bertukar menjadi malu dan merasa gementar berdebar-debar sambil curi-curi tengok apa yang wanita Mat Saleh itu ada. Maklumlah ketika itu umur baru di awal 20-an.

Air laut Pulau Perhentian amat jernih

Walaupun semua keadaan itu mengejutkan tapi yang paling terkejut adalah terhadap kejernihan air laut di Pulau Perhentian. Berdiri di atas jeti bot sambil melihat ke bawah, anda boleh nampak segala batu karang yang masih hidup dengan berbagai warna.

Kelihatan ikan-ikan yang besar dan kecil dalam jumlah yang cukup banyak bermain-main di celahan batu karang yang masih hidup itu. Samada tempat yang cetek mahupun yang dalam, anda masih boleh lihat dasar bawahnya dengan jelas sekali.

Kagum dengan keadaan itu membuatkan saya asyik duduk dalam air berenang sambil ber-snorkeling tak kira waktu siang atau malam. Oleh kerana keseorangan, setiap kali terjun masuk laut akan ada saja seorang dua pelancong yang memanggil saya menyertai mereka.

Saya diajak bersama mereka merayau dalam air di sekitar kawasan tersebut atas faktor keselamatan. Mereka kata bahaya snorkeling berseorangan. Memang baik sungguh mat saleh pelancong kat Puau Perhentian ketika itu.

Air laut Sabah juga jernih

Selain dari Pulau Perhentian yang punyai air laut nya yang jernih, air laut di negeri Sabah juga amat jernih. Sebenarnya, Sabah jauh lebih istimewa kerana hampir di mana-mana saja tempat kepulauan nya mempunyai air laut yang jernih. Tidak hairanlah sekitar kawasan perairan Kota Kinabalu digazet sebagai taman laut negara.

Bagi mereka yang memang kaki scuba, kaki snorkeling, Sabah perlu menjadi destinasi yang mesti untuk diterjah. Lokasi seperti di Pulau Sipadan memang amat terkenal di seluruh dunia. Tapi mungkin sekarang dah tak berapa selesa ke sana sebab orang masih fobia dengan peristiwa pencerobohan di Lahad Datu.

Kalau anda masih rasa tak selamat untuk pergi ke Sabah di kawasan Sampoerna sana, anda boleh cuba pertimbangkan di lokasi negara lain pula.

10 lokasi air laut jernih dunia

Berikut saya kongsikan 10 lokasi air jernih di seluruh dunia yang amat mengkagumkan:

#1. Bodrum, Turkey

Bodrum merupakan sebuah Daerah pelabuhan di negara Turki. Nama purba lama bagi Bodrum adalah Halicarnassus. Tempat ini beriklimkan Mediterranean. Aktiviti utama di sini adalah pelancongan.


#2. Bonito, Mato Grosso do Sul, Brazil

Ini merupakan lokasi pelancongan terkenal di Brazil. Jika anda meminati persekitaran alam sekitar yang semula jadi yang penuh keindahan, boleh cuba ke Bonito.


#3. Cala Macarelleta, Menorca, Spain

Ini merupakan sebuah tempat bersejarah di Spain. Banyak peristiwa berlaku di kawasan ini sejak dahulu kala lagi. Merupakan salah satu kawasan jajahan empayar Islam suatu masa dahulu.

#4. Calanque de Sormiou, France

Tempat ini terkenal dengan aktiviti sukan Memanjat Batu.


#5. Cayo Coco, Cuba

Merupakan sebuah lokasi pelancongan terkenal di Cuba. Ia merupakan salah satu lokasi kegemaran pada peminat aktiviti scuba dan snorkeling. Terdapat banyak hotel hebat bertaraf 5 bintang di sini.


#6. Cayos Cochinos, Honduras

Merupakan sebuah kawasan simpanan sumber laut di Honduras yang dipelihara dengan baik oleh kerajaan.


#7. Maldives 

Sebuah pulau yang Indah terletak di Laut India. Ibu Negerinya adalah Male. Merupakah sebuah negara Republik yang dibebaskan daripada jajahan British pada tahun 1965. Majoriti penduduknya beragama Islam dan aktiviti utama penduduk adalah nelayan dan aktiviti industri pelancongan. 


#8. Puerto Ayora, Galapagos

Merupakan pusat pelaburahan dan juga tempat pelancongan di mana wujudnya Charles Darwin Research Centre


#9. Sabah, Malaysia

Ini tak payah nak cerita lagi sebab semua orang Malaysia dah kenal kat mana.


#10.To Sua Ocean Trench, Samoa

To Sua Ocean Trench merupakan sebuah lubang besar terhasil daripada letupan gunung berapi. Anda dikenakan bayaran untuk mandi ke situ atas faktor keselamatan dan pemeliharaan tempat tersebut. Bahaya juga kalau-kalau anda akan hanyut masuk celah lubang menuju ke laut.


logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 10 Lokasi air laut paling jernih di dunia

Previous
« Prev Post

2 comments:

  1. teringin nak pergi yang dekat spain tu.. kalau x dekat sabah tu pun kira boleh jugak lah ! hahahahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tahun awal 80an saya mengajar di P. Tioman. Airnya jernih sekali. 90% pelancong mat saleh terutama musim sejuk di negara mereka.indahnya di bawah air lebih dari di darat , kita jadi asyik dengan kurnian Allah . Sekarang sudah tercemar

      Delete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !