Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Friday, July 1, 2016

5 Senaman ringkas terbaik legakan sakit pinggang dengan segera

  Mohd Shubhi       Friday, July 1, 2016
Antara masalah yang sering, orang lelaki terutamanya, hadapi adalah masalah sakit pinggang.

Ada banyak sebab kenapa sakit pinggang ni.

Paling kerap adalah bila terlajak angkat barang yang berat. Tiba-tiba saja rasa macam tulang meletup semasa nak angkat barang berat.

Bila dah meletup, pinggang rasa perit yang amat sangat.

Badan dah mula rasa tak stabil. Tak boleh berdiri tegak sebab sakit macam kena henjut dengan letrik.

Untuk hilangkan rasa sakit tu, terpaksa berjalan perlahan-lahan sambil badan disengetkan.

Gambaran kat atas tu mungkin anda dah pernah laluinya bukan ?

Biasanya selepas kena  macam tu, ada yang pergi dapatkan urutan dan ada yang pergi periksa doktor. Selepas dua tiga minggu, sakit akan beransur hilang dan anda rasa semuanya dah selamat pulih seperti sediakala.

Tapi sebenarnya, selepas peristiwa meletup itu, sakit akan datang sekali sekala.

Bila memandu kenderaan dalam tempoh yang lama, rasa tidak selesa pada pinggang akan datang kembali. Juga bila layan pasangan shopping baju raya, berdiri lama nak mampuih, rasa sakit pinggang datang kembali.

5 senaman ringkas legakan sakit pinggang

Jika anda rasa macam tu, bagaimana nak hilangkan rasa tidak selesa atau rasa sakit pada pinggang tu?

Kat sini saya berikan petua senaman yang anda boleh buat sendiri di rumah atau di mana-mana saja untuk legakan rasa sakit pinggang.

1. Senaman ringan pembuka acara

Ini senaman paling ringkas dan mudah untuk dilakukan pada awal sesi.

Walaupun ianya mudah bagi orang yang tak teruk sangat masalah sakit pinggang tu. Tapi jika tahap sakit tu kuat, senaman ini menjadi perit dan menyakitkan juga.


Baring dalam kedudukan seperti tertera pada gambar di atas.

Rapatkan tangan serta keseluruhan tulang belakang dari bawah sampai kepala, pada lantai. Dengan posisi kaki seperti dalam gambar itu, mula kemutkan kedua-dua pinggul anda naik ke atas sedikit.

Pastikan hanya bahagian pinggul sahaja yang terangkat naik, anggota lain kekal melekat pada lantai.

Tahan kemutan dalam keadaan pinggul terangkat itu selama 10 ke 20 saat dan turun semula perlahan-lahan.

Ulang lagi proses yang sama sehingga 5 ke 10 kali. Bergantung sehingga ke tahap mana anda rasa semakin selesa melakukannya.

2. Senaman tarik paha ke dada

Setelah selesai buat senaman pembukaan di atas, anda boleh mulakan senaman ini pula.

Sama macam posisi tadi dengan keadaan bengkokkan kaki dan naikkan kepala lutut ke atas. Angkat perlahan-lahan peha anda menuju ke bahagian dada.


Pastikan tulang belakang rapat ke lantai dan hanya kaki sahaja yang diangkat ke atas.

Gunakan tangan untuk tarik peha sehingga mencecah dada. Buat perlahan-lahan setakat mana yang anda mampu.

Bertahan selama 10 ke 20 saat, kemudian turunkan semula kaki ke bawah.


Ulang semula sehingga 5 ke 10 kali mengikut rasa sedap anda.

3. Senaman sengetkan kaki

Untuk senaman ini, masih dalam posisi yang sama seperti senaman no 1 dan no 2 di atas.

Anda perlu turunkan perlahan-lahan kedua-dua kaki anda ke kanan sehingga mencecah lantai. Tahan di situ selama mungkin.

Seminit atau dua minitpun tak apa.


Pastikan semua anggota lain melekat rapat pada lantai dan hanya kaki sahaja yang bergerak perlahan-lahan turun ke lantai.

Jangan paksa dan jangan keraskan badan. Lembutkan badan supaya anda rasa tenang dan relaks.


Selepas itu pacakkan semula kaki anda pada posisi asal tadi untuk turun pula ke sebelah kiri.

Sama macan tadi. Tenangkan diri jangan keraskan badan, turun perlahan-lahan sampai mencecah lantai dan tahan kat situ antara seminit atau dua minit.


Anda perlu ulang senaman tersebut antara 5 ke 10 kali mengikut kesedapan rasa atau kelegaan yang diberikan oleh aktiviti itu.

4. Senaman angkat badan

Masih dalam keadaan melunjur atas lantai.

Tapi kali ini anda perlu balikkan badan meniarap rapat ke lantai. letakkan tapak tangan kedua-dua sisi kiri dan kanan seperti mahu angkat badan naik ke atas.


Secara perlahan-lahan, anda perlu angkat badan naik sedikit demi sedikit sehingga ke tahap paling tinggi yang boleh, kalau boleh sehingga tangan anda lurus.

Pastikan bahagian pinggang ke bawah melekat rapat pada lantai tidak bergerak.


Tahan 10 ke 20 saat dan turunkan semula badan anda perlahan-lahan rapat semula ke lantai.

Ulang lagi senaman tersebut antara 5 ke 10 kali mengikut rasa sedap anda.

Ingat ! jangan paksa diri kat tak boleh buat senaman ini. Jika anda rasa sakit sangat, hentikan dan beralih pada senaman lain pula.

5. Senaman mengeliat kucing

Ini satu senaman yang paling melegakan dan terakhir yang anda perlu buat.

Buat kedudukan seperti seekor kucing dengan tangan tegak dan kepala lutut pada lantai (lihat gambar).

Naikkan badan anda melengkung perlahan-lahan ke atas setinggi yang boleh dan tahan kat situ selama 10 ke 20 saat.

Pastikan anda tundukkan kepala ke bawah.

Selepas itu turunkan perlahan-lahan badan anda sehingga melengkung ke bawah pula.


Naikkan bahagian pinggul ke atas setinggi mungkin dan kepala anda juga perlu mendongak ke atas setinggi mungkin.

Tahan semalam 10 ke 20 saat.

Kemudian naikkan semula badan melengkung ke atas macam tadi dan tahan kat situ.


Begitulah diulang naik dan turun sebanyak 5 ke 10 kali mengikut rasa sedap yang dihasilkannya.

Anda boleh ulang kesemua senaman dari yang pertama sampai yang ke lima ini setiap sejam atau dua jam sekali, seandainya tahap sakit pinggang agak teruk.

Jika tak berapa teruk sangat, anda boleh buat dua atau tiga kali sehari.

Boleh juga buat sebagai satu senaman rutin anda dan tak payah nak tunggu sakit pinggan baru nak buat.

Senaman betulkan kedudukan pinggul

Ini senaman bonus jika anda sakit pinggang dan tak boleh tegakkan badan. Anda mungkin senget ke kiri atau ke kanan, kalau tegakkan badan rasa tak selesa dan senggal.

Jika jadi begitu, cuba berdiri tegak menghadap dinding atau tiang.

Lembutkkan keseluruhan badan.

Dalam keadaan bahagian pinggang sehingga ke bawah tetap pada kedudukannya, alihkan perlahan-lahan bahagian pinggang ke atas (badan) ke kiri sejauh mungkin.

Kekal di situ dalam 10  ke 20 saat. Kemudian pergi ke kedudukan asal yang lurus tadi semula.

Kemudian, ulang senaman yang sama untuk alih badan ke kanan pula.

Buat perlahan-lahan dan jangan paksa diri. Sama seperti senaman yang lain, anda perlu ulang dalam 5 ke 10 kali.

Biasanya jika anda tersenget-senget sebab sakit pinggang, akan lega selepas buat senaman ini.

Selamat mencuba dan jangan lupa berikan maklum balas anda pada ruang komen kat bawah setelah mencubanya.
logoblog

Terima Kasih kerana membaca, 5 Senaman ringkas terbaik legakan sakit pinggang dengan segera

Previous
« Prev Post

25 comments:

  1. Salam, sy kerja buruh pemasangan yg selalu akan sakit pinggang, sy dh cuba memang amat melegakan, terima kasih bro bg tips snaman bru utk sy amalkan, sy biasa buat dlm keadaan dduk kangkang kaki seluasnya dan rapatkan kepala kelantai atau ke lutut kiri kanan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah berkesan. Boleh diamalkan selalu. Terima kasih tuan sudi berikan maklum balas.

      Delete
  2. assalam..tgh sakit pingganh msuk hari ke 4..dah acupuncture jadi lagi..terima kasih sgt atas senama ini..amat melegakan

    ReplyDelete
  3. Bagus sungguh blog ni. Banyak informasi. Model....terbaik...tahniah..

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.
    Memang berkesan atasi sakit pinggang saya.

    ReplyDelete
  5. i want to try really vry pain

    ReplyDelete
  6. Terima kadih atas info. Semoga tn sekeluarga di Rahmati Allah.

    ReplyDelete
  7. saya tengah menghadapinya masuk hari keempat..harap lepas ikut senaman ni..cpt sembuh...sakit ooo

    ReplyDelete
  8. Alhmdulillah mmg brkesan .. Baru buat 2@3 kali pn, dh rase kesan dia . Brtmbah baik dari sblm ini.. Tme ksh ilmu brmnfaar ini .

    ReplyDelete
  9. tgh laluinye skrg..Allah hanya tuhan yg tau sakitnye..jln pon brtongkat kan payung..ari yg ke2 ni..smlm dah g hkl xray..mmg tisu tulang bwh yg masalah ni..ptg nant cuba senaman ni..

    ReplyDelete
  10. Dah seminggu saya mengalami sakit pinggang yang teruk sehinggakan tidak boleh rukuk semasa sembahyang,berdiri lama pun sakit,mencagkung pun tidak boleh.Hanya boleh meniarap dan baring je itu pun dlm kesakitan.Tapi Alhamdulillah setelah mencuba 2 kali buat dengan sedikit paksaan sbb sakit sgt,ada perubahan bahagian sakit tu berkurangan..InsyaAllah saya akan repeat lagi senaman ini kali ke-3 dan seterusnya...memang berkesan serta merta dengan izin Allah.Doakan saya sihat sepenuhnya yer.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruk tu tuan !, insyaallah amalkan kerap-kerap senaman kat atas tu, biasanya lega. Moga tuan segera pulih hendaknya !

      Delete
  11. Informasi yang baik berserta gambar untuk lebih mudah faham..good job

    ReplyDelete
  12. Saya sudah cuba... Dan berkesan... Terima kasih sudi kongsi info ni.... Siap bergambar sangat mudah untuk dicuba...

    ReplyDelete
  13. Terima kasih Tuan, allahamdullilah, lepas saya amalkan senaman now, sakit berkurangan.

    ReplyDelete

Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !