Jas-du-it

Jasduit - Just do it !

Saturday, July 16, 2016

Salah satu bandar di Malaysia masuk senarai top 10 destinasi terbaik Asia, bandar mana ?

  Mohd Shubhi       Saturday, July 16, 2016
Menarik !, Salah sebuah bandar di negara kita nampaknya dimasukkan dalam senarai 10 destinasi terbaik di Asia untuk dikunjungi oleh pelancong dan pengembara. Senarai ini dikeluarkan oleh Lonely Planet, majalah kembara yang terkenal di seluruh dunia.

Lonely Planet merupakan sebuah agensi penerbitan panduan perjalanan, khas untuk para pengembara dan pelancong yang terbesar di dunia. Majalah tersebut menyenaraikan salah satu bandar di Malaysia sebagai 10 terbaik Asia untuk dilawati dalam tahun ini dan akan datang.

Bandar mana agaknya masuk senarai ?

Agak-agaknya bandar mana satu yang masuk dalam senarai top 10 destinasi terbaik Asia itu ? Sudah tentu anda sendiri tak akan sangka bandar tersebut masuk senarai. Malah para pemimpin di negeri tersebut juga terkejut dengan kemasukannya dalam senarai. Exco pelancongan negeri juga tak sangka.

Rasanya ramai yang akan teka Georgetown masuk dalam senarai 10 terbaik Asia itu. Atau mungkin juga ada yang akan teka Bandar Melaka. Kedua-dua merupakan pusat pelancongan yang diiktiraf sebagai salah satu warisan dunia.

Jika anda agak Georgetown atau Melaka, anda telah tersasar sebenarnya. Sebab Lonely Planet tidak memasukkan kedua-dua bandar tersebut ke dalam senarai 10 destinasi terbaik Asia untuk dilawati. Jom kita lihat kesemua 10 bandar terbaik Asia yang telah disenaraikan oleh majalah Lonely Planet.
  1. Hokkaidō, Japan
  2. Shànghǎi, China
  3. Jeonju, South Korea
  4. Con Dao Islands, Vietnam
  5. Hong Kong, China
  6. Ipoh, Malaysia
  7. Pemuteran, Indonesia
  8. Trang Islands, Thailand
  9. Meghalaya, India
  10. Taitung, Taiwan
Dalam senarai yang dikeluarkan, Ipoh menduduki tempat ke-6, mengatasi 4 lagi bandar dari negara Asia lain. Gabungan antara suasana moden dan lama serta bersejarah menjadi satu kelebihan yang membuatkan Ipoh dimasukkan ke dalam senarai 10 destinasi terbaik Asia.

Macam-macam pertimbangan yang pengiat pelancongan utarakan. Biasanya kita akan anggap bandar bersejarah dan lama sebagai satu kelebihan, tapi nampaknya mereka melihat dari sudut lain pula. Kalau semua bangunan lama tidak menarik, bagi mereka. Perlu ada gabungan antara lama dan baru, lebih menarik.

Ipoh memang menarik

Tapi perlu diakui bahawa bandar Ipoh memang menarik. Saya secara peribadi meletakkan Bandar Ipoh sebagai salah satu destinasi yang saya suka pergi dan merayau selain dari Bandar Georgetown dan Bandar Melaka. Ada keunikan yang tersendiri terhadap ketiga-tiga Bandar tersebut berbanding bandar-bandar lain yang ada di negara kita.

Tapi kalau nak diambil kira bab makan, tak ada satupun bandar yang dapat lawan Georgetown. Makanan yang ada di Pulau Pinang sudah tentu terbaik di Dunia pada mata saya. Bukan saja lazat, malah murah pula.

Kalau ada tempat makan yang saya suka kat Ipoh, yang boleh dimasukkan ke dalam senarai hanyalah Nasi Wangge. Bolehlah dipertimbangkan sedap juga berbanding kedai-kedai makan yang lain kat Ipoh. Minuman teh ais yang diperam di restoran milik taukeh Cina itu juga antara yang unik dan menjadi ketagihan ramai.


Satu lagi perkara yang menarik di Ipoh adalah suasana kehijauan yang ada di sana. Kalau saya pergi Ipoh dan menginap di hotel Riverfront, saya tak akan lepaskan peluang bergogging di awal pagi di taman cantik tak jauh dari hotel tersebut. Memang menyegarkan dan damai rasanya.

Okalah ! selepas ini, jika anda ada rancangan nak pergi merayau mengembara kat Malaysia dan tak tau lagi nak pergi mana, boleh pertimbangkan Ipoh sebagai satu destinasi pilihan.
    logoblog

    Terima Kasih kerana membaca, Salah satu bandar di Malaysia masuk senarai top 10 destinasi terbaik Asia, bandar mana ?

    Previous
    « Prev Post

    No comments:

    Post a Comment

    Segala komen pembaca amat dihargai, tapi mohon komen dengan berhemah ya ! Terima Kasih !